Ohhhhh ini yang ko buat bila cuti yer !!!


Assalamualaikum




Bila cuti menjelang aku di antara orang yang happy. Mestilah happy sebab aku nak merehatkan diri daripada kerja-kerja ofis yang sangat memenatkan mental serta fizikal.

So, apa aku buat bila cuti-cuti macam ni? 

Aku tak macam korang. Korang ada ramai kawan jadi bila cuti jalan dengan kawan, hang out sana, hang out sini dan bergembira. Kawan-kawan aku semua jauh-jauh nun di sana maksud aku luar daripada daerah Tawau jadi untuk berjumpa kawan ianya rumit. Dekat kawasan kejiranan pun tak ada yang sebaya aku. Semua kanak-kanak aduhhhhh. Kalau hari-hari bergaul dengan mereka aku pun akan jadi kanak-kanak riang sekali.

So, bila cuti-cuti macam ni aku berkebun. Hahahahaha korang mesti ketawakan? Dan korang pasti akan kata macam ni “Hahahhahaha tak ada benda lain ker ko nak buat selain berkebun, bosan-bosan pilah main game, facebook, tengok tv n bla bla bla….” …

Aku bukan tak suka tengok tv tapi alaa aku rasa masa aku terbuang sia-sia dengan duduk berjam-jam depan tv. Sekurang-sekurangnya kalau aku bercucuk tanam dapatlah melihat tanaman aku tu semakin hari semakin membesar dan mengeluarkan hasil disamping melakukan pergerakan. Lagipun selepas kitorang pindah ke rumah baru Januari lepas tanah belakang rumah kosong. Sekarang dah nampak dah tumbuhan hijau. Suka sangat-sangat…

Tumbuhan yang dah ada di belakang rumah? 

Ada pokok cili padi, pokok terung, pokok tomato, halia, kunyit, pandan, pokok limau dan sebagainya. So, tak perlu pergi pasar dah semata-mata nak cari cili padi bila dalam peti ais dah habis, tinggal petik di belakang rumah jer…kan mudah…. 

Pokok Limau



Pokok Cili Padi

Petang tadi aku tanam anak pokok buah mata kucing. Harap ia akan cepat membesar dan tumbuh dengan subur….Aminnn..

Korang pula buat apa cuti-cuti ni?


1 comment:

fathin pocoyo said...

cuti nie..??ahaha,igt nk stdy tp tgk2 stdy p mn nth..