STATUS KEAHLIAN ORDINARY DAH BERTUKAR GLITTERATI SEMULA...THANKS NUFFNANG..


Assalamualaikum...


Semalam CZ ada post mengenai status keahlian nuffnang Cik Zai telah ditukar daripada Glitterati kepada ordinary (bukan eksklusif). Korang boleh baca di sini

CZ pun tertanya-tanya….

KENAPA? MENGAPA? Cik Zai ada buat kesilapan yang melanggar syaratkah???!!!!

So, Cik Zai hantar ticket kepada pihak nuffnang untuk bertanyakan hal ni.

Keesokan, paginya Cik Zai  cek akaun nuffnang..JENG JENG! Yahooo... status keahlian dah bertukar ke Glitterati semula. 

Thank you so much pihak Nuffnang. Tindakan yang cepat dan pantas. Tak sampai 24 jam tindakan dah diambil oleh pihak Nuffnang.

Xie Xie ni Nuffnang…cayalah…Barulah semangat Cik Zai nak berblog macam ni….

Status keahlian : Biasa(bukan eksklusif)

Assalamualaikum



Kadang-kadangkan benda yang kita tak sangka berlaku muncul dengan tiada jawapan…

Kalaulah setiap yang berlaku itu datang lengkap dengan jawapan sekali taklah kita tertanya-tanya….

Kenapa?

Mengapa?

Apa boleh buat….
Kena sabo jerlah tunggu jawapan dari pihak yang terlibat….

Jadi manusia kena banyakkan bersabar, kalau hang tak sabo mungkin hang bukan manusia kot…hiihihihih….


Kita dikurniakan akal...settle setiap  masalah dengan akal bukan dengan emo..hihih

PEACE....




Kecil-kecil dah ditinggalkan ibu....


Asssalamualaikum

Bukan gambar sebenar

Pagi tadi aku terperasan ada seekor anak kucing di halaman rumah. Masih kecil lagi kucing tu malah masih bertali pusat. Masa tu sedikit pun tak rasa sesuatu yang ganjil hinggalah pada waktu petang aku bermain badminton dengan adik, aku terperasan kucing tu telah ditinggalkan ibunya. Entah kemana ibunya…Rasa bersalah wei…Mesti kucing tu dah haus sejak pagi tak menyusu.

Aku yang tak tahu apa-apa lantas bagi jerlah susu nespray. Kalau ikutkan memang tak boleh beri susu lembu tapi dekat mana aku boleh dapat susu khas untuk kucing dalam masa terdekat ni…Aku bagi jer mana yang ada dulu....

Sekarang ni anak kucing tu tengah tidur nyenyak..aku harap sangat-sangat anak kucing tu sihat walafiat. Kesian sangat-sangat sebab kecil-kecil sudah ditinggalkan ibu..Apa perasaan korang bila ditinggalkan ibu di saat mata masih belum dapat melihat lagi? 

Sedihkan…. 

DUHAI SAHABAT



Assalamualaikum....

DUHAI SAHABAT..

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..

Berdiet Dengan Soto Prawn Ball...


Assalamualaikum


SOTO PRAWN BALL

Taraaaa….

Definisi berdiet ialah makan dan minum mengikut peraturan yang ditetapkan. Haa korang jangan pikir diet tu cuma untuk orang yang nak kurus jer. Orang yang nak gemuk pun perlu diet..macam CZ lah nak capai BMI yang seimbang sebab sekarang ni berat tak naik-naik dan tak seimbang..hihihih…
 

 

Sharing is caring....


Assalamualaikum



Sebiji buah naga yang dikongsi dengan 3 orang...sedap....



Makanan sedikit bila dikongsi bersama memang sedap berbanding makanan sedap dan banyak korang makan sendiri-sendiri wekksss muak adalah…

Apasal tak nak kongsi? Takut habis ker???? Segan errrrr…..?

Atau…..

Awak kedekutlah tu tak nak kongsi….^_^