Perasaan bila tak ada adik-beradik sejenis....


Assalamualaikum



Korang tahu tak apa perasaan bila tak ada adik-beradik sejenis? Ops aku bukan kata hubungan sejenis tau korang jangan nak yellow sangat….

Aku ada 5 orang adik beradik. 2 perempuan dan 3 orang lelaki...

Sikitttt….tapi Alhamdulillah syukur berbanding anak tunggal atau hanya berdua, bertiga atau berempat.

Kalaulah bilangan adik-beradik ni boleh main pilih-pilih ikut suka hati huhu aku nak pilih 11 orang.. haaaa kau ….baru meriah satu rumah bila berkumpul…bila boring-boring boleh buat team bola sepak…hihihhi

Kakak aku dah kahwin dah tahun lepas dan dah ada kehidupan sendiri dengan suaminya so tinggal aku sorang anak perempuan dengan 3 jejaka ( adik beradik lelaki)….

Tahap keboringan memang aku tak payah ceritalah…Kadang-kadangkan aku rasa bila berkahwin ni bukan makin meriah tapi makin sunyi. Sampai kadang-kadang aku boleh terpikir satu hari nanti aku tak ingin kahwin nanti family aku makin sunyi. Bawa-bawa mengucap CZ….

Lagi sunyi bila abang aku jarang balik rumah dan adik lelaki aku yang sorang tu pergi sambung belajar. So, tinggallah aku dengan adik lelaki yang paling kecil. Nak tak nak aku terpaksalah ikut aktivitinya yang super lelaki itu seperti bermain bola sepak, bergusti, berperang dan sebagainya. Apa-apalah dik janji ia dapat menghilangkan sedikit kebosanan yang aku alami…

 


3 comments:

ciksukaberangan said...

hahaha. samalah. 2 perempuan. 3 laki2. hehehe. sabar~

Mishter Izwän said...

kesian . chill lahhh

Cik Zai said...

Heheheheh...kita sama ^_^