Kalau Nak Main Internet Kena Kemas Bilik Kakak Bersih-Bersih..


Assalamualaikum...


Adik aku...

Aku catu penggunaan internet adik aku dan adik sepupu aku. Sebab bila diorang guna internet asyik-asyik benda tak berfaedah, benda tak berfaedah asyik-asyik! Kalau diorang cari maklumat yang berfaedah ker aku confirm bagi diorang men internet lama-lama punyerlah. Aku kan kakak yang baik. So, pagi tadi tengah-tengah kemas rumah aku kata dengan adik dan adik sepupu aku...

“Siapa nak main internet?” 

Huh punya semangat diorang angkat tangan. Macam The Flash

Aku bagi syarat dengan diorang “kalau nak main internet kena kemas bilik kakak bersih-bersih”. On the sport mereka setuju. Dalam hati aku kata “aik internet punya pasal semua setuju??” 

Bila diorang dah kemas aku gi check. Wow bukan main bersih bilik aku! Siap dengan rak buku aku terkemas. Pandai juga adik aku yang kecik ni mengemas yer, aku baru perasan hari ni.

Lastly, aku pun bagilah diorang guna internet lama-lama hari ni. Dalam 2-3 jam. Hihihih..kesian diorang kena buli …


No comments: