Pantang Jumpa Library...


Assalamualaikum...


Love u 2 adikkkk ^_^..
 
Petang tadi CZ pergi Klinik 1 Malaysia. CZ rasa kurang sihat sejak 2 menjak ni. Disebabkan CZ sampai sekarang belum pandai memandu so CZ minta abang CZ hantarkan dan tak perlu tunggu. Nanti dah habis medical checkup pandai-pandailah CZ balik sendiri. Lagipun rumah taklah jauh sangat dari klinik, jalan kaki 15-20 minit sampailah tu.

Nurse kata tekanan darah rendah, doktor pula nasihat minum banyak air. Ayat biasalahkan bila kita buat pemeriksaan kesihatan. Lainlah kalau sakit-sakit kritikal, mungkin nasihat doktor lainlah pula. So, korang kalau sakit-sakit biasa bolehlah ke klinik 1 Malaysia tapi kalau sakit-sakit jenis emergency case ni korang takyah nak memandai ke klinik 1 Malaysia sebab tak ada ubat dekat sana. Warga Tawau jangan kata dekat Tawau tak ada klinik 1 Malaysia tau, ada tapi ianya terletak di Bandar Sri Indah. Ok juga ke klinik ni dahlah murah cepat dan pantas pula tu. Tadi CZ pergi sana tak ada pesakit lain melainkan CZ. Huahuahua…

Habis medical checkup, CZ pun berjalan kaki nak balik rumah. Jalan punya jalan “Ehhh…Librarylah!”. CZ  yang memang pantang jumpa library ni apalagi tanpa segan silu masuklah ke Library yang 20 minit lagi akan tutup. Ada seorang staff yang jaga dekat Library tu dan tanpa berlengah CZ tanya “kak kak.. boleh tak saya daftar jadi ahli sekarang?”...Kakak tu kata boleh..yahooo!!!..Satu yang CZ suka bila jadi ahli free of charge jer, takyah bayar tapi kalau Library dekat Bandar aduh nak jadi ahli kena bayar, walaupun tak banyak tapi bagi CZ benda yang free ni memang bestt..teheee. Lagi satu CZ suka sangat bila kakak tu kata “kalau lewat kembalikan buku yang dipinjam tak mengapa…kembalikan jer.setakat ni kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi kelewatan pengembalian buku yang dipinjam”..Woow..cantiklah! Bestnya ayat tu. Jadi ini bermaksud aku boleh kembalikan ikut suka hati akulah ni….hahahah…. Makin menjadi-jadi suka aku ni yer…mengucap2…

 Lastly, sebelum balik CZ sempat meminjam 2 buah buku…teheeee…Dalam hati berkata “aku nak gi library ni kalau boleh hari-hari”….hahahhaha…

Bila singgah library tadikan aku dah lupa dah sakit aku….hihihih

No comments: