PESANAN KEPADA ANGGOTA TUBUH : HATI





Duhai hati yang tenteram, janganlah kau mudah tertipu dengan bisikan dan pujukan iblis laknatullah. Pertahankanlah kesucian dan kebersihanmu dengan benteng keimanan yang kukuh dan kalimah-kalimah Allah yang mempunyai hikmah serta mukjizat yang maha tinggi. Kau tidak harus membenarkan perasaan benci dan dendam bergantungan di dada. Kau juga perlu mengusir perasaan riak dan takbur yang ingin tumbuh di ruang perasaan. Pelihara dan jagalah ia (hati) dari semasa ke semasa agar kehidupan tidak digelisahi dugaan dan cabaran duniawi.

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum zai...semoga hati akan sentiasa dijaga dgn baik yer..:)