PESANAN KEPADA ANGGOTA TUBUH : MATA





Duhai mata yang bercahaya, janganlah kau memandang benda-benda maksiat yang terdedah. Janganlah kau mengintai dan mengintip untuk mengetahui keburukan jiran-jiranmu. Perbuatan itu akan mendatangkan keburukan kepadamu kelak.

Sebenarnya kau dicipta bukan untuk memandang benda-benda maksiat atau mengetahui perkara-perkara di sebalik dinding kehidupan orang lain. Sebagai mata, kau sepatunya memandang dan menyorot rahsia kejadian alam yang luas dan indah ini untuk mengetahui dan mengakui kebesaran dan keagungan Ilahi yang mencipta alam dan segala makhluknya termasuk tumbuh-tumbuhan yang penuh dengan keajaiban.

No comments: