RESIPI : ALMOND BERSALUT COKLAT


Assalamualaikum




Coklat adalah TERAPI STRESS! Haa sengaja CZ highlight dengan huruf besar agar dua perkataan tu melekat dalam fikiran anda. 

Cuba korang beri coklat pada anak anda yang sedang menangis…Apa reaksinya? Pasti anak anda akan diam dan tersenyum bukan?

So, CZ nak kongsikan resipi Almond bersalut coklat..kalau makan ni huh pasti tersenyum..mudah, cepat dan sedap…

BAHAN-BAHAN:-
200 gm coklat susu
Kacang Almond (panggang terlebih dahulu)

CARA MENYEDIAKAN:-
  1. Cairkan coklat dalam pemanas kira-kira lima minit.. 
  2. Tuangkan coklat ke dalam beg piping. 
  3. Paipkan ke dalam acuan pada paras setengah. 
  4. Letakkan kacang almond di atasnya. 
  5. Paipkan lagi coklat bagi menutupi badam sehingga memenuhi acuan. Bekukan di dalam peti sejuk. 

Korang bebas memilih bentuk coklat yang korang nak buat..teheeee
 
 
P.s.    Korang nak jadikan coklat ni sebagai hantaran perkahwinan pun boleh...hihihih


No comments: