RESIPI : AYAM BERLADA@MASAK MERAH


Assalamualaikum...


Hai ayam...aku dah nak makan engkau....^_^

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam (Potong 12)
6 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
10 tangkai cili merah (kisar)
1 tangkai daun kari
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:-
  1. Bersihkan ayam dan gaul dengan garam kunyit dan goreng jangan terlalu garing. 
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  3. Masukkan daun kari, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata. 
  4. Apabila mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

2 comments:

Wanieys said...

nampak sedap la ayam tuh
bley try ni hehehe

Cik Zai said...

Hihhi..Wanieys try jangan tak try ^_^