RESIPI : CUCUR SAYUR RANGUP


 Assalamualaikum



Cik Zai dah cuba resipi ni, memang sedap. Lagi-lagi bila dicicah dengan sos. Dahlah senang, bahan-bahan pun mudah nak dapat..haa kenapa kita perlu mengatakan tidak mahu mencuba yer tidak? Korang pun cubalah...rasa sekali pasti nak lagi..

BAHAN-BAHAN:
Sedikit kangkung
Sedikit daun sup
Sedikit cili (kalau korang suka pedas)
Sedikit taugeh
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Garam secukup rasa
3 sudu besar tepung beras

CARA MENYEDIAKAN: 
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. 
  3. Goreng seperti biasa.

PESANAN:  Cucur ini tidak perlu menggunakan telur tetapi ia akan lembut biarpun sejuk. Ini kerana adanya serbuk penaik. Kalau tak ada serbuk penaik, soda bikarbonat juga boleh digunakan.

No comments: