RESIPI : KUIH KASWI

Assalamualaikum...


Jemput makan beramai-ramai teheeee

 Korang mesti suka ‘Kuih Kaswi’ ni kan. Orang Sabah panggil kuih ni 'Kuih Kusui'. Kalau pergi gerai-gerai memang sentiasa ada jual lagi-lagi bila menjelang bulan puasa. Lainlah kalau korang pergi luar negara seperti Korea, Jepun, America memang confirm tak ada. Kalau korang nak adakan juga senang cerita buat sendiri. Ni CZ nak bagi resipi…taraaaaara….

BAHAN-BAHAN:-
500 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi
200 gm gula pasir
300 gm gula merah
1 sudu teh chocolate emulco
1 helai daun pandan
1 sudu kecil air kapur
1400 ml air
1 biji kelapa parut putih
1 sudu teh garam halus

CARA MENYEDIAKAN:-
  1. Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi dan ayak. Tuangkan ke dalam mangkuk pengadun. 
  2. Selepas itu, tuangkan gula merah bersama gula pasir ke dalam adunan tepung. 
  3. Tuangkan pula air sedikit demi sedikit sambil diaduk. Masukkan juga air kapur dan garam. 
  4. Akhir sekali tuangkan chocolate emulco dan aduk lagi hingga sebati. 
  5. Tapis dan tuangkan ke dalam Loyang. Sementara itu panaskan pengukus dan letakkan Loyang tadi di dalamnya. Kukus selama 30 minit. 
  6. Setelah masak, sejukkan dan potong serta gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur garam. Hidangkan… 
 
Tips: Adunan kuih kaswi tidak boleh dikisar. Selepas dimasak ia boleh disimpan beku. Jika ingin makan, kukusnya sebentar dan digaul dengan tepung. Loyang perlulah disapu dengan sedikit minyak dan dikukus selama 10 minit sebelum menuang adunan.


1 comment:

Wanieys said...

wahhh nampak sedap la...bley try nanti :)