RESIPI : KUIH SRI AYU


Assalamualaikum...




Ni memang kuih fav Cik Zai. Kalau dapat kuih ni memang CZ lah orang pertama yang akan menjamu selera dan akan berhenti sebaik sahaja pinggan licin. Sekarang dah tahu macam mana nak buat lagilah seronok. So, mari kita berkongsi resipi kot kot ada yang mengidam nak makan kuih Sri Ayu boleh paksa suami korang buatkan sebab dah ada resipi cuma tinggal nak buat jer. Hiihihih…..

BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
600 gm gula pasir
1 sudu teh ovallette
600 gm tepung gandum
½ teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda
1 sudu teh pewarna hijau
250ml air pandan
1 liter santan
1 biji kelapa parut putih
Sedikit tepung ubi

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan putih. 
  2. Masukkan ovallette dan putar selama tujuh minit. 
  3. Campurkan tepung gandum bersama serbuk penaik dan ayak. 
  4. Kemudian masukkan serbuk soda di dalam tepung tadi dan gaul. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang diputar tadi. 
  5. Tuangkan santan dan air pandan berselang seli dengan tepung sambil digaul. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan sebati. 
  6. Kukus acuan sri ayu terlebih dahulu selama lima minit. Keluarkan dan masukkan kelapa yang dicampur dengan tepung ubi dan kukus lagi selama tiga minit. 
  7. Susun semula ke dalam pengukus dan tuang aduan tepung ke dalamnya dan kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

TIPS: Untuk mendapatkan hasil kuih kukusan yang baik, pastikan air diisi pada paras setengah pengukus. Sekiranya ingin menyimpan beku kuih sri ayu, biarkan ia sejuk terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disimpan dalam peti sejuk.

1 comment:

Wanieys said...

sri ayu lama xmkn..ingat lg dulu mak wanieys slalu buat kuih ni hehehe