RESIPI : PAU KELAPA


Assalamualaikum…




Hai korang. Hari ni CZ nak kongsikan satu resipi lagiiii....

Mengapa wanita mahupun lelaki  suka beli makanan dingin beku (frozen food)? Mengapa yer? Meh sini Cik Zai jawabkan. Ini kerana makanan jenis ini tahan lama dan mudah disediakan lagi-lagi orang yang sibuk bekerja almaklumlah bekerjaya. Apa kata kita ubah mood pula lepas ni dengan membuatnya sendiri.

Gunakan waktu lapang seperti waktu hujung minggu untuk menyediakannya. Ahli keluarga pasti bergembira bila dapat menikmati hasil masakan air tangan anda. Heheeheh selain dapat menjimatkan kos tak gitu..hihihih.

BAHAN-BAHAN
1 kg tepung pau
500gm air
200gm gula kastor
60gm shortening
1 sudu kecil pelembut roti
Inti kelapa

CARA-CARA:-
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. 
  2. Putarkan adunan selama 15 minit sehingga doh rata dan lembut. 
  3. Setelah itu bulatkan doh dan rehatkan selama 10 minit. 
  4. Timbang doh seberat 30 gram dan bulatkan. Kemudian leperkan. 
  5. Masukkan inti yang dibulatkan dan tutup doh.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan kertas dan kemudian kukus selama 15 minit. 
  7. Selepas sejuk, masukkan di dalam plastik dan dinginkan dalam peti sejuk. So, bila-bila korang nak makan tinggal panaskan(kukus) jer.

Info: Makanan yang disimpan di tempat dingin beku boleh bertahan selama dua bulan.

No comments: