RESIPI : UDANG GORENG TEPUNG BEREMPAH DENGAN SOS MAYONIS


 Assalamualaikum...



 
Siapa suka udang angkat tangan!!!!! Meh sini CZ nak kongsikan resipi terbaekkk punyer untuk udang…..huh lapar2…..

BAHAN-BAHAN:-
1kg udang
300 gm tepung gandum
150 gm tepung beras
10 gm serbuk kari
5 gm serbuk jintan
5 biji kuning telur
2 biji lemon
180 gm gula
400 gm mayonis
1 liter minyak
250 ml air
Garam
Serbuk lada putih

CARA-CARA:-
  1. Bersihkan udang dan buang kulit kecuali ekornya sahaja.
  2.  Campurkan tepung gandum dan tepung beras bersama dengan rempah. Gaul sebati.
  3. Kemudian gaulkan udang dengan garam, serbuk lada putih dan kuning telur. Selepas itu gaul pula dengan campuran tepung tadi. Goreng sehingga garing. 
  4. Untuk menyediakan sos mayonis pula, potong lemon dan buangkan bijinya. 
  5. Rebus lemon dengan gula dan air selama 15 minit. Kemudian kisar lemon dan campurkan dengan mayonis. 
 
 Siap. Sedia untuk dihindangkan bersama udang goreng dan juga sos mayonis...

1 comment:

Rizal said...

aduw udang di restoran nih