CONTOH SOALAN INTERVIEW


Assalamualaikum…




Cik Zai dah buat review untuk soalan-soalan temuduga. Korang jangan ingat orang yang dah berkali-kali interview pun tak perlu persediaan interview taw sebab ‘tanpa persediaan, temuduga hanya sia-sia’. Rugi-rugi pergi interview kalau semua soalan yang ditanya tak dapat jawab dan gagap-gagap. Pulang dengan perasaan kecewa jerlah hahahah..

Lagi satu sebab kenapa CZ suka buat persediaan sebelum pergi  temuduga ni sebab CZ tak suka kalau tak dapat sesuatu atas sebab Cik Zai memang tak berusaha langsung, kalau boleh ‘biar tak dapat asal kita telah berusaha bersungguh-sungguh,asal jangan tak dapat sebab tak berusaha’. Jangan pernah ada kata-kata penyesalan seperti ‘apasallah aku tak buat persediaan awal-awal, kalau tidak pasti aku lulus interview tu, kecewa-kecewa’…

Ok, antara soalan-soalan interview yang sangat famous dan agak tricky adalah seperti:

Perkenalkan diri anda?

Kenapa minat dengan jawatan yang dipohon?

Apakah kelemahan anda?

Apakah kelebihan anda?

Kenapa anda ingin meninggalkan pekerjaan lama?

Kenapa anda ingin bekerja dengan kami?

Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?

Apakah pencapaian anda yang terbesar?

Bagaimana anda menyelesaikan masalah?

Di mana anda akan berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang?

Agak-agak kenapa pelanggan suka awak?

Pada pendapat apakah ciri-ciri yang perlu ada pada (jawatan yang anda pohon)?

Boleh kamu nyatakan apakah objektif syarikat?

Boleh kamu nyatakan Visi dan Misi Syarikat?

Siapakah Menteri Kesihatan?

Anda tahu Prinsip Rukun Negara? Boleh kamu nyatakan Prinsip Rukun Negara yang keempat dan terangkan?

Apakah pendapat kamu tentang 1Malaysia? Boleh kamu terangkan?

Haa macam tulah sedikit sebanyak antara soalan yang akan ditanya. Korang yang nak interview tu jangan lupa ‘BERSEDIA’.. Itu kunci utama dan rahsia kejayaan interview. Nasihat ditujukan khas untuk diri sendiri sebenarnya..teheee…

 P/S Boleh tak korang tolong doakan Cik Zai berjaya ^_^???




Talk to my hand la! Mind your own business la! Sume nak bangkang , Kolot!


Assalamualaikum…

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Woww..tajuk entry aku kali ni macam emosional sangat kan? Korang jangan fikir yang bukan-bukan pasal tajuk tu sebab ia cuma  petikan dari pic post di atas jer…teheee


Masa buka fb kan aku tertarik dengan satu post ni. 

Apa-apa pun yang baik kita jadikan pedoman. Mana yang buruk kita jadikan sempadan. Hidup kita ni ada tujuan dan setiap yang kita lakukan pastikan ianya bermanfaat dan dengan tujuan yang baik. Semoga kita semua tidak mensia-siakan masa yang masih bersisa ini. 

Korang rugi kalau tak baca Pic Post di atas  tu. Tu nasihat dan pedoman berguna tu!




Job application letter for the post of Secretary (example)

Polan Bin Pilin
10, Taman Sri Indah,
91000 Tawau,
Sabah.
                                                                                                                                   

The Personnel Manager,
Katsura Paint Sdn. Bhd.,
P.O. Box 470,
91000 Tawau,
Sabah.                                                                                               27 JUNE 2012


Dear Sir,

Post Of Secretary

I am writing to apply for the post of Secretary, advertised in the Malaysian Times on 24 Mei.

2.         In 2009, I passed my SPM with 3As, 3Bs, 2Cs. The following year, I completed a diploma course in Secretarial Science at Kolej Utama, Petaling Jaya. I have some knowledge of computers as it was one of the subjects taught in the diploma course.

3.         For the last four months, I have been working as a Secretary in a small motor firm in Pulau Pinang. The reason I am applying for this position is that I want to widen my experience by working for large company like Katsura.

I have enclosed my CV and other relevant documents. I am looking forward to a favourable response from you.


Your faithfully
Polan
(Polan Bin Pilin)

PISANG CHEESE DAN MANGO SAGO


Assalamualaikum...




Pagi-pagi lagi aku dah lapar nak makan macam dalam gambar ni…

Apa tu?

Pisang Cheese dan juga Mango Sago…Wowww bestnya kalau dapat pekena pisang cheese dan mango sago pepagi ni…

Kalau korang datang Tawau, jangan pulang selagi korang tak makan menu dalam gambar ni taw sebab ia sangat-sangat fofular di Tawau. Ini baru makanan ringan-ringan, belum aku sebutkan makanan yang berat-berat lagi. Aku gerenti korang pasti nak datang sini lagilah bila dah makan...

Mailah Tawau....

UBI BAKAR....


Assalamualaikum…



Korang pernah tak makan ubi bakar?

Kebiasaannya kita selalu dengar atau makan ubi goreng, ubi rebus, kerepek ubi jerkan...Kali ni nak cerita ubi bakar pula...

Hari Ahad lalu kitorang ke kebun. Tengah-tengah bakar daun-daun kering abang aku tunjukkan ubi kayu. Banyak dia dapat. So, bapa Cik Zai suruh bakar.

Senang jer nak buat ubi bakar ni. Korang tak perlu basuh ker, kupas kulit ker..terus jer campak dalam api.

Bila makan ubi panas-panas wow memang sedap. Dahlah sedap, berkhasiat, senang pula tu. Asal korang jangan nak memandai makan kulitnya sudah. Makan isinya jer taw. Adik aku first time makan ubi bakar…hahahhahah…anak moden katakan..no wonderlah…hihihih

Dont jugde book by its cover...walaupun nampak legam tapi isinya gebu dan berlemak  walaupun aku  tak  bubuh santan...hahah..


Ubi ni memang empuk .... adoiii kalau ada sambal mesti lagi best makan ubi ni..

Bila makan ubi bakar ni kan Cik Zai terfikir kalaulah aku tersesat dalam hutan aku terpaksa survive untuk meneruskan hidup so dengan itu aku kena makan makanan seperti ubi bakar nilah masa tu kan? Itupun kalau terjumpa dengan ubi kayulah dekat hutan tu. Kalau tak jumpa pandai-pandai kaulah nak hidup Cik Zai...teheee...


Korang jangan nak geli sangatlah.....masa zaman jepun dulu pun nenek moyang kita hari-hari makan ubi kayu ni taw..belum rasa belum taw sedap ker tak...korang cubalah...

KE KEBUN LAGI…


Assalamualaikum....




Hari ni hari Ahadkan. So, kitorang memang plan nak ke kebun lagi. Korang ingat lagi tak entry yang lalu bertajuk ‘Woow..Ini kebun ker hutan?!’…Haa sekarang ni kebun dah tak macam hutan lagi. Daun-daun pokok pun dah mula mengering lepas kena tebas dan kena potong tempoh hari…


Mak aku tengah tanam ubi kayu...rajin mak aku...syabas-syabas...

Mak aku pun dah mula bercucuk tanam kat kebun tu. Aku, adik dan abang bersihkanlah apa yang patut…bakar daun-daun kering, tebas mana yang belum ditebas, sambil-sambil berpicnik. Huwahaha dalam hutan pun boleh berpicnik tuu…



Aku dan adik jumpa busut di kebun. Bukan main besar busut ni. Adik aku dengan selambanya menghayunkan parang ke busut tu ibarat menebas rumput. Automatically aku kata “Jangan!!, ingat lagi filem Nongkrong? Haaa nanti lebah keluar dari busut tu baru taw”…Teheeee..dia percaya.......^_^

Adik aku sangat rajin sebab dia tolong bersihkan kasut aku yang  penuh dengan lopak...hihihih ..tq


Bila dah penat makan dulu...Nasi Goreng baik punyer...makan kat kebun memang  sedapppp.....



A GOOD EXAMPLE WITH HIJAB


Assalamualaikum….

Kadang-kadangkan bila kita nasihat orang payah sangat.  Cakaplah dari pagi hingga ke petang hingga ke malam tak masuk masuk juga. Benda senang yang agama wajibkan ni pun kita tak boleh buat. Penat jer Ustad, Ustazah, Lecturer, cikgu-cikgu kita ajar sejak sekolah rendah sampailah ke peringkat intitusi pengajian tinggi tapi tak terkesan juga dihati erk. Alahai.. kang bila bagi nasihat dikatanya pula ‘belum dapat hidayah’…Nak tunggu-tunggu hidayah sampai bila kalau takada usaha langsung  nak pakai.


Senang ceritalah bagi yang masih ragu-ragu nak pakai ker tidak, nak pakai ker tidak..Korang boleh lihat gambar di atas dan renung-renungkan…ok ^_^? 


Bila dah pakai tudung tu ingat tau, kita bukan tutup kepala jer, kita bukan tutup kulit tapi kita  TUTUP AURAT…

PEACE…

Pengetahuan Am: Korang tahu mengapa air laut masin?


Assalamualaikum....


Subhanallah...cantiknya laut ni....

Korang pernah tak terfikir kenapa air laut masin?

 Dulu Cik Zai ingatkan air laut memang dah semulajadi airnya masin. Tak pernah terpikir dari mana datangnya rasa kemasinannya itu. Sekarang dah tahu..hihihih… 

Sebenarnya bergini, secara puratanya, air laut mempunyai 3.3 sehingga 3.7 peratus kandungan garam. Namun, jumlah kandungan garam adalah berbeza mengikut tempatnya. Contohnya kawasan seperti Teluk Parsi dan Laut Merah, kandungan garamnya mencecah sehingga 4.2 peratus. Garam ini sebahagian besarnya berasal daripada proses pelarutan dan kebocoran daripada pepejal bumi yang mengambil masa beratus juta tahun. Sebahagiannya adalah hasil daripada batu lahar bergaram yang keluar daripada rekahan besar yang mengunjur di keseluruhan lembangan laut.

Yeah! Dah faham dah....


PETUA MENGHILANGKAN BAU KAKI


Assalamualaikum…

Google pic

Ada sesiapa mengalami masalah bau kaki??!!

 Korang???? 

Hihihih semua tak nak ngaku…Tak mengapa, masalah korang bukan serius sangat punnn dan ada petua mudah nak atasi masalah kaki tu. Cuba  petua di bawah ini, Sangat berkesan….

Bagi mereka yang menghadapi masalah bau kaki, isikan perahan lemon atau limau nipis di dalam besen birisi air. Rendamkan kaki anda seketika dan gosokkan kaki dengan kulit lemon atau limau nipis seketika. Amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya.

Semoga berjaya ^_^...

LIDAH TERBELIT-BELIT...


Assalamualaikum…




Bila mulut kita ni asyik nak bercakap dan bercakap tak pandai nak diam Cik Zai ada petua nak stopkan…..

Cuba sebut perkataan di bawah ini sampai korang boleh sebut dengan lancar. Jangan berhenti selagi tak lancar..hihihihih

Upper roller, lower roller. Upper roller, lower roller.
I slit a sheet, a sheet I slit, upon a slitted sheet I sit (be careful not to slip up on this one!).
Betty Botter bought a bit of butter. But the butter was bitter. So Betty Botter bought a bit of butter to make the bitter butter better butter.
Red leather, yellow leather. Red leather, yellow leather.

Ahhhh! Our tongues are truly tired after that…..hahahhahaha…Bila lidah korang dah penat haa korang pun dah malas nak bercakapkan..hihihih…

Tips ni berguna juga untuk kanak-kanak yang tak pandai diam....

Woow..ini kebun ker hutan?

Assalamualaikum...



Hi guys…..

Hari Ahad lalu, mak aku tak nak ajak aku gi kebun tapi Cik Zai berkeras nak ikut juga… Mak aku kata “tak payah p , duk rumah cuci kain dan jangan lupa basuh baju mak sekali taw”..

Huhhh…hampa tapi aku tak putus asa, tanya bapa pula. Teheee.. terus bagi green light. Memang bapa aku paling macholah..senang dibawa berbincang.

So, kita pun pergilah kebun tu...

Bila kitorang dalam perjalanan nak gi kebun baru cik Zai perasan, kebun kitorang berdekatan dengan Ranggu Highland Village. Wahhh dekatnya! Kalau nak jalan kaki pun boleh sampai.  Manatahu satu hari nanti nak buat rumah kat kebun haa senang nak gi berkelah ker, nak jalan-jalan ker dekat Ranggu Highland Village. Korang tahu ker Ranggu Highland Village tu tempat apa?  Lain kali aku cerita yang tu erk..

Bila sampai kebun automatically Cik Zai kata "wowwww...ini kebun ker hutan"??? 

See, aku dah kata ni bukan kebun..ni hutan...

Bapa aku pun terpaksa menggunakan Chainsaw untuk menebang pokok-pokok  yang tumbuh meliar..

Ni pokok ubi tapi aku first time tengok pokok ubi ada buah macam ni...


Hah, tulah semangat sangat nak ikut gi kebun.. ambek engkau Cik Zai. Tebas kebun yang hang kata hutan tu sampai tak kelihatan seperti hutan lagi.

Lenguh wei tangan, dari pagi sampai ke petang menebas rumput dan pokok jer……





CONTOH SOALAN POPULAR YANG AKAN DITANYA BILA INTERVIEW


Assalamualaikum....






Korang pernah tak pergi interview? Cik Zai dah banyak kali menghadapi interview termasuklah interview kerja mahupun interview nak sambung belajar. Gugup masa interview tu usah cakaplah...dah banyak kali lalui...Bila Cik Zai interviewkan Cik Zai dapati ada beberapa soalan yang sentiasa ataupun popular akan ditanya oleh penemuduga. Entah kenapa penemuduga suka sangat dengan soalan ni, diorang tak bosan-bosan ker? Huhhh...tapi bagi pendapat Cik Zai soalan-soalan popular ni memang sesuailah ditanya bila interview untuk menguji keyakinan calon, cara berkomunikasi calon, dan sebagainya. Takkan diorang nak soal soalan seperti "dah makan ker"..Yer tidak...hihihih..

Jom kita semak soalan-soalan popular bila interview......jommm...

Ceritakan latar belakang anda?
Soalan ni berbentuk ice-breaker. Cuba jawab dengan mengaitkan serba sedikit dengan kerja ataupun kemahiran yang korang pernah lalui.

Apakah kelemahan kamu?
Jawab secara positif. Contohnya, “Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker”.

Apakah kekuatan kamu?
Nyatakan kemahiran korang yang boleh menunjukkan korang seorang bakal pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

Mengapakah kamu meninggalkan kerja lama?
Jangan sesekali menyatakan kamu diberhentikan, berhenti atau tidak sehaluan dengan rakan sekerja mahupun penyelia anda. Berikan sebab-sebab seperti kamu mahu mencuba kerja baru, kontrak tamat, tukar angin, kembali belajar, inginkan peningkatan kerjaya dan sebagainya.

Mengapa pihak kami harus mengambil kamu bekerja?
Kamu perlu dan digalakkan membuat kenyataan yang positif contohnya “saya mahu mengambil peluang ini untuk bekerja dengan pihak tuan dan saya yakin dapat melakukan kerja-kerja yang diberikan".

Dah kerja cari kerja lagi????


Assalamualaikum...



Bulan depan CZ ada interview. Untuk dua jawatan. Entah dapat ker tidak. Sebab biasalah ramai yang memohon tapi kekosongan adalah terhad.

Mungkin korang rasa pelik “Dah kerja buat apa nak cari kerja lagi?”…

Sekarang ni memang  Cik Zai dah bekerja tapi kadang-kala manusia inginkan peningkatan hidup, nak cari pengalaman baru, nak cari suasana baru dan sebagainya.

Bagi korang yang belum mendapat pekerjaan jangan putus harapan dan tak perlu memilih kerja sangat. Bila dapat kerja grab jer peluang yang ada sambil-sambil tu korang cari kerja yang lebih baik. Insyaallah rezeki Allah SWT sangat luas untuk mereka yang rajin berusaha..

P.S      Korang jangan lupa doakan Cik Zai lulus interview dengan jayanya taw. Cik Zai pun harap korang yang belum dapat kerja agar cepat-cepat dapat kerja. 

CARA SUJUD SYUKUR

Assalamualaikum..

Korang tahu tak, pengertian SUJUD SYUKUR ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.


….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

RUKUN SUJUD SYUKUR:-
  1. Berniat untuk sujud syukur
  2. Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
  3. Satu kali sujud
  4. Memberi salam sesudah sujud

Zaman sekarang ni lain sikit, bila seseorang mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya perkara pertama yang dilakukan adalah…

POST  DI FACEBOOK!!!!
POST DI TWITTER!!! 
Alaihai manusia........

So, hari ni sama-samalah berubah. Kita lakukan sujud syukur tiap-tiap kali kita mendapat nikmat, tiap-tiap kali kita terhindar dari bencana, diberikan keselamatan dan sebagainya. Lagipun sujud syukur ni taklah susah sangat pun. Cuma memperuntukkan masa lebih kurang 1-5 minit jer. 

TIPS MENJADI KAYA


Assalamualaikum…




Kadang-kadang ada orang mengeluh “ aku kerja kuat, aku kerja susah payah, aku kerja bersungguh-sungguh tapi apasallah tak kaya-kaya, apasallah  tak cukup-cukup juga???”……

Kenapa yer? Usaha sudah malah lebih dari cukup, doa pun sudah, tawakal pun sudah…kot-kot ada satu yang tertinggal..cuba pikir-pikirkan…

Sejenak cuba kita tanya diri kita, kita pernah tak bersedekah? Dalam setahun berapa kali kita bersedekah, dalam sebulan berapa kali kita bersedekah??? Dalam seminggu??

Ali bin Abu Talib berkata "Pancinglah rezeki dengan bersedekah".... Jom bersedekah! :)

Haa, itulah ajaibnya bersedekah, semakin kita bersedekah semakin murah rezeki kita. Mari kita lihat keajaiban serta faedah-faedah lain bersedekah ni..

Memanjangkan umur dan mencegah dari kematian yang buruk.
Menyembuhkan penyakit.
Jadi pendinding dari api neraka di akhirat kelak.
Mengikis sifat bakhil, dan membentuk seseorang bersifat dermawan. 
Melalui sedekah juga silaturahim terjalin, mengeratkan hubungan persaudaraan dan hubungan kemanusiaan.

RESIPI BISKUT SNOW ALMOND


Assalamulalaikum....



BAHAN PERTAMA
125 gm mentega
60 gm gula kastor

BAHAN KEDUA
50 gm nestum – kisar
30 gm tepung jagung
130 tepung gandum
¼ sudu kecil serbuk penaik

BAHAN HIASAN
Coklat Masakan
Serbuk roti putih

CARA MENYEDIAKAN:-

  1. Masukkan bahan PERTAMA dan pukul hingga sebati. 
  2. Masukkan bahan KEDUA dan gaul rata sehingga menjadi doh. 
  3. Terap doh menggunakan acuan empat segi. 
  4. Kemudian bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. 
  5. Apabila biskut sudah masak, sejukkan. Celupkan coklat masakan dan taburkan serbuk roti putih. 

Jeng jeng...siap....sedia untuk dihidangkan pada hari raya tak lama lagi. Jangan lupa jemput Cik Zai....