ADIK SAYA HILANG!!!


Assalamualaikum....





Aku baru nak announce satu taman yang adikku hilang sejak petang hinggalah pukul 8.45PM malam semalam. Mak aku bukan main risau sangat-sangat.

Pergi surau tak jumpa…..

Pergi taman tak jumpa….

Rumah jiran sebelah tak jumpa…

Aku pun dah naik bingung mana nak cari lagi…sebab kami pun baru lagi dekat kawasan perumahan ni. Kenalan pun belum ramai lagi. 

Aduh time-time nilah juga adik aku nak hilang...

Mana nak cari ketua kampung  segala..dekat taman macam ni adaker ketua kampung? Kelab rukun tetangga adalah…..

Huhhhh...susah...susah....

Time bapa aku tak ada dekat rumah lagi, abang pun tak ada, kakak pun stay rumah mak mertua dia….huhhhh manalah kau dik….

Tiba-tiba…..!!!!

Dari kejauhan kelihatan budak kecil memakai songkok dengan baju Manchester United sedang mengayuh basikal sambil tersenyum…

SAHHHHHH!…. ADIK AKU!

Dengan selamba adik aku kata “ syafiq dari sana…jauhhhhhhh…duduk-duduk di halaman rumah kawan sambil main kereta control “….

Punyer selamba adik aku, "hang tunggu hang tunggu….!!!"

Bila dah masuk dalam rumah telinga adik aku kena cuci puas-puas oleh mak aku….hahahahhahaha…Itulah...Lain kali jangan buat orang risau lagi.....

5 comments:

Yumida said...

OOOO..BT SUSPEN JE..NASIB BAIK DIA TIBA2 MUNCUL...ALHAMDULILLAH..
FOLLOWER KE 612

aizamia3 said...

kat tempat baru dengan suasana baru.. perasaan nak meneroka tu membuak-buak.. tapi sebagai pengajaran lepas ni adik tu kenalah bagitau nak ke mana.. sekurang-kurangnya senang nak mencari..

Syakir Rahman said...

hahahaha...teringat zaman kecik2 dlu...

Cik Zai said...

Haaahahah..syukur alhamdulillah jumpa juga adik saya ^_^

.........cP~ said...

Salam.

Budak2 ni memang tak tau kita risau kat dia. Adik saya pun pernah dah lewat tak balik2 sampai ayah saya marah suruh cari dia. Saya jugak yang kena. Uhuk.

p/s: Padahal sendiri pun pernah jalan rumah kawan sampai petang tak balik2. Akhirnya, habis kena marah.