Bidang Tugas Jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N17


Assalamualaikum…




Ada sesiapa yang nak pergi interview untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N17?????

Kalau korang nak pergi interview korang kena buat persediaan awal-awal seperti korang kena tahu apa bidang tugasnya. Takut penemuduga tanya nanti haaaa korang tergagap-gagap pula nak menjawab. Baik korang ulangkaji sikit agar korang  lebih berkeyakinan bila menjawab soalan penemuduga.

Untuk apa berkeyakinan?!!

Agar korang nampak professionallah kalau korang gagap-gagap nampak sangat korang macam nak tak nak jer dengan kerja tu. Bila dah tak dapat baru nak nangis-nangis nak menyalahkan penemuduga. Kata penemuduga tak considerlah, penemuduga pilih kasihlah dan sebagainya….

Jawatan : Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi.

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Aspek Perkeranian
  1. Pentadbiran pejabat.
  2. Pengurusan personel.
  3. Pengurusetiaan.
  4. Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  5. Pengurusan Rekod.
  6. Pengurusan Kewangan.
  7. Pengurusan Fail.

Contoh Kerja:
  1. Mengurus punch kad staff di jabatan/unit
  2. Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
  3. Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
  4. Menaip dan buat surat/dokumen
  5. Jadi POSMEN
  6. Kadang-kadang jadi PA
  7. Jadi urusetia meeting

25 COMMENT:

Momo said...

berguna utk saya..tapi..tapi...tak dapat interview lagi..sdihnya:((((

nadz nuttz said...

salam, saya nak tanya, macam mana kalau kita tak habis diploma lagi, nak cakap ke or tak dengan panel temuduga tu? dalam resume nak tulis ke kita masih diploma?confius2

Cik Zai said...

Kena berterus terang dengan panel penemuduga sebab panel cek semua certificate kita..bila kita tak cakap dia fikir kita menipulah pula...tak gitu...dalam resume jangan tulis diploma kalau belum habis belajar...

노라 said...

kalau kite dah bekerje sblum dtg interview tp dtg jga sbb minat kat jwtan interview tu kena bgtahu tk?mne la thu panel tye pastu kite jwb pla dah bekeje trus dia reject ke huhu

Cik Zai said...

노라 ....Haaaa sebab tu kena yakinkan penemuduga yang kita memang layak untuk jawatan tu..bila dia tanya dah kerja buat apa nak cari kerja lagi kena pandai-pandai jawab...bagi jawapan yang meyakinkan kepada penemuduga...So, kena ready awal2 dengan soalan macam ni sebelum pergi temuduga...tapi jangan sesekali bagi alasan seperti'gaji sikitlah' atau 'tak suka majikan lamalah' sebab jawapan begini tak positif...

grie joey said...

Sya telah dipanggil utk temuduga 2 minggu lepas..smsa tmduga,sya telh sertakan sjil2 diploma,dan mdapat kptusan yg agak baik,dan skrg sya tgah bkerja.Penemuduga ada brtanyakan adakah saya seronok dgn pkrjaan sya skrg,.sya jwb bhawa sya agak seronok..sya mjwab sdmikian krna sya seronok bkrja d mana sja..

Cik Zai said...

Tahniah grie joey....^_^

Anonymous said...

tapi grie joey dpt x kerja tu?? atau sekadar pergi temuduga sahaja??

Siti Raina said...

Cik Zai.. sok sy ad intrview spa..
Borang ape yg dorg akn mnx ek?

Siti Raina said...

Cik zai.. sOk sy ad intrview spa..
Salinan ape dorg akn mnx ek?

Cik Zai said...

Siti Raina biasa diorang akan minta resume, salinan ic, sijil akademik, sijil tamat sekolah, dan semua sijil2 yang berkaitan...kalau awak ada terima surat panggilan temuduga diorang ada listkan kat situ..gud luck for your interview Siti ^_^

KAK FISHAH said...

salam cik zai 24hb nie saya ada ujian bertulis untuk pmbntu tdbir n17, sya nk tnya, pada hari itu kita just akan mnjawap soalan atau kedua dua sekali ditemuduga dan ujian bertulis?

Anonymous said...

salam sis zai adakah status seseorang 2 jgk jd ukuran utk lulus temuduga ityu.mksd sy if kawin peluang lg tipis dr yg byjang

Cik Zai said...

wslm....takderla...orang bujang ker, orang dah kawin jer sama jer...dua2 berpeluang menjawat jawatan awam...cuma bezanya performance time interview jer..

Anonymous said...

salam..sy dpt interview n17. sy da degree. perlu ke sy terus terang sdgkn klykn yg diperlukn cuma spm. sblm ni sy ada jgk pi interview tok gred yg sma. n sy bgtau sy da degree. dia kt qualification sy terlalu tgi..mcm mne ye

Cik Zai said...

Wsalam....kalau interview SPA takper...terus terang jer..kan sekarang orang yang ada degree pun boleh apply jawatan SPM...Cik Zai dulu pun interview terus terang jer semua kelulusan yang CZ ada...Alhamdulillah dapat juga..

usop said...

salam CZ..alhamdulillah..setelah 2thun konvo, 11/04/2013 ni sy telah dipggil untuk temuduga jawatan pem. tadbir (kew) w17..nak tanya CZ, adakah sama skop tugasan pem. tadbir P/O n17 dgn skop tugas pem. tadbir kew. ni?..TQ CZ..

[sutera kasih] said...

tq for this entry ! :)
sgt membantu nk prepare for interview :)

Cik Zai said...

Usop, Waalaikumsalam...skop tugas ptpo dan pt kewangan tak sama. Harap maklum...

Cik Zai said...

sutera kasih....sama2 ..gud luck for ur interview ^_^

Anonymous said...

Helo cik zai..besok saya ada intrview pmbntu tadbir n17 kat pejabat pljran..hmm saya ada nak tnya..saya sbnrnya belum mempunyai dokumen resume tetapi dalam surat yg saya terima ini dorang x mnta dokumen resume..yg ada dlm list surat tu hnya dorang mnta 1 kping gmbr pasport, salinan i.c & sijil lahir trmsuk salinan sijil/klulusan prsekolahan..so dokumen resume msti ada ke atau hnya ikut yg ada dlm list surat tu?

Cik Zai said...

Kalau bawa pun takper kalau tak bawa pun takper ^_^

mimi said...

apa tugs pmbntu tdbir pkrnian skul sbnrnya?!

iza said...

Assalamualaikum cik zai,

semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T...semoga segala doa diperkenankan oleh Nya...
aamiin...aamiin...aamiin
terima kasih atas malumat yang ber manfaat ni...sangat berguna untuk esok...
saya first time intiview post ni...
semoga rezeki tu ada untuk saya..
aamiin...aamiin...aamiin...

Anonymous said...

Wow..sgt bguna ni..bleh mbntu sy utk jwb sln pnmduga 2 esk..in shaa Allah..hrp2 sy dpt kja 2..amin..tq yaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...