CONTOH SOALAN INTERVIEW


Assalamualaikum…




Cik Zai dah buat review untuk soalan-soalan temuduga. Korang jangan ingat orang yang dah berkali-kali interview pun tak perlu persediaan interview taw sebab ‘tanpa persediaan, temuduga hanya sia-sia’. Rugi-rugi pergi interview kalau semua soalan yang ditanya tak dapat jawab dan gagap-gagap. Pulang dengan perasaan kecewa jerlah hahahah..

Lagi satu sebab kenapa CZ suka buat persediaan sebelum pergi  temuduga ni sebab CZ tak suka kalau tak dapat sesuatu atas sebab Cik Zai memang tak berusaha langsung, kalau boleh ‘biar tak dapat asal kita telah berusaha bersungguh-sungguh,asal jangan tak dapat sebab tak berusaha’. Jangan pernah ada kata-kata penyesalan seperti ‘apasallah aku tak buat persediaan awal-awal, kalau tidak pasti aku lulus interview tu, kecewa-kecewa’…

Ok, antara soalan-soalan interview yang sangat famous dan agak tricky adalah seperti:

Perkenalkan diri anda?

Kenapa minat dengan jawatan yang dipohon?

Apakah kelemahan anda?

Apakah kelebihan anda?

Kenapa anda ingin meninggalkan pekerjaan lama?

Kenapa anda ingin bekerja dengan kami?

Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?

Apakah pencapaian anda yang terbesar?

Bagaimana anda menyelesaikan masalah?

Di mana anda akan berada untuk 5 atau 10 tahun akan datang?

Agak-agak kenapa pelanggan suka awak?

Pada pendapat apakah ciri-ciri yang perlu ada pada (jawatan yang anda pohon)?

Boleh kamu nyatakan apakah objektif syarikat?

Boleh kamu nyatakan Visi dan Misi Syarikat?

Siapakah Menteri Kesihatan?

Anda tahu Prinsip Rukun Negara? Boleh kamu nyatakan Prinsip Rukun Negara yang keempat dan terangkan?

Apakah pendapat kamu tentang 1Malaysia? Boleh kamu terangkan?

Haa macam tulah sedikit sebanyak antara soalan yang akan ditanya. Korang yang nak interview tu jangan lupa ‘BERSEDIA’.. Itu kunci utama dan rahsia kejayaan interview. Nasihat ditujukan khas untuk diri sendiri sebenarnya..teheee…

 P/S Boleh tak korang tolong doakan Cik Zai berjaya ^_^???




10 COMMENT:

sHiMi sHinHae~ said...

cik zai !gudluck taw interview nanti ni ..insyaallah ,moga bjaya ! aamiin :)

Cik Zai said...

Shimi aminnn...terima kasih Shimi ^_^

Amanina Nasuha said...

terima kasih kerana berkongsi dgn kami =)) saya bakal di interview nnti..huh nerves niee...

Cik Zai said...

Amanina Nasuha...samalah kita...minggu depan pun Cik Zai bakal diinterview...hihihi..cayooo n gud luck..hihih

✿Lady Ainaa✿ said...

All the best syg.. aishh, ena last interview masa kt mrsm dhulu.. memang takut gile.. huihui.. tengs for sharing dear

Nuraihan Kassim said...

waahh byk tol tips.. nice blog ! done follow tuan tanah :)

Nuraihan Kassim said...

waahh byk tol tips.. nice blog ! done follow tuan tanah :)

Nuraihan Kassim said...

waahh byk tol tips.. nice blog ! done follow tuan tanah :)

cik layla said...

waa... best sgt blog cik zai... tqvm cik zai... kt ade iview minggu ni... tp sangatlah takut... huaaaa...

cik layla said...

waa... best sgt blog cik zai... tqvm cik zai... kt ade iview minggu ni... tp sangatlah takut... huaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...