CONTOH SOALAN POPULAR YANG AKAN DITANYA BILA INTERVIEW


Assalamualaikum....






Korang pernah tak pergi interview? Cik Zai dah banyak kali menghadapi interview termasuklah interview kerja mahupun interview nak sambung belajar. Gugup masa interview tu usah cakaplah...dah banyak kali lalui...Bila Cik Zai interviewkan Cik Zai dapati ada beberapa soalan yang sentiasa ataupun popular akan ditanya oleh penemuduga. Entah kenapa penemuduga suka sangat dengan soalan ni, diorang tak bosan-bosan ker? Huhhh...tapi bagi pendapat Cik Zai soalan-soalan popular ni memang sesuailah ditanya bila interview untuk menguji keyakinan calon, cara berkomunikasi calon, dan sebagainya. Takkan diorang nak soal soalan seperti "dah makan ker"..Yer tidak...hihihih..

Jom kita semak soalan-soalan popular bila interview......jommm...

Ceritakan latar belakang anda?
Soalan ni berbentuk ice-breaker. Cuba jawab dengan mengaitkan serba sedikit dengan kerja ataupun kemahiran yang korang pernah lalui.

Apakah kelemahan kamu?
Jawab secara positif. Contohnya, “Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker”.

Apakah kekuatan kamu?
Nyatakan kemahiran korang yang boleh menunjukkan korang seorang bakal pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

Mengapakah kamu meninggalkan kerja lama?
Jangan sesekali menyatakan kamu diberhentikan, berhenti atau tidak sehaluan dengan rakan sekerja mahupun penyelia anda. Berikan sebab-sebab seperti kamu mahu mencuba kerja baru, kontrak tamat, tukar angin, kembali belajar, inginkan peningkatan kerjaya dan sebagainya.

Mengapa pihak kami harus mengambil kamu bekerja?
Kamu perlu dan digalakkan membuat kenyataan yang positif contohnya “saya mahu mengambil peluang ini untuk bekerja dengan pihak tuan dan saya yakin dapat melakukan kerja-kerja yang diberikan".

4 COMMENT:

Masmira Masri said...

tips2 nih mmg berguna utk penganggur mcm sayer hahahaa

do visit n follow me back ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/06/ketagihan-sekarang.html

Cik Zai said...

Masmira Masri tips ni berguna untuk Cik Zai juga...sebab bulan depan nak gi interview..hihih

CiKMie said...

thankz..tips yg berguna..

noraznida said...

tq...ade tips lg nnt share la ye... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...