KE KEBUN LAGI…


Assalamualaikum....




Hari ni hari Ahadkan. So, kitorang memang plan nak ke kebun lagi. Korang ingat lagi tak entry yang lalu bertajuk ‘Woow..Ini kebun ker hutan?!’…Haa sekarang ni kebun dah tak macam hutan lagi. Daun-daun pokok pun dah mula mengering lepas kena tebas dan kena potong tempoh hari…


Mak aku tengah tanam ubi kayu...rajin mak aku...syabas-syabas...

Mak aku pun dah mula bercucuk tanam kat kebun tu. Aku, adik dan abang bersihkanlah apa yang patut…bakar daun-daun kering, tebas mana yang belum ditebas, sambil-sambil berpicnik. Huwahaha dalam hutan pun boleh berpicnik tuu…



Aku dan adik jumpa busut di kebun. Bukan main besar busut ni. Adik aku dengan selambanya menghayunkan parang ke busut tu ibarat menebas rumput. Automatically aku kata “Jangan!!, ingat lagi filem Nongkrong? Haaa nanti lebah keluar dari busut tu baru taw”…Teheeee..dia percaya.......^_^

Adik aku sangat rajin sebab dia tolong bersihkan kasut aku yang  penuh dengan lopak...hihihih ..tq


Bila dah penat makan dulu...Nasi Goreng baik punyer...makan kat kebun memang  sedapppp.....



4 comments:

AL AZRUL said...

tgok gmbar2 ni yg wat rsa rndu nk ke kebun..

Cik Zai said...

Al Azrul..hehehehehehe

Maya Wahida said...

kebunnya di mana tu?

Cik Zai said...

Maya Wahida..di ranggu, Tawau ^_^