Pengetahuan Am: Korang tahu mengapa air laut masin?


Assalamualaikum....


Subhanallah...cantiknya laut ni....

Korang pernah tak terfikir kenapa air laut masin?

 Dulu Cik Zai ingatkan air laut memang dah semulajadi airnya masin. Tak pernah terpikir dari mana datangnya rasa kemasinannya itu. Sekarang dah tahu..hihihih… 

Sebenarnya bergini, secara puratanya, air laut mempunyai 3.3 sehingga 3.7 peratus kandungan garam. Namun, jumlah kandungan garam adalah berbeza mengikut tempatnya. Contohnya kawasan seperti Teluk Parsi dan Laut Merah, kandungan garamnya mencecah sehingga 4.2 peratus. Garam ini sebahagian besarnya berasal daripada proses pelarutan dan kebocoran daripada pepejal bumi yang mengambil masa beratus juta tahun. Sebahagiannya adalah hasil daripada batu lahar bergaram yang keluar daripada rekahan besar yang mengunjur di keseluruhan lembangan laut.

Yeah! Dah faham dah....


2 comments:

Mishter Izwän said...

terima kasih dengan info sebegini .

Cik Zai said...

Misther Izwan...sama-sama ^_^