RESIPI : REMPEYEK



Assalamualaikum…




Aku suka makan rempeyek. Aku ada resipinya, korang boleh cuba. Sesiapa yang ada hati nak jual rempeyek bolehlah cuba resipi ni dan jual. Semoga berjaya! Kita terus kepada resipi…jommmm…

BAHAN-BAHAN:-


 250 gm tepung beras
½ biji telur
1 ulas bawang merah- kisar
1 cawan air
1 cawan santan
40 gm jintan manis - kisar
40 gm ketumbar – kisar
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN :-
  1. Masukkan tepung beras di dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan garam dan sebatikan.
  3. Masukkan pula telur dan bawang kisar.
  4. Tuangkan santan dan air secukupnya. Bancuhkan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Kacau rata dan sebatikan.
  5. Panaskan kuali dan clupkan acuan rempeyek. Apabila acuan sudah panas, tuangkan sedikit adunan di atas acuan. Taburkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis goreng, lalu goreng sehingga kekuningan.



1 comment:

Nur Aisyah Tahir said...

ada ke acuan rempeyek?