UBI BAKAR....


Assalamualaikum…



Korang pernah tak makan ubi bakar?

Kebiasaannya kita selalu dengar atau makan ubi goreng, ubi rebus, kerepek ubi jerkan...Kali ni nak cerita ubi bakar pula...

Hari Ahad lalu kitorang ke kebun. Tengah-tengah bakar daun-daun kering abang aku tunjukkan ubi kayu. Banyak dia dapat. So, bapa Cik Zai suruh bakar.

Senang jer nak buat ubi bakar ni. Korang tak perlu basuh ker, kupas kulit ker..terus jer campak dalam api.

Bila makan ubi panas-panas wow memang sedap. Dahlah sedap, berkhasiat, senang pula tu. Asal korang jangan nak memandai makan kulitnya sudah. Makan isinya jer taw. Adik aku first time makan ubi bakar…hahahhahah…anak moden katakan..no wonderlah…hihihih

Dont jugde book by its cover...walaupun nampak legam tapi isinya gebu dan berlemak  walaupun aku  tak  bubuh santan...hahah..


Ubi ni memang empuk .... adoiii kalau ada sambal mesti lagi best makan ubi ni..

Bila makan ubi bakar ni kan Cik Zai terfikir kalaulah aku tersesat dalam hutan aku terpaksa survive untuk meneruskan hidup so dengan itu aku kena makan makanan seperti ubi bakar nilah masa tu kan? Itupun kalau terjumpa dengan ubi kayulah dekat hutan tu. Kalau tak jumpa pandai-pandai kaulah nak hidup Cik Zai...teheee...


Korang jangan nak geli sangatlah.....masa zaman jepun dulu pun nenek moyang kita hari-hari makan ubi kayu ni taw..belum rasa belum taw sedap ker tak...korang cubalah...

No comments: