Woow..ini kebun ker hutan?

Assalamualaikum...



Hi guys…..

Hari Ahad lalu, mak aku tak nak ajak aku gi kebun tapi Cik Zai berkeras nak ikut juga… Mak aku kata “tak payah p , duk rumah cuci kain dan jangan lupa basuh baju mak sekali taw”..

Huhhh…hampa tapi aku tak putus asa, tanya bapa pula. Teheee.. terus bagi green light. Memang bapa aku paling macholah..senang dibawa berbincang.

So, kita pun pergilah kebun tu...

Bila kitorang dalam perjalanan nak gi kebun baru cik Zai perasan, kebun kitorang berdekatan dengan Ranggu Highland Village. Wahhh dekatnya! Kalau nak jalan kaki pun boleh sampai.  Manatahu satu hari nanti nak buat rumah kat kebun haa senang nak gi berkelah ker, nak jalan-jalan ker dekat Ranggu Highland Village. Korang tahu ker Ranggu Highland Village tu tempat apa?  Lain kali aku cerita yang tu erk..

Bila sampai kebun automatically Cik Zai kata "wowwww...ini kebun ker hutan"??? 

See, aku dah kata ni bukan kebun..ni hutan...

Bapa aku pun terpaksa menggunakan Chainsaw untuk menebang pokok-pokok  yang tumbuh meliar..

Ni pokok ubi tapi aku first time tengok pokok ubi ada buah macam ni...


Hah, tulah semangat sangat nak ikut gi kebun.. ambek engkau Cik Zai. Tebas kebun yang hang kata hutan tu sampai tak kelihatan seperti hutan lagi.

Lenguh wei tangan, dari pagi sampai ke petang menebas rumput dan pokok jer……





5 comments:

IFA Athirah said...

whoa..pokok ubi ke tu? (jakun jugak ni)

Cik Zai said...

Yer.pkk ubilah lah tu Ifa...^_^

nadia farhana said...

waa ada kebun ...

Cik Zai said...

Nadia farhana...Tu kebun mak saya ^_^

ameerul ashraf said...

ooo..cmtu ke pokok ubi? hahah
rajin dia.. :)