Pengalaman Interview SPA jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17


Assalamualaikum...




2 hari lepas Cik Zai interview lagi untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17. Macam biasalah Cik Zai kalau pasal interview memang paling semangat dan sentiasa calon paling awal datang teheee…Sementara menunggu calon lain sampai Cik Zai sempat berborak-borak dengan pakcik yang bertugas di Pusat temuduga SPA tu. Baik pakcik tu dia siap bagi pelbagai nasihat lagi mengenai mengenai pekerjaan. Diantaranya pakcik tu kata rajin-rajin update SPA, sekarang jangan pilih kerja sangat dan bla bla….



Kadang-kadang bila dah berkali-kali interview Cik Zai rasa seronok sampai dah tak kisah dapatkah tak dapatkah lantaklah. Apa yang paling penting hadir interview. Dapat jumpa kawan baru, penemuduga yang sentiasa dengan soalan berbentuk psikologinya dan sebagainya. Susahlah Cik Zai nak gambarkan perasaan tu kat korang.

Masa interview  hari tu penemuduga tu dah cam Cik Zai sebab Cik Zai kan pernah pergi interview awal bulan hari tu untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Dalam hati Cik Zai “alamak penemuduga yang ni lagi, habislah aku dapat soalan lain pula”. Memang Cik Zai dah agak dah penemuduga tu bagi soalan lain pula untuk Cik Zai but nevermind Cik Zai dah bersedia walaupun tak seberapa nak bersedia teheee…

Untuk jawatan ni aku tak confident sangat boleh dapat, kalau ada rezeki adalah dan kalau tak ada bukan rezekilah itu.

Korang nak tahu apa penemuduga soal Cik Zai?

Rutin pekerjaan Cik Zai sehari-hari…
Pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang bekerja…
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred w17…
Cik Zai ada berapa orang adik beradik…
Ayah dan Mak Cik Zai kerja apa…
Tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17…
Dan sebagainya…
Senang jerkan soalan yang ditanya. Korang jangan risau sangatlah sebab Temuduga SPA sangat senang. Lepas ni sesiapa yang nak interview SPA jangan takutlah, tak susah yang penting kena berlatih bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Insyaallah lulus interview.Cayyoooo ^_^

Korang nak tahu keputusan temuduga Cik Zai sila klik di sini .....


P.S.

Untuk pengetahuan korang, permohonan contoh email secara percuma terus ke email anda sudah ditutup pada 28.03.2013 tepat pukul 7.30pm. Korang boleh download sendiri secara percuma  di   Contoh Resume BM atau bagi yang rasa nak juga Cik Zai emailkan contoh resume ke emel korang sila baca link dibawah.

 http://myshorthand.blogspot.com/2013/03/contoh-resume.html


pff.me CARA MUDAH EDIT GAMBAR


Assalamualaikum…


Aku ada perangai yang tak best di mana aku memang malas nak edit gambar guna photoshop, photoscape dan sebagainya. Pendek kata aku memang tak kreatif macam koranglah. Asal aku edit aku delete asal aku edit aku delete…teheeee  sekerat jalan jer..sampai bila-bila pun gambar yang aku buat asyik separuh jalan …

So, disebabkan aku sangat malas aku cari inisiatif mudah untuk edit gambar.

Aku suka guna pff.me

Apa tu????

pff.me tu kepanjangannya photofacefun.com. Dengan adanya photofacefun.com korang tinggal klik-klik jer dan dalam masa tak sampai seminit gambar yang nak diedit pun siap. Jimat masa Cik Zai...teheeee...

Korang nak contoh gambar yang aku edit guna pff.me? Sila scroll ke bawah….


Awsome


Lagi awsome...


Paling awsome...


Ok la daripada takder..hiihihih




DOA UNTUK IBU BAPA


Assalamualaikum…


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...


Berapa ramai yang DOA untuk IBU & BAPA dia setiap kali lepas SOLAT....??

Mari kita amalkan setiap hari terutama sekali selepas solat yer kawan-kawan…...

PENGALAMAN FIRST INTERVIEW CIK ZAI ...SENANGNYA!


Assalamualaikum...



Korang nak tahu tak, pengalaman interview Cik Zai yang paling awal ialah masa tamat Form 5. Masa tu memang dah terfikir nak berdikari. Bukan bermaksud Cik Zai tak nak belajar lagi tapi sekadar ingin mencari pengalaman di samping menghabiskan cuti yang terlalu panjang selepas SPM.

Mak kata “ takyahlah nak p cari kerja tu, nanti dah kerja tak nak sambung belajar lagi”..

Cik Zai jawab “ eeeee Cik Zai bosanlah mak duduk rumah, Cik Zai nak kerja dan cari pengalaman”…

Mak aku memang baik terus dia bagi green light. Bila mak aku setuju bapa aku lagi setuju. Disebabkan kakak Cik Zai dulu kerja dekat KL so kakak ajak keja kat KL sebab di sana banyak peluang pekerjaan.

So, korang nak tahu Cik Zai kerja apa kat sana? Kerja Kilanglah beb. Cik Zai masa tu kelulusan setakat SPM jer tak mungkin boleh jadi bos terus.

Interview kerja kilang ni paling senang. Diorang takderlah nak tanya latar belakang, pengalaman korang, visi misi syarikat dan sebagainya. Satu soalan jer dia soal…

7 x 6 – 5 = ???

Bila Cik Zai jawab terus dapat kerja tu…hahahahah…dalam hati ketawa terbahak-bahak….Apasal interview ni senang sangat…So, bermulalah kisah Cik Zai jadi minah kilang. Kilang Camera. Masa tu Cik Zai diberi tugas membersihkan lens atau bahasa jepun disebut “Kashime”..

Paling best, masa tulah Cik Zai dapat banyak ilmu mengenai defect pada lens dan lagi satu Cik Zai dapat belajar bahasa Jepun. Teheeee…Jenis-jenis defect pada lens lain kali Cik Zai Cerita k..Lagi satu masa tu jugalah Cik Zai dapat ramai kawan. Kalau boleh satu department tu semua kawan Cik Zai. Ada orang Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Sabah.... 1 Malaysia!

Korang nak tahu berapa lama Cik Zai kerja dekat Kilang Canon tu? 2 bulan jer lepas tu berhenti sebab dapat peluang sambung belajar. Teheeeee

PENGALAMAN INTERVIEW SPA EPISOD 2


Assalamualaikum….


Hari ni nak sambung kisah Interview SPA Episod 1 hari tu. Aku dah kata entry ni tak akan hanya 1 entry sahaja…tak akan….

Masa interview tu kan ada calon tu siap bawa mak dia lagi. Mesti korang akan marah kalau Cik Zai kata begini “Eeeee nak interview pun masih bawa mak juga ker? Dalam surat temuduga tak ada pun suruh bawa mak pergi interview”… Cik Zai anda sangat jeles hari ni banyak-banyakkan  mengucap. Orang bawa mak pergi interview pun nak jeles....

Ok, kita sambung soalan yang penemuduga soal Cik Zai hari tu…

Giliran penemuduga yang cantik manis pula bertanya.... 

Apakah pendapat Cik Zai mengenai Sistem Pemfailan yang berkesan?”

Korang lihat, ni sebenarnya soalan yang cukup mudah tapi disebabkan perasaan gemuruh Cik Zai jadi kepeningan. Alahai….tapi Cik Zai jawab juga disamping tawakal dengan jawapan. Bila sampai rumah Cik Zai kata dalam diri Cik Zai “ Apasallah jawapan yang cukup cantik dan perfect ni baru muncul dalam kepala Cik Zai?” Heeeee….geram…

Lepas tu penemuduga lelaki yang handsome pula tanya Cik Zai...

 “ Cik Zai sekiranya Cik Zai diterima bekerja  dan  ditempatkan di tempat yang jauh adakah anda bersedia?”

Cukup cantik soalan ni, dengan penuh confidentnya CZ menjawab. Apa yang Cik Zai jawab? Rahsia….korang fikirlah sendiri hehehehe..

Soalan terakhir untuk Cik Zai ehem ehem, penemuduga tu kata....

 “ Ok Cik Zai, ada apa-apa nak cakap lagi?

Yeah, peluang diberikan bercakap tidak seharusnya disia-siakan, jarang-jarang beb penemuduga nak dengar kita bercakap. So, apalagi Cik Zai pun yakinkan penemuduga bahawa Cik Zai merupakan calon yang paling layak untuk jawatan tersebut. Sebab dan alasan? Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan korang pun ada. So, kalau penemuduga beri peluang korang bercakap keluarkan hujah-hujah anda. Jangan sesekali korang kata “TIADA”… Sayang wei peluang yang diberikan disia-siakan.

Last sekali berakhirlah interview Cik Zai untuk Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Dapat atau tak dapat itu Cik Zai serahkah kepada Allah SWT. Kalau rezeki Cik Zai insyaallah Cik Zai dapat kalau tak dapat maka bukan rezekilah itu. Lepas ni kena prepare untuk interview jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) lah pula. Tak lama lagi taw. Tunggu cerita Cik Zai untuk interview jawatan tersebut…hiiiihihi….



RAHSIA BLOG KEMAS TERBONGKAR!!!


Assalamualaikum…




Ada orang tanya macam mana nak buat blog yang kemas? Korang nak kemas yang bagaimana? Samada dari segi kekemasan template atau kekemasan tulisan?

Senang jer nak buat blog kemas ni. Paling penting pemilihan template. Kalau Cik Zai suka guna template Awsome Inc. Sebab template jenis ni berkotak-kotak. Korang tak faham berkotak-kotak macam mana? Boleh lihat template Cik Zai.

Lepas tu nak kemas di bahagian post entry kita kena skema sedikit. Cik Zai suka tulis entry ikut gaya-gaya ketika buat esaimen. Pensyarahkan selalu tetapkan jenis tulisan, font size dan sebagainya. Ha Cik Zai aplikasikan yang tulah. 

Cik Zai guna tulisan Times New Roman
Line Spacing Cik Zai guna 2.0
Font Size Cik Zai guna 13 
Akhir sekali jangan lupa Justify.  
Nak lihat hasilnya cuba lihat hasilnya di blog My Trengkas. Kemaskan…^_^ 

Satu yang Cik Zai hampir terlupa, bila Cik Zai menulis entry Cik Zai akan tulis mengggunakan aplikasi Microsoft Word dahulu. Bila dah siap, kemas dan memuaskan barulah Cik Zai paste ke New Post blog. Haa, itulah serba sedikit petua yang Cik Zai dapat berikan.

Nasihat Cik Zai, jangan terlalu kerap menukar Template sebab ia akan memberi kesan kepada entry anda yang sebelum-sebelumnya. Kadang-kadang jenis tulisan dan saiz akan berubah, Kalau tukar background ok jer tak ada masalah.

PEACE

Buku Free Untuk Anda....


Assalamualaikum…


Masa sekolah rendah dulu, Cik Zai hairan, ada seorang guru yang ajar Cik Zai dia kata dia tak percaya langsung kalau ada sesiapa kata hobinya membaca buku. Peliklah cikgu sorang ni, adakah patut dia tak percaya. Mungkin orang-orang  di sekililingnya  memang malas baca buku kot huahuahua.. Tidak mengapa setiap pendapat boleh diperbetulkan…

Membaca itu jambatan ilmu…

Salah seorang Pensyarah Cik Zai pernah berkata “ Ilmu akan kita perolehi melalui pembacaan, walaupun kita  sekadar membaca novel  kita tetap memperolehi ilmu”.. Haaa, kepada ibu bapa di luar sana kalau anak suka baca novel tak perlu marah-marah kerana anak anda akan mendapat ilmu melalui pembacaan novel.

Bagi yang malas nak beli buku korang nak tak buku free? Korang tak perlu bayar, korang boleh pilih mana satu korang suka, berapa banyak tak kisah. Nak? Haa kalau nak senang jer nak dapat buku free pergi ke library tapi dengan syarat tak boleh bawa balik. Kalau nak bawa balik kena pinjam limit 6 buah buku sahaja dan kembalikan dalam tempoh 2 minggu. Hihihihih…Ini kalau di Perpustakaan Tawaulah kalau di Perpustakaan tempat korang aku tak tahu.

So, apalagi makcik-makcik, pakcik-pakcik, ibu-ibu, kakak-kakak daripada kita dok bergosipkan lebih baik kita menambahkan pengetahuan dengan merajin-rajinkan diri ke Perpustakaan Tawau sebab banyak buku-buku tengah menanti untuk korang baca. Boleh pinjam sampai 6 buah buku sekali. Wow! Tak banyak ker korang rasa tu? Kalau nak banyak lagi ada satu lagi Perpustakaan di Bandar Sri Indah. Pergi dan bawa anak-anak anda sekali ^_^.

Selamat membaca dan jadilah insan yang berilmu serta berpengetahuan ^_^…




CONTOH RESUME


Assalamualaikum…




Hari ni CZ nak kongsikan contoh resume. Rasanya tak lengkap kalau hanya ada Job Application Letter tapi tak ada resume kan3.... 

Sekarang kalau nak cari kerja kena cari kerja dengan cara menghantar resume ke tempat-tempat yang anda dah aim itu.

So, apalagi jom kita tengok contoh resume yang Cik Zai dah sediakan ini. Korang download jer terus contoh yang Cik Zai berikan dan korang tinggal edit-edit jer maklumat korang. Senangkan...Cik Zai memang tak nak susahkan korang pun...




Dah download jangan lupa tinggalkan komen kat bawah. Good luck untuk korang yang tengah mencari pekerjaan....PEACE...


P.S.    Pastikan anda telah daftar@Signup 4shared sebelum mendownload. Sekiranya anda belum daftar maka tak dapatlah anda download secara percuma. 

P.S.

Untuk pengetahuan korang, permohonan contoh email secara percuma terus ke email anda sudah ditutup pada 28.03.2013 tepat pukul 7.30pm. Korang boleh download sendiri secara percuma  di   Contoh Resume BM .




PENGALAMAN INTERVIEW SPA EPISOD 1


Assalamualaikum.....




Korang pun tahu 2 hari lepas Cik Zai pergi interview SPA kan. Apa?!! Korang tak tahu?  Eeeeee buat penat jer aku war-warkan melalui media elektronik …

Korang tahu tak, interview bermula pukul 8.00 pagi. Cik Zai sudah terpacak depan pintu Pusat Temuduga SPA pukul 6.40 pagi. Calon paling awal sampai..huhh kalah staf dekat pusat temuduga tu..hihihih.. See, siapa kata Cik Zai main-main jer pergi temuduga, datang awal melambangkan betapa semangatnya Cik Zai nak diinterview. Bukan selalu beb dapat rasa pengalaman macam ni.

Tunggu punya tunggu calon lain pun sampai. Diorang masuk dulu, Cik Zai lepak dekat restoran depan pusat temuduga sambil-sambil minum segelas milo dan menonton gosip-gosip artis Indonesia masa kini. Mesti korang kata “ eeee nak interview pun sempat lagi tengok tv, cerita gosip pulak tu”..CZ nak buat macam mana? Dah restoran tu buka siaran yang tu ..layan jerlah..

Bila aku masuk pusat temuduga dah ada beberapa orang calon tengah bersiap sedia, ada yang baru nak prepare sijil-sijil, ada yang tengah gabra sebab tertinggal sijil-sijil kat rumah…hahahah mesti tak prepare awal-awal ataupun diorang mesti first time nak interview ni. Bila aku masuk, aku tanpa segan silu tegur jerlah orang sebelah aku, dan orang yang depan pun aku tegur. Mungkin aku tersangat friendlylah sebab kalau boleh semua calon aku nak tegur. Kalau rujuk dalam buku interview tak boleh buat macam ni taw…jangan ikut cara Cik Zai yang sangat tak skema…

Cik Zai calon ke-5 akan diinterview….

Kitorang diarahkan naik ke tingkat atas sebab tingkat bawah khas untuk sesi temuduga orang OKU. Sementara menunggu penemuduga menemuduga calon pertama aku dan calon lain siap berborak sambil ketawa terbahak-bahak gaya macam orang dah kenal bertahun padahal baru first time jumpa tuu..

Calon sebelah aku tunjukkan tangannya. OMG gementar habis dia. Aku kata “relakss, lepas interview semua perasaan gementar akan hilang” then dia kata “aku memang macam ni bila gementar”…dia sempat lagi baca nota tengah-tengah gementar macam tu. Entah apa dia hafal. Sepatah pun aku tak faham apa dia tulis, aku agak time dia menulis dia gementar kot hahahah sampai macam tu sekali ker? Ohhhohohoholickss…

Aku mengaku aku selamba jer masa tu, perasaan takut takder langsung. Riak sungguh hang Cik Zai! Uwekkkss.. padahal dalam hati gementar sampai nak termuntah. Orang lain gementar ada yang sakit perut, menggeletar hang pula nak termuntah..apa kaitan?

Bila angka giliran telah berbunyi dan memaparkan angka 3005 itu bermakna saat yang ditunggu telah tiba dan mahu tidak mahu sedia atau tidak aku perlu meneruskan langkah kakiku ini untuk masuk dalam bilik temuduga dengan 2 orang panel penemuduga yang cantik dan handsome tengah menanti aku di dalamnya. Aku pun ketuk pintu dan tanpa disuruh masuk aku masuk juga. Ku lihat penemuduga tengah berbual-bual, ehem-ehem “ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI” aku ukir senyuman sedikit tapi manis macam milo yang aku minum pagi tadi. Hiii kena skema sikitlah korang takkan masuk-masuk jer nak nangis..buat malu jer. Ingat! Kita kena skema..heheheh..

Bila sesi interview bermula korang nak tahu apa soalan pertama panel penemuduga soal kat aku?

"Cik Zai, awak dah berkerja, berapa gaji kamu sekarang?"

Dalam hati Cik Zai “aik, bukan soalan pertama mesti mengenai latar belakang ker, senang juga soalan ni macam makan kacang almond, mungkin soalan kedua nanti kot?” Cik Zai memang dah prepare, karang dan hafal mengenai latar belakang Cik Zai dengan panjang berjela lagitu malah dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. See, betapa bersedianya Cik Zai bila nak interview, korang jangan jeles dengan ayat Cik Zai yang sedikit riak. Mengucap-mengucap…

Soalan kedua penemuduga “ awak buat kerja yang melibatkan audit yer, apa kerja yang awak buat?” See, soalan penemuduga taklah susah sangat yang penting korang bersedia agar korang tak gagap-gagap bila menjawab.



SELESAI DAH INTERVIEW SPA YANG PERTAMA...


Assalamualaikum...




Blog aku tak bersawang even sudah hampir dua minggu aku tak post entry sebab CZ tak simpan labah-labah dalam ni….^_^

Tadi dah selesai interview…fullamak bukan main banyak aku hafal dengan misi, visi, objektif, nama-nama menteri, 1 Malaysia, dan banyak lagi tup tup satu pun tak kena soal hahahahah...

Apa-apa pun first time aku pergi interview panel penemuduga tak ada suruh perkenalkan diri atau suruh terangkan latar belakang…sempoi…cantekkklah… Lagi satu panel memang best kali kali ni…xie xie ni Panel Penemuduga…

Don’t worry, balik rumah nanti aku sedia entry mengenai pengalaman interview exclusive tuk korang semua dari A hingga Z yang boleh anda jadikan rujukan bila nak interview kelak…tunggu…

TATACARA INTERVIEW

Assalamualaikum





Macam nilah keadaaan ataupun situasi bila interview nanti. Korang yang nak temuduga jangan lupa tengok video ni sampai habis. Hihihihh…