Buku Free Untuk Anda....


Assalamualaikum…


Masa sekolah rendah dulu, Cik Zai hairan, ada seorang guru yang ajar Cik Zai dia kata dia tak percaya langsung kalau ada sesiapa kata hobinya membaca buku. Peliklah cikgu sorang ni, adakah patut dia tak percaya. Mungkin orang-orang  di sekililingnya  memang malas baca buku kot huahuahua.. Tidak mengapa setiap pendapat boleh diperbetulkan…

Membaca itu jambatan ilmu…

Salah seorang Pensyarah Cik Zai pernah berkata “ Ilmu akan kita perolehi melalui pembacaan, walaupun kita  sekadar membaca novel  kita tetap memperolehi ilmu”.. Haaa, kepada ibu bapa di luar sana kalau anak suka baca novel tak perlu marah-marah kerana anak anda akan mendapat ilmu melalui pembacaan novel.

Bagi yang malas nak beli buku korang nak tak buku free? Korang tak perlu bayar, korang boleh pilih mana satu korang suka, berapa banyak tak kisah. Nak? Haa kalau nak senang jer nak dapat buku free pergi ke library tapi dengan syarat tak boleh bawa balik. Kalau nak bawa balik kena pinjam limit 6 buah buku sahaja dan kembalikan dalam tempoh 2 minggu. Hihihihih…Ini kalau di Perpustakaan Tawaulah kalau di Perpustakaan tempat korang aku tak tahu.

So, apalagi makcik-makcik, pakcik-pakcik, ibu-ibu, kakak-kakak daripada kita dok bergosipkan lebih baik kita menambahkan pengetahuan dengan merajin-rajinkan diri ke Perpustakaan Tawau sebab banyak buku-buku tengah menanti untuk korang baca. Boleh pinjam sampai 6 buah buku sekali. Wow! Tak banyak ker korang rasa tu? Kalau nak banyak lagi ada satu lagi Perpustakaan di Bandar Sri Indah. Pergi dan bawa anak-anak anda sekali ^_^.

Selamat membaca dan jadilah insan yang berilmu serta berpengetahuan ^_^…




5 comments:

jal89 said...

assalamualaikum cz.. thanks to that contoh resume.. i will try sent tu resuma pas sy edit nnt ^_^..

jal89 said...

assalamualaikum cz.. thanks to that contoh resume.. i will try sent tu resuma pas sy edit nnt ^_^..

jal89 said...

assalamualaikum cz.. thanks for the resume examples.. i will sent resume tu pas sy edit nnt ^_^ and i hope they will accept the resume..

Cik Zai said...

Waalaikumsalam jal89. Harap awak berjaya dapat perkerjaan yang awak impikan ^_^

khairul hafiz iez said...

Nice... Thankz... From Me.. khairul hafiz iez.... just type in google if u want to know who am i... tq.. salam ukhuwah