PENGALAMAN FIRST INTERVIEW CIK ZAI ...SENANGNYA!


Assalamualaikum...



Korang nak tahu tak, pengalaman interview Cik Zai yang paling awal ialah masa tamat Form 5. Masa tu memang dah terfikir nak berdikari. Bukan bermaksud Cik Zai tak nak belajar lagi tapi sekadar ingin mencari pengalaman di samping menghabiskan cuti yang terlalu panjang selepas SPM.

Mak kata “ takyahlah nak p cari kerja tu, nanti dah kerja tak nak sambung belajar lagi”..

Cik Zai jawab “ eeeee Cik Zai bosanlah mak duduk rumah, Cik Zai nak kerja dan cari pengalaman”…

Mak aku memang baik terus dia bagi green light. Bila mak aku setuju bapa aku lagi setuju. Disebabkan kakak Cik Zai dulu kerja dekat KL so kakak ajak keja kat KL sebab di sana banyak peluang pekerjaan.

So, korang nak tahu Cik Zai kerja apa kat sana? Kerja Kilanglah beb. Cik Zai masa tu kelulusan setakat SPM jer tak mungkin boleh jadi bos terus.

Interview kerja kilang ni paling senang. Diorang takderlah nak tanya latar belakang, pengalaman korang, visi misi syarikat dan sebagainya. Satu soalan jer dia soal…

7 x 6 – 5 = ???

Bila Cik Zai jawab terus dapat kerja tu…hahahahah…dalam hati ketawa terbahak-bahak….Apasal interview ni senang sangat…So, bermulalah kisah Cik Zai jadi minah kilang. Kilang Camera. Masa tu Cik Zai diberi tugas membersihkan lens atau bahasa jepun disebut “Kashime”..

Paling best, masa tulah Cik Zai dapat banyak ilmu mengenai defect pada lens dan lagi satu Cik Zai dapat belajar bahasa Jepun. Teheeee…Jenis-jenis defect pada lens lain kali Cik Zai Cerita k..Lagi satu masa tu jugalah Cik Zai dapat ramai kawan. Kalau boleh satu department tu semua kawan Cik Zai. Ada orang Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Sabah.... 1 Malaysia!

Korang nak tahu berapa lama Cik Zai kerja dekat Kilang Canon tu? 2 bulan jer lepas tu berhenti sebab dapat peluang sambung belajar. Teheeeee

No comments: