PENGALAMAN INTERVIEW SPA EPISOD 1


Assalamualaikum.....




Korang pun tahu 2 hari lepas Cik Zai pergi interview SPA kan. Apa?!! Korang tak tahu?  Eeeeee buat penat jer aku war-warkan melalui media elektronik …

Korang tahu tak, interview bermula pukul 8.00 pagi. Cik Zai sudah terpacak depan pintu Pusat Temuduga SPA pukul 6.40 pagi. Calon paling awal sampai..huhh kalah staf dekat pusat temuduga tu..hihihih.. See, siapa kata Cik Zai main-main jer pergi temuduga, datang awal melambangkan betapa semangatnya Cik Zai nak diinterview. Bukan selalu beb dapat rasa pengalaman macam ni.

Tunggu punya tunggu calon lain pun sampai. Diorang masuk dulu, Cik Zai lepak dekat restoran depan pusat temuduga sambil-sambil minum segelas milo dan menonton gosip-gosip artis Indonesia masa kini. Mesti korang kata “ eeee nak interview pun sempat lagi tengok tv, cerita gosip pulak tu”..CZ nak buat macam mana? Dah restoran tu buka siaran yang tu ..layan jerlah..

Bila aku masuk pusat temuduga dah ada beberapa orang calon tengah bersiap sedia, ada yang baru nak prepare sijil-sijil, ada yang tengah gabra sebab tertinggal sijil-sijil kat rumah…hahahah mesti tak prepare awal-awal ataupun diorang mesti first time nak interview ni. Bila aku masuk, aku tanpa segan silu tegur jerlah orang sebelah aku, dan orang yang depan pun aku tegur. Mungkin aku tersangat friendlylah sebab kalau boleh semua calon aku nak tegur. Kalau rujuk dalam buku interview tak boleh buat macam ni taw…jangan ikut cara Cik Zai yang sangat tak skema…

Cik Zai calon ke-5 akan diinterview….

Kitorang diarahkan naik ke tingkat atas sebab tingkat bawah khas untuk sesi temuduga orang OKU. Sementara menunggu penemuduga menemuduga calon pertama aku dan calon lain siap berborak sambil ketawa terbahak-bahak gaya macam orang dah kenal bertahun padahal baru first time jumpa tuu..

Calon sebelah aku tunjukkan tangannya. OMG gementar habis dia. Aku kata “relakss, lepas interview semua perasaan gementar akan hilang” then dia kata “aku memang macam ni bila gementar”…dia sempat lagi baca nota tengah-tengah gementar macam tu. Entah apa dia hafal. Sepatah pun aku tak faham apa dia tulis, aku agak time dia menulis dia gementar kot hahahah sampai macam tu sekali ker? Ohhhohohoholickss…

Aku mengaku aku selamba jer masa tu, perasaan takut takder langsung. Riak sungguh hang Cik Zai! Uwekkkss.. padahal dalam hati gementar sampai nak termuntah. Orang lain gementar ada yang sakit perut, menggeletar hang pula nak termuntah..apa kaitan?

Bila angka giliran telah berbunyi dan memaparkan angka 3005 itu bermakna saat yang ditunggu telah tiba dan mahu tidak mahu sedia atau tidak aku perlu meneruskan langkah kakiku ini untuk masuk dalam bilik temuduga dengan 2 orang panel penemuduga yang cantik dan handsome tengah menanti aku di dalamnya. Aku pun ketuk pintu dan tanpa disuruh masuk aku masuk juga. Ku lihat penemuduga tengah berbual-bual, ehem-ehem “ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI” aku ukir senyuman sedikit tapi manis macam milo yang aku minum pagi tadi. Hiii kena skema sikitlah korang takkan masuk-masuk jer nak nangis..buat malu jer. Ingat! Kita kena skema..heheheh..

Bila sesi interview bermula korang nak tahu apa soalan pertama panel penemuduga soal kat aku?

"Cik Zai, awak dah berkerja, berapa gaji kamu sekarang?"

Dalam hati Cik Zai “aik, bukan soalan pertama mesti mengenai latar belakang ker, senang juga soalan ni macam makan kacang almond, mungkin soalan kedua nanti kot?” Cik Zai memang dah prepare, karang dan hafal mengenai latar belakang Cik Zai dengan panjang berjela lagitu malah dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. See, betapa bersedianya Cik Zai bila nak interview, korang jangan jeles dengan ayat Cik Zai yang sedikit riak. Mengucap-mengucap…

Soalan kedua penemuduga “ awak buat kerja yang melibatkan audit yer, apa kerja yang awak buat?” See, soalan penemuduga taklah susah sangat yang penting korang bersedia agar korang tak gagap-gagap bila menjawab.



4 comments:

sHiMi sHinHae~ said...

hehe ,,nape to be continued ?!xsabar nak tahu cite selanjut nye ! :D

Cik Zai said...

Shimi Shinhae...hahahaha dah penat nak menaip...tungguuu....^_^

ziema said...

nice entry^^.. moga2 berjaya dpt keja tu..insyaAllah ..=)

Cik Zai said...

Ziema...thanksss....Aminnnn ^_^