PENGALAMAN INTERVIEW SPA EPISOD 2


Assalamualaikum….


Hari ni nak sambung kisah Interview SPA Episod 1 hari tu. Aku dah kata entry ni tak akan hanya 1 entry sahaja…tak akan….

Masa interview tu kan ada calon tu siap bawa mak dia lagi. Mesti korang akan marah kalau Cik Zai kata begini “Eeeee nak interview pun masih bawa mak juga ker? Dalam surat temuduga tak ada pun suruh bawa mak pergi interview”… Cik Zai anda sangat jeles hari ni banyak-banyakkan  mengucap. Orang bawa mak pergi interview pun nak jeles....

Ok, kita sambung soalan yang penemuduga soal Cik Zai hari tu…

Giliran penemuduga yang cantik manis pula bertanya.... 

Apakah pendapat Cik Zai mengenai Sistem Pemfailan yang berkesan?”

Korang lihat, ni sebenarnya soalan yang cukup mudah tapi disebabkan perasaan gemuruh Cik Zai jadi kepeningan. Alahai….tapi Cik Zai jawab juga disamping tawakal dengan jawapan. Bila sampai rumah Cik Zai kata dalam diri Cik Zai “ Apasallah jawapan yang cukup cantik dan perfect ni baru muncul dalam kepala Cik Zai?” Heeeee….geram…

Lepas tu penemuduga lelaki yang handsome pula tanya Cik Zai...

 “ Cik Zai sekiranya Cik Zai diterima bekerja  dan  ditempatkan di tempat yang jauh adakah anda bersedia?”

Cukup cantik soalan ni, dengan penuh confidentnya CZ menjawab. Apa yang Cik Zai jawab? Rahsia….korang fikirlah sendiri hehehehe..

Soalan terakhir untuk Cik Zai ehem ehem, penemuduga tu kata....

 “ Ok Cik Zai, ada apa-apa nak cakap lagi?

Yeah, peluang diberikan bercakap tidak seharusnya disia-siakan, jarang-jarang beb penemuduga nak dengar kita bercakap. So, apalagi Cik Zai pun yakinkan penemuduga bahawa Cik Zai merupakan calon yang paling layak untuk jawatan tersebut. Sebab dan alasan? Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan korang pun ada. So, kalau penemuduga beri peluang korang bercakap keluarkan hujah-hujah anda. Jangan sesekali korang kata “TIADA”… Sayang wei peluang yang diberikan disia-siakan.

Last sekali berakhirlah interview Cik Zai untuk Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Dapat atau tak dapat itu Cik Zai serahkah kepada Allah SWT. Kalau rezeki Cik Zai insyaallah Cik Zai dapat kalau tak dapat maka bukan rezekilah itu. Lepas ni kena prepare untuk interview jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) lah pula. Tak lama lagi taw. Tunggu cerita Cik Zai untuk interview jawatan tersebut…hiiiihihi….



12 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Banyak pengalaman interview. Mesti pandai dah hadapi interview kan? Semoga dapat kerja yang diidam.

Cik Zai said...

...CP....yer dah banyak pengalaman interview Cik Zai...Sebab tu Cik Zai suka kongsikan agar boleh jadi rujukan untuk orang lain...^_^

Momo said...

kak zai... 2 minggu lagi ada interview utk jawatan setiausaha..tapi tak tahu la apa nak prepare utk jawatan tu kak.. tgk tip2 kat internet mcam kurang je.. merapu banyak je lebih. huhu... kak zai.. ade tip yg boleh dibagi tak kak? blank ttg keja secretary ni. dah tak ingat apa dah...ni email sye.. cheezy73@gmail.com..jarang cek blog dah sekarang ni. sekejap2 je..:(

Cik Zai said...

Momo...Interview untuk jawatan Setiausaha^_^?...nt Cik Zai buat entry pasal tu sebab Cik Zai dah pernah interview untuk jawatan tu...^_^

Anonymous said...

cik zai..gambar muslimah kat blog ni amat comel.minta izin nak gne sbg profil pic fb boleh>heheh tq!

ain_chan said...

salam.k.zai nk mtk tip ny nk jwb soklan jwtn pwmbntu tadbir pekeranian dan operasi n17

Cik Zai said...

Wsalam...ain_chan boleh.. awak boleh baca yang ni...

http://myshorthand.blogspot.com/2012/07/pengalaman-interview-spa-episod-1.html

http://myshorthand.blogspot.com/2012/07/pengalaman-interview-spa-episod-2.html

http://myshorthand.blogspot.com/2012/07/tatacara-interview.html

http://www.myshorthand.blogspot.com/2012/06/contoh-soalan-interview.html

Anonymous said...

kak zai, semua salinan sijil yang spa nak kena ada cop pengesahan ker?

Cik Zai said...

Yer2...semua salinan sijil kena sahkan benar...dan jgn lupa bawa yang original sijil juga...

Norazalina abubakar said...

Salam cik zai, nk tny kalo org call bgtau kita suh dtg kt sesuatu tpt pd tarikh yg ditetapkan adn pd kol bpe? Ape kita nk jwb ye? Sy selalu blank kalo ade panggilan tetibe yg call mcmtu. Ade tips x

Norazalina abubakar said...

Salam cik zai, nk tny kalo org call bgtau kita suh dtg kt sesuatu tpt pd tarikh yg ditetapkan adn pd kol bpe? Ape kita nk jwb ye? Sy selalu blank kalo ade panggilan tetibe yg call mcmtu. Ade tips x

ain said...

salam cik zai. saya kena temuduga untuk jawatan di spa. Banyak juga nak tanya berkenaan perkara nie sbb first time dapat interview spa ,Harap cik dapat email di n.sharmina90@gmail.com. terima kasih