Pengalaman Interview SPA jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17


Assalamualaikum...




2 hari lepas Cik Zai interview lagi untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17. Macam biasalah Cik Zai kalau pasal interview memang paling semangat dan sentiasa calon paling awal datang teheee…Sementara menunggu calon lain sampai Cik Zai sempat berborak-borak dengan pakcik yang bertugas di Pusat temuduga SPA tu. Baik pakcik tu dia siap bagi pelbagai nasihat lagi mengenai mengenai pekerjaan. Diantaranya pakcik tu kata rajin-rajin update SPA, sekarang jangan pilih kerja sangat dan bla bla….



Kadang-kadang bila dah berkali-kali interview Cik Zai rasa seronok sampai dah tak kisah dapatkah tak dapatkah lantaklah. Apa yang paling penting hadir interview. Dapat jumpa kawan baru, penemuduga yang sentiasa dengan soalan berbentuk psikologinya dan sebagainya. Susahlah Cik Zai nak gambarkan perasaan tu kat korang.

Masa interview  hari tu penemuduga tu dah cam Cik Zai sebab Cik Zai kan pernah pergi interview awal bulan hari tu untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Dalam hati Cik Zai “alamak penemuduga yang ni lagi, habislah aku dapat soalan lain pula”. Memang Cik Zai dah agak dah penemuduga tu bagi soalan lain pula untuk Cik Zai but nevermind Cik Zai dah bersedia walaupun tak seberapa nak bersedia teheee…

Untuk jawatan ni aku tak confident sangat boleh dapat, kalau ada rezeki adalah dan kalau tak ada bukan rezekilah itu.

Korang nak tahu apa penemuduga soal Cik Zai?

Rutin pekerjaan Cik Zai sehari-hari…
Pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang bekerja…
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred w17…
Cik Zai ada berapa orang adik beradik…
Ayah dan Mak Cik Zai kerja apa…
Tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17…
Dan sebagainya…
Senang jerkan soalan yang ditanya. Korang jangan risau sangatlah sebab Temuduga SPA sangat senang. Lepas ni sesiapa yang nak interview SPA jangan takutlah, tak susah yang penting kena berlatih bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Insyaallah lulus interview.Cayyoooo ^_^

Korang nak tahu keputusan temuduga Cik Zai sila klik di sini .....


P.S.

Untuk pengetahuan korang, permohonan contoh email secara percuma terus ke email anda sudah ditutup pada 28.03.2013 tepat pukul 7.30pm. Korang boleh download sendiri secara percuma  di   Contoh Resume BM atau bagi yang rasa nak juga Cik Zai emailkan contoh resume ke emel korang sila baca link dibawah.

 http://myshorthand.blogspot.com/2013/03/contoh-resume.html


33 COMMENT:

Kancil 8349 said...

wow...mesti gementar jumpa orang yang sama

Cik Zai said...

Jumpa orangnya tak gementar kancil...jumpa soalan yang bikin gementar...

~ miSs rAkinAh ~ said...

waa..dalam setahun cik zai 2 kali interview SPA?? bgs ye..cik zai gne result pe ye?

Cik Zai said...

Miss Rakinah..Cik Zai ni sebenarnya suka mohon SPA untuk jawatan taraf SPM. Sebab jawatan taraf SPM kekosongan jawatan sangat banyak berbanding dengan jawatan taraf diploma etc ...^_^..

Anonymous said...

cik Zai, masa intrview tu, bawak sekali x diploma walaupun mhon jawatan spm? tq =)

Anonymous said...

cik zai, nak tanya, masa cik zai g interview tu bawak sekali ke sijil diploma walaupon mohon jawatan spm? tq

Cik Zai said...

Yer2...Cik Zai bawa sijil diploma Cik Zai...takder nak sorok2 ^_^ hihih

Anonymous said...

Alhamdulillah nmpk sng je soalan tu...dan tahniah sbb jawatan tu milik cik zai skrg. tlg doakan utk sy pulak sbb sy pn dpt jawatan yg sm utk interview x lama lg...sudah berthn2 idamkn keje gomen

Cik Zai said...

Good luck untuk awak juga. Cik Zai harap korang pun akan berjaya juga ^_^

Kimi Kurodo said...

Ciri2 tu ape jawapannye ye.. bleh study2 skit... sy pun ade interview 22hb ni.. ><

Cik Zai said...

Kimi Kurodo....ciri2...seperti teliti, amanah, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya...

norazima zakria said...

cik zai..apa tugas2 yg cik zai jawab? bleh tahuu :)

Arisa Rayyan said...

Cik zai.. Bole kongsi tips tuk tugas2 pt kwangan. Sy dah 2 kali interview tp tak bjaye pon..huhu

Arisa Rayyan said...

Cik zai leh share tips tuk tugas pt kewangn and tudas pt operasi.. Sy dah 3 kali gagal interview..hope sgt cik zai dapat bantu.... Tq :)

Fear'Ara said...

huhuh .. sy br dpt panggilan interview utk post ni .. neves ni .. tak pernah dpt utk post ni .. risau soklan ape lah yg ditanya nnti ... tips?

Bai Zura Hussain said...

cik zai sy tk pena keje2 ofis ney,tp sy nk mohon keje p.tdbir,p.penilaian,p.juruaudit,p.tdbir kwngn.
sy neves sbb tkde pengalaman..

Bai Zura Hussain said...

salam cik zai..
sy tk pena keje ofis,kre nye tkde pengalaman lah..
tp nk mohon jwtn pembantu tdbr,p.penilaian,p.juruaudit,p.tdbr kwngn,p.akauntan..
tu yg neves gler n tkot tkdpt..

Anonymous said...

cik zai ..boley tak emailkan saya no fon cik zai sbb byk bnda saya nk tanya ..safiena.fiena@yahoo.com ..kerjasama cikzai amat dihargai ..kalau boley secepat mungkin ..

Cik Zai said...

Kepada yang nak minta contoh resume sila emel ke myshorthand.blogspot.com

Kepada yang dapat panggilan interview jangan neves2...Tips dari Cik Zai buat persediaan awal. k

Anonymous said...

tq info . doakan saya ya cik zai . ari isnin ada intrview pembntu tadbir :-)

Che Ridzuan Wan said...

salam cik zai
mintak pendapat cik zai kalau saya ade diploma dan sijil pengurusan perniagaan,adakah saya perlu tunjuk sijil sahaja atau dua 2 sekali. takut jwtn pmbtu kewgn w17 tu tak leh pkai diploma.

Cik Zai said...

Che Ridzuan,

Waalaikumsalam. Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut. Kalau was-was cuba buka link ni http://www.spa.gov.my/Portal/Soalan_Lazim_(FAQ)/UrusanTemuDuga

Cik Zai said...

Gud luck kepada semua yang akan menjalani interview..Kalau Cik Zai boleh korang pun mesti boleh... ^_^

Anonymous said...

salam..cik zai,bleh x tolong emailkan contoh resume dan tips2 interview g ita3682@yahoo.com?17hb ni saya interview PT kew la..risau sgt..

D Syukur said...

thankz sgt2 info yg bguna

D Syukur said...

Cik Zai, thanks info yg bguna

D Syukur said...

thankz thankz thankz thankz

Cik Zai said...

Sama2....D syukur.... ^_^

hidayah said...

Cik zai kalau pembantu penilaian agak2 sama x soalan nya.. hikhik. Tq

cik kyla said...

Slm ada xkkwn tgh tngu surat lapor diri dr KKM.interview pads bulan 4/2013.dh dkt sebulan xdpt lg.
Medical n akuan sumpah dh settle tgl surat dr jbtn

Anonymous said...

cik kyla dpt jawatan apa yer...bila terima surat perlantikan.kita pun tgh cr kengkawan ni.bleh email cintahbeauty@gmail.com

cik kyla said...

Sy dpt jwtan pmbntu kwgn..tp belum terima surat lapor diri dr Kkm.ada kol Kkm ariru
dorg ckp dlm pertegahan bln 7

Anonymous said...

salam ramadhan cik zai...
boleh tak kongsikan secara lebih detail pengalaman cik zai menghadiri temuduga pembantu tadbir kewangan w17....
saya akan menghadiri temuduga pembantu tadbir kewangan w17 (jabatan perkhidmatan awam) pada bulan julai ini...
apakah tips cik zai dalam etika menghadiri temuduga sekaligus menjadi calon yang berjaya untuk 2 jawatan....
sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...