CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA BAHASA INGGERIS


29 August 2012

CIK ZAI
TB 00000 Lot 000
Tmn Sri Lalat
Jln Apas Bt 1
90000 Tawau
                                                                                                                                  

The Manager
Myshorthand Managements Services
7rd Floor, TB 000
Block 00, Fijar Complex
90000 Tawau
Sabah

Dear Ms Mae,

Resign as Clerk

The purpose of this letter is to announce my resignation from Myshorthand Managements Services, effective one month from date of this letter.

Thank you for the opportunities for professional and personal development that you have provided me during these few years. I have enjoyed working for the company and appreciate the supports provided me during my tenure with the company.

I wish you and the company all the best.


Your sincerely,

­                       
CIK ZAI

APA NAK BUAT LEPAS DAPAT SURAT TAWARAN SPA


Assalamualaikum...


Cita-cita masa kecil nak jadi Nurse tapi tak kesampaian. Dapat kerja di kementerian kesihatan pun jadilah..

Aku harap entry yang aku tulis ni bukan sekadar untuk tatapanku dimasa hadapan malah aku harap ia akan bermanfaat untuk sesiapa diluar sana yang telah berjaya temuduga SPA sama sepertiku juga. Congratulation congratulation….

Bila dapat surat tawaran SPA first korang kena ucap Alhamdulillah lepas tu baru korang boleh senyum sampai telinga teheeeee…mode gembiralah katakan..

Bila dapat surat tawaran ada beberapa benda yang Cik Zai dan korang kena buat….

Menjalani pemeriksaan perubatan (Medical Checkup) menggunakan borang Am 402 Pindaan 4/87 berkembar.
Membuat akuan berkanun menggunakan Surat Sumpah SPA.6B (Pin. 1) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/Majistret/Hakim Mahkamah Sesyen.
Memenuhi dan menandatangani surat Setuju-Terima Pelantikan (Ni kena melayari laman web SPA dan cetak 2 salinan).
Lepas buat semua di atas korang boleh relax2 sambil tunggu posmen bawa surat daripada kementerian/jabatan pula. Macam Cik Zai kena tunggu surat dari Kementerian Kesihatan. Dah dapat surat tu barulah tahu tarikh nak lapor diri dan posting kat mana. Cik Zai harap dapat di Sabah. Aminnnn…Korang yang baca entry ni doakan Cik Zai juga k. Thank You korang….

P.S     Dah hampir 3 bulan Cik Zai kerja. Bestttt...gud luck korang yang masih menanti.. Walaupun Cik Zai dapat kat Putrajaya (jauh dari Sabah) tapi CZ bersyukur. 

P.S.S      Satu pesan Cik Zai. Korang jangan tunggu surat lapor diri sampai baru korang nak hantar notis berhenti kerja kat tempat kerja lama sebab selalunya surat lapor diri korang akan terima last minute. Paling bagus korang terus letak jawatan jer kalau dah dah dapat surat tawaran tu. Surat lapor diri tu tak penting sangat pun sebab kementerian@jabatan tempat korang lapor diri pun ada simpan sesalinan surat lapor diri tu. Korang nak tunggu despatch hari2 kat depan pintu pagar memang akan buat korang stress. Baik korang col direct kementerian@jabatan yang berkaitan dan tanya direct kat mana tempat lapor diri korang jadi taklah korang tertanya-tanyakan. Tenang sedikit korang. 

RAKAN SETIA, RAKAN SEKOLAH MENENGAH


Assalamualaikum…

Dah masuk hari raya kelimaaaaa!.....


Semua suka beraya, semua suka ambil gambar 

Walau raya ke5 kehangatan hari raya masih terasa. Cik Zai dan rakan-rakan ex sekolah menengah mengambil kesempatan raya ke5 untuk berkumpul dan ziarah-menziarahi rumah masing-masing.

Korang tahu tidak dalam banyak-banyak rakan, rakan paling setia adalah rakan yang mana satu? Rakan sekolah rendah, rakan tadika, rakan sekolah menengah,rakan diperingkat pengajian tinggi ataupun rakan sepermainan?

Selalunya, rakan sekolah menengahlah. Sebab yang pertama, kan ker masa SPM kita dan rakan-rakan berjuang berlajar habis-habisan  bersama-sama semata-mata nak dapat result cemerlang dalam SPM. Kita stay kat sekolah hingga petang sebab plan nak study group tapi lastly study group bertukar ke gossip group teheee (memang biasa).

Sebab yang kedua, kawan-kawan sekolah menengah ni  kita kenal bertahun-tahun oleh sebab itu segala baik buruk, hati budi kita dah memang kenal serta arif sangat-sangat. Bila kawan kita marah kita pun marah tak nak kawan, sekali esok kawan semula (erk eleh perkara biasa).

Sebab ketiga, kebanyakan rakan sekolah menengah ni kita tinggal di daerah ataupun bandar yang sama dengan kita dan ini memudahkan serta membolehkan kita sering berjumpa walau pada hari cuti semata. Kadang-kadang tu kawan kita tinggal berjiran jer dengan kita tak gitu?

Sebab keempat, kelima dan seterusnya Cik Zai tak perlu nak terangkanlah sebab at the end pun Cik Zai tetap berpihak pada pendapat Cik Zai teheee.

THANKS TO BE MY FRIEND GUYS

THINGS TO DO BEFORE RAYA


Assalamualaikum…



MENYAPU
VACUUM (Kalau aku rajin)
MOP LANTAI SAMPAI BERKILAT
TUKAR LANGSIR YANG PALING CANTIK
TUKAR SARUNG KUSYEN YANG PALING GRAND
BERSIHKAN HALAMAN
KEMAS BILIK
KEMAS DAPUR
ISI KUIH DALAM BEKAS ( yang ni macam terlalu awallah pula)
MASUKKAN DUIT RAYA KE DALAM SAMPUL PAKET (korang nak? Datanglah beraya kat rumah)
PREPARE BAJU RAYA (yang ni pun awal sangat)
MAIN MERCUN (oppppss)

Huh, macam nilah orang bekerjaya, semua nak buat last-last minit..erm kalau jadi suri rumah kan bagus, hari-hari boleh buat benda ni semua.


KORANG AKU MINTA MAAF


Assalamualaikum…




Syukur alhamdulillah, esok dah mula cuti raya. So, tak sampai sejam lebih lagi sebelum kitorang tinggalkan office. Selamat bercuti staf-staf office dan selamat bercuti bos.

Sebelum tu Cik Zai nak ambil peluang ni untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan Cik Zai tak kisahlah kawan-kawan di alam realiti mahupun di alam maya serta sesiapa jua yang pernah terasa hati dengan Cik Zai. Cik Zai minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Raya nanti datanglah rumah erk ^_^.

Ermm.. Cik Zai rasa itu jer kot Cik Zai nak kata, yang lain tu kita sambung lepas rayalah.  Sekarang tengah mode nak raya...heheheheheh...

SELAMAT HARI RAYA , BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

ADA SESIAPA BERJAYA INTERVIEW SPA JAWATAN PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI GRED N17 2012?


Assalamualaikum...


Selepas berita gembira Cik Zai lulus interview SPA hari tu Cik Zai ada survey rakan-rakan lain yang interview untuk jawatan yang sama dengan Cik Zai tapi tak ramai yang Cik Zai jumpa. Ada yang tak dapat, ada yang berstatus calon simpan dan sebagainya. Dalam fikiran Cik Zai “takkanlah tak ramai yang dapat.  Jawatan ni setahu Cik Zai ramai yang dipanggil interview”…

Cik Zai risaulah, kalau boleh Cik Zai nak ada kawan bila pergi lapor diri nanti jadi taklah Cik Zai malu-malu dengan pelbagai perasaan seperti gementar etc datang bertandang nanti.  

Ada sesiapa berjaya interview SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N17? 

Kalau ada boleh mention kat bahagian komen k dan tinggalkan link sekali agar mudah kita berkongsi idea atau maklumat.

Setelah menamatkan pelajaran di negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan duduk menetap hampir 2 tahun lebih di Tawau, Sabah Bumi Peladang akhirnya Cik Zai bakal berhijrah pula ke Bumi Semenanjung yang hampir 7 tahun Cik Zai tinggalkan. Manataw dapat posting di Sabah kan. Orang lain kalau dapat posting di Sabah kalut tapi Cik Zai kalau dapat kat Sabah “ALHAMDULILLAH….YES YES YES!

Cik Zai tengah tunggu dan lihat bagaimana procedure nanti sebab surat dari SPA dan daripada Kementerian pun belum sampai lagi. Cik Zai dah call SPA dan diorang kata surat dari SPA tu mungkin dalam tempoh seminggu dah dapat tapi mungkin lambat sedikit sebab korang pun faham-fahamlah Tawau ni terletak jauhhhhh nun di sana.

Lagi satu masalah yang Cik Zai hadapi “ bila Cik Zai nak hantar notis berhenti kerja kat company lama ni?. Nak kena tunggu surat dulu ker atau  resign jer terus?" , nanti resign awal surat tak sampai-sampai, kalau tak resign pula takut kena bayar ganti rugi tak cukup sebulan notis. Ish ish pening kepala den…


P.S.      Cik Zai dah dapat offer letter from SPA. Cik Zai juga dah hantar  notis berhenti kerja kat company ^_^. 

P.S.S.      Cik Zai dah 2 bulan lebih berkerja kat Putrajaya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rasa macam dah tak nak balik Sabah. Opssss...

P.S.S.S      Dah genap 3 tahun 2 bulan Cik Zai kerja jauh nun di sana. Ada orang kata mula-mula jer kita semangat nak kerja, tunggu 2-3 tahun kemudian. Ohohohho orang tu silap... malah Cik Zai makin bersemangat walau duk jauh dari family ^_^. Orang yang tak bersyukur jer akan rasa tak bersemangat. (Update 28/12/2015)



Geng lantikan baru... See Cik Zai happy..korang kalau kena campak jauh-jauh jangan sedih-sedih. Tempat jauhla best...

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPA DUP DAP DUP DAP....TERIMA KASIH SEMUA ...


Assalamualaikum…




Syukur ke hadrat Ilahi berkat doa Mak, Bapa, kakak, abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, kawan-kawan yang ku kasihi juga tidak kurang hebatnya dari pada rakan blogger Cik Zai yang tak putus-putus mendoakan Cik Zai walaupun kita langsung tak pernah bersua tapi berkat doa-doa korang Cik Zai berjaya dalam interview Cik Zai. Korang ingat lagi tak Cik Zai pernah cerita mengenai pengalaman interview SPA Cik Zai untuk Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)? Apa! Korang tak ingat langsung?! Heeee... kata rakan blogger ^_^. Tidak mengapa korang boleh baca yang ini dah yang ini.


Jeng-jeng, Alhamdulillah Cik Zai berjaya. Terima kasih semua. Mak, bapa, kakak, dan adik-adik Cik Zai bukan main happy lagi.

Cik Zai tak boleh nak kata banyak sebab bila dapat benda yang kita impikan lidah automatic kelu untuk berbicara…teheee macam nak luahkan ayat-ayat cintalah pula…