ADA SESIAPA BERJAYA INTERVIEW SPA JAWATAN PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI GRED N17 2012?


Assalamualaikum...


Selepas berita gembira Cik Zai lulus interview SPA hari tu Cik Zai ada survey rakan-rakan lain yang interview untuk jawatan yang sama dengan Cik Zai tapi tak ramai yang Cik Zai jumpa. Ada yang tak dapat, ada yang berstatus calon simpan dan sebagainya. Dalam fikiran Cik Zai “takkanlah tak ramai yang dapat.  Jawatan ni setahu Cik Zai ramai yang dipanggil interview”…

Cik Zai risaulah, kalau boleh Cik Zai nak ada kawan bila pergi lapor diri nanti jadi taklah Cik Zai malu-malu dengan pelbagai perasaan seperti gementar etc datang bertandang nanti.  

Ada sesiapa berjaya interview SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N17? 

Kalau ada boleh mention kat bahagian komen k dan tinggalkan link sekali agar mudah kita berkongsi idea atau maklumat.

Setelah menamatkan pelajaran di negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan duduk menetap hampir 2 tahun lebih di Tawau, Sabah Bumi Peladang akhirnya Cik Zai bakal berhijrah pula ke Bumi Semenanjung yang hampir 7 tahun Cik Zai tinggalkan. Manataw dapat posting di Sabah kan. Orang lain kalau dapat posting di Sabah kalut tapi Cik Zai kalau dapat kat Sabah “ALHAMDULILLAH….YES YES YES!

Cik Zai tengah tunggu dan lihat bagaimana procedure nanti sebab surat dari SPA dan daripada Kementerian pun belum sampai lagi. Cik Zai dah call SPA dan diorang kata surat dari SPA tu mungkin dalam tempoh seminggu dah dapat tapi mungkin lambat sedikit sebab korang pun faham-fahamlah Tawau ni terletak jauhhhhh nun di sana.

Lagi satu masalah yang Cik Zai hadapi “ bila Cik Zai nak hantar notis berhenti kerja kat company lama ni?. Nak kena tunggu surat dulu ker atau  resign jer terus?" , nanti resign awal surat tak sampai-sampai, kalau tak resign pula takut kena bayar ganti rugi tak cukup sebulan notis. Ish ish pening kepala den…


P.S.      Cik Zai dah dapat offer letter from SPA. Cik Zai juga dah hantar  notis berhenti kerja kat company ^_^. 

P.S.S.      Cik Zai dah 2 bulan lebih berkerja kat Putrajaya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rasa macam dah tak nak balik Sabah. Opssss...

P.S.S.S      Dah genap 3 tahun 2 bulan Cik Zai kerja jauh nun di sana. Ada orang kata mula-mula jer kita semangat nak kerja, tunggu 2-3 tahun kemudian. Ohohohho orang tu silap... malah Cik Zai makin bersemangat walau duk jauh dari family ^_^. Orang yang tak bersyukur jer akan rasa tak bersemangat. (Update 28/12/2015)



Geng lantikan baru... See Cik Zai happy..korang kalau kena campak jauh-jauh jangan sedih-sedih. Tempat jauhla best...

52 comments:

Ikmal said...

Assalam, tahniah sebab dpt SPA tu..

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-6-makanan-termahal-di-dunia.html.. follow me back

Cik Zai said...

Ikmal thankssssss ^_^

Cik Zai said...

Hua hua....dah follow awak....thankssss k...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tahniah! saya calon simpanan je. hehe

mekasih singgah blog saya ;)

~ miSs rAkinAh ~ said...

tahniah ye..!
*sy antara calon yg xdpt..hehe bkn rezki agakye..

better anta je surat resign dlu..sbb mne tau tarikh lapor dr tu cp k kn..

Muhammad 'Aizat Nurudin said...

Cik zai dh dpt surat tawaran?

Cik Zai said...

Muhammad 'Aizat Nurudin belum lagi..posmen tengah bercuti raya agaknya...hahha

Muhammad 'Aizat Nurudin said...

Lamenye posmen cuti..haishhh, add fb sy cik zai..leh update2 prkembangan semasa...manbz88@yahoo.com...nickname jat sparrow..tenkiu

Cik Zai said...

Aizat..awak dah dapat surat tawaran? Cik Zai semestinya lambat sebab duduk jauh kat Sabah...

Abang said...

wah.. bestla korang dah dpt surat yek.. saya tgh tunggu offr letter nih.. Cik Zai kita dekat jer sbb saya duk kat sarawak..

Cik Zai said...

Abang....awak dapat under JPA erk...? Kalau yang under KKM kitorang dah dapat surat tawaran...^_^..Awak tunggu jer..sebab under JPA semua belum dapat...

Abang said...

Aa... saya under jpa.. lmbt sikit kot.. kalau under kkm best la dpt jumpa korang sume ;)apa2pun tahniah yek.. dalam byk2 kita terpilih..

azri said...

Salam cik zai. sy dari perak. ofer later xsmpai2 lg la..risaula..
http://www.facebook.com/azri.zaibi?ref=tn_tnmn

Cik Zai said...

Wslam Azri...nak tanya, awak dapat under KKM atau JPA?

zain said...

Salam cik Zai,.. ada berita terbaru tak tentang yang under JPA?.. ada yang dah dapat surat tawaran?.... best la yek cik zai dapat 2 skali... kewangan dan PO... hehehee..

Cik Zai said...

Zain Alhamdulillah...tapi rasa berbelah bagi nak pilih yg mana satu..yang JPA masih dlm proses lagi..tapi KKM pula minggu dpn dah boleh tahu tahu penempatan dah..dah mungkin lapor diri hujung september atau awal bulan oktober ^_^

zain said...

Syukurlah Cik Zai,.. nk pilih tu la yang jadi serba salah.. :) kalau dua2 datang serentak dan tahu nak melapor diri kat mana senang jugak nak pilih yang mana lebih dekat.. hehe.. Kalau Cik Zai tunggu yang dari JPA tu lagi lambat la menunggu.. Offer letter pun x sampai2 lagi nie.. Saya nie minat bidang IT, masa temuduga tu dorang kata kenapa x apply untuk juruteknik ft17?.. saya kata kelayakkan saya x sampai kat situ sbb saya nie bidang rangkaian.FT17 tu nak yang ada sijil system komputer.. kalau boleh mmg saya nak jadi ft17 sbb xjauh jer beza system dgn rangkaian subject dekat2 jer.. apakan daya sijil saya cuma rangkain.. kecewa siot.. tapi dapat pulak ptpo JPA.. haha.. lari jauh dari bidang saya.. Apa2pun saya terima sbb dah rezeki kan.. ^_^

Cik Zai said...

Zain...mmg kita ni ssh nak jangka rezeki kita...ada yang bljar akauntan tapi keja jadi chef, ada yg bljar kejuruteraan awam dan bila keja jadi cikgu..ssh kita nak jangka sebab kita hanya merancang Allah yang menentukan. Takperlah terima jer rezeki yg Allah dah bagi ni.dan jadikan ia sebagai platform untuk berjaya...tak semestinya kita dpt ptpo selama2nya kita akan kekal dgn jwtn ptptn n17 ni...yer tak? hehehe

zain said...

Ye tepat tu cik zai.. ada rezeki lebih adala perancangan lain lepas nie..Kita kene bijak mengadaptasi ilmu yang ada dan gunakan kesempatan yang ada untuk mempertingkatkan taraf kehidupan.Nie baru permulaan jer.. lepas nie siapa tahu cik zai ada buka kedai ke ape.. Jadi usahawan ke ape kan.. hehe ^_^

Cik Zai said...

Betul tu...manatahu lepas ni Zain boleh buka kedai komputer...kan minat IT..Cik Zai pun dlu bljar nak jadi PA tapi dapat ptpo n ptk..tak mengapa..terima jer segala yg berlaku psti ada hikmah..haa klu Zain keja gov bnyak kelebihannya spt sng nak loan...haaa tu satu kelbihan tu kalau nak jadi usahawan atau bsnesman..hihihh

Cik Zai said...

Untuk pengetahuan korang surat lapor diri JPA ada yang dah dapat...korang tunggu jer...k...14 hb oct lapor diri kat putrajaya...

Anonymous said...

surat lapor diri KKM cik zai tau?

zain said...

Salam cik zai,..

akhirnya saya dah dapat surat tawaran dan beserta sekali surat majlis lapor diri plus kursus pengenalan/induksi pada 12 oktober hingga 22 oktober.. Daftar kt jpa putrajaya then terus pergi ke INTAN wilayah utara kt kedah... pastu pulak surat penempatan akan diberi pada hari last kursus 22 oktober.. kenapa xbagitahu awal kat mana penempatan kan senang.. heheheeee

Cik Zai said...

Zain...Ya semua under JPA akan dihantar berkursus ke Kedah...Cik Zai pula dapat di Putrajaya . Lapor diri 1 october ni...Tahniah Zain...

aqa_mynn said...

cik zai, sy pn dpt kt ptrajaya jugak.. samalah kita..

zain said...

wah cik zai lapor diri lagi awal dari saya.. ^_^

Cik Zai said...

Cik Zai pun pelik apasal awal sangat lapor diri...adehhhh

zain said...

Cik zai kat sabah kan.. byk benda kene buat tu....kkm putrajaya kan?..cik zai lapor diri jer ke atau g kursus jugak?..

Cik Zai said...

Kitorang lapor diri n terus kerja...kursus tu tak tahu bila...tu yang risau juga tu macam mana nak hidup kat sana nt...takperlah...tawakal jer...

Anonymous said...

camne cik zai tau penempatan kat putrajaya?

Cik Zai said...

Cik Zai Call KKM 2 hari lepas...dia kata Cik Zai dapat kkm dan kena lapor diri kat sana 1 oct nanti...

Anonymous said...

cik zai..nk tnye cikit..
emel sy ley?? atashinchi50@yahoo.com

Anonymous said...

nk tnye cik zai cikit ley??
emel kt atashinchi50@yahoo.com

Anonymous said...

cik zai..

Cik Zai said...

Yer...nak tanya apa tu? kalau boleh Cik Zai jawab CZ tlg jawabkan...atau kalau malu nak tanya kat sini massage Cik Zai kat fb ^_^

secret Ash said...

Tahniah Cik Zai... :) saya pun dapat gak keja pembantu tadbir nie... kna lapor diri time 1hb oct kat putrajaya.. Tapi surat still tak dapat lagi... Harap dapat jumpa Cik Zai nnt kat sna.. sya pun org sabah jga...

Cik Zai said...

Secret Ash...jumpa awak kat sana k ^_^...1 hb kita dah lapor diri dah ...hihih

secret Ash said...

Cik Zai nak tnya sikit boleh..? Tempat tggal tu kta kena cari sendiri ke bila da sampai kat sana nnt?

Cik Zai said...

Secret Ash ..Untuk persediaan kena cari sendiri...kalau nak tunggu kuarters entah bila dapat....^_^

Anonymous said...

Cik zai cmna dgn lapor diri? Story lah..

Bamm said...

Hai Cik Zai. Sy ada soalan nak tanya berkenaan dgn SPA sbb saya dpt juga jawatan tu. Is there any other easier way to keepin touch with you? Twitter maybe? :) thx

Cik Zai said...

Hello Bam ..u just ask direct here or inbox me on fb ^_^....tq.

Anonymous said...

cik zai....macam mana nak tahu penempatan kita...ada no kkm tak...website kkm banyak sangat bahagian..pening..tq

Cik Zai said...

Awak cuba buka link kkm http://www.moh.gov.my/ dan dibahagian atas portal kkm ada nampak tak yang berwarna hijau dan bertulis 'hubungi kami'...klik yang tu dan akan kluar nombor telefon..just col yang tu dan tanya penempatan korang. Nanti pandai2la operator tu sambungkan ke bahagian dan unit yang berkenaan.

Anonymous said...

u,olls .. Nak tanya... kalau dah dapat surat tawaran, dan dah buat med check up semua, maksudnya dah MEMANG dapat la kan? tapi bila gaknya akan dipanggil lapor diri ye? saya dapat juruteknik kat SPN selangor (suruhanjaya perkhidmatan negeri selangor).. tolonglah kongsi2.. saya dah bg resign letter kat ofis. Tapi tak dipanggil lagi..risau la pulak

Anonymous said...

Kkm tu ape cik zai

Cik Zai said...

Ministry Of Health Malaysia

Anonymous said...

Assalammualaikum Cik zai
sy pun dah hantar resign latter pada company awal ramadan yang lepas. tapi surat penempatan dan tarikh lapor diri x dapat lagi
cuak dah rasa ni. madical check up pun dah buat semua. ada kawan sy cakap tempoh penepatan boleh makan masa selama 6 bulan betui ke?
nak tau tempoh pemberitahuan penepatan dan tarikh mula bekerja berapa lama sebenarnya.

Cik Zai said...

Waalaikumsalam... Sekarang ni yg awak kena tunggu surat lapor diri..bukan penempatan..penempatan nt dah lapor diri baru diorang bagi tahu penempatan...ikut pengalaman Cik Zai kalau yang lulus interview ambil masa 3 bulan start dari dapat result smpai lapor diri...kecuali anda adalah calon simpan memang boleh mencecah hingga 6 bulan... Untuk kepastian kena col tanya bila agak2 lapor diri untuk jawatan anda kepada pihak yang terlibat...

Anonymous said...

hai cik zai.. saya dapat panggilan interview spa sekali lagi ni.. nk mintak tips utk soalan 'sekiranya dtrima bkerja & dtmpatkn d tmpt yg jauh, adakah anda b'sedia?'... soalan ni slalu bt saya terkial2 nk jwb.. apa patut saya jawab sbenarnya ye...

Cik Zai said...

Jawab yang sejujurnya. Samaada sanggup atau tak. Kalau kata tak sanggup bagi alasan. Kalau kata sanggup maka bersiap sedialah kerana atas kebenaran pada persetujuan itu kemungkinan anda akan ditempatkan dimana-mana sahaja.