TIPS BERJAYA INTERVIEW


Assalamualaikum….



Korang tahu tak, kejayaan takkan datang tanpa usaha tetapi kejayaan akan menyusul bila kita dah berusaha. Hari ni nak kongsi tips berjaya interview khas buat korang kat luar sana yang akan dan yang bakal menghadapi interview.

Berikut beberapa tips Cik Zai bila nak interview…..

Bila dah dapat panggilan interview korang kena;

Prepare resume. Pastikan ianya lengkap berserta dengan gambar berukuran passport. Gambar korang mesti skema dengan memakai pakaian formal. Gambar peace segala tu korang simpan kat facebook jer. Tak mainlah gambar gaya peace nak apply job.

Prepare segala Certificate. Pastikan IC, surat lahir, sijil-sijil sekolah, sijil-sijil berkaitan korang susun dalam fail clear holder mengikut susunan dan kedudukan yang betul. Fail-fail lain kita tak main errr…

Prepare maklumat. Cik Zai maksudkan kat sini contoh macam Cik Zai dapat panggilan temuduga Lembaga Getah Malaysia so Cik Zai akan cari maklumat mengenai latar belakang, visi, misi, nama menteri, nama pengarah, obejektif organisasi dan sebagainya. Setidak-tidaknya korang ada sedikit pengetahuan tentang organisasi tersebut dah taklah tergagap-gagap bila ditanya penemuduga kelak. Bila korang dapat jawab penemuduga pun akan rasa korang ni memang awesome sebab banyak pengetahuan. Cewahhh ! Lagi satu korang jangan lupa baca tentang isu semasa sebab penemuduga nak tahu pengetahuan korang ni update ker tak update. 

Kena tahu tugas-tugas jawatan yang korang apply. Masa korang interview nanti korang CONFIRM akan ditanya apa tugas-tugas jawatan yang korang pohon. So, korang fikirkanlah apa bidang tugas jawatan tersebut, kalau nak senang carilah maklumat kat internet ataupun cari dalam buku ker. Mana-mana koranglah nak cari yang penting dapat dan korang tahu sebab aku dah bold kan perkataan confirm maksudnya soalan wajiblah tu. Jangan lupa prepare soalan-soalan interview. Contoh soalan masa interview korang boleh lihat yang ni , yang ni dan yang ni.. 

Berlatih. Berlatih apa? Berlatih berkomunikasi. Korang buat-buatlah ala-ala korang tengah bercakap di hadapan penemuduga. Nak senang, korang boleh bercakap di hadapan cermin mengenai latar belakang anda ker, mengenai tugas-tugas jawatan yang korang pohon tu ker dan sebagainya. Tips yang ni sangat berkesan tau, baik korang cuba sebab Cik Zai dah buat dan hasilnya terbukti . Korang tak percaya cuba lihat yang ini dan yang ini.

Pakaian. Kebiasaannya kalau korang interview SPA korang kena berbaju formal. Kena skema taw yang perempuan tak boleh berjeans dan berseluar slack. Korang mesti pakai SKIRT. Ramai tanya mesti pakai skirt ker? Kalau baju kurung boleh tak?Alahai kakak-kakak dan adik-adik baju kurung tu memang la berskirt. Takkan korang pakai baju kurung dengan seluar slack kot. Adehhh pening kepala den baca soalan korang ni hahaha. Kalau korang tak nak pakai skirt boleh tapi bersiap sedialah dengan segala kemungkinan seperti dihalau dari bilik interview ataupun korang akan kena reject awal-awal lagi sebelum sempat diinterview. Bagi yang lelaki berkemeja k.

Tarikh, lokasi dan masa. Masa nak interview tu korang jangan tak tahu pula tempat korang nak interview tu. Pastikan tarikh yang tepat serta pukul berapa korang kena interview. Paling bagus korang datang sejam lebih awal masa interview tu. Kalau Cik Zai mesti jadi orang pertama sampai ke pusat interview. Ada staff kat pusat interview pernah kata dengan Cik Zai ‘Ni jadi calon paling awal insyaallah ada harapan dapat jawatan ni’…masin mulut pakcik tu see Cik Zai betul-betul berjaya.

Tawakal. Bila dah selesai interview kita tak boleh nak buat apa dah. Keputusan ditangan penemuduga dan kita kena tawakal dengan keputusan interview nanti. So, korang kena rajin-rajin berdoa tau dah kalau boleh lakukan solat hajat. Insyaallah berjaya.

Lastly, thanks for reading and good luck guys ^_^….

19 comments:

iz_ayuni said...

salam...cik zai blh x bg resume...akak nk temuduga 24.9 ni..plzzz

Cik Zai said...

Iz_ayuni...boleh apa salahnya.... ^_^
Awak boleh download kat sini http://myshorthand.blogspot.com/2012/09/contoh-resume.html
gud luck intuk interview nt k...

Nurul Ain said...

salam sis...sy xboleh download la..send kat email boleh x? ade temuduga 23/10 ni...
ni email sy ainqaseh90@gmail.com

Nuraihan Kassim said...

interview kerajaan speaking x??

Cik Zai said...

Nuraihan Kassim...yup interview gov ada speaking juga...tapi depends dengan penemuduga...hari tu Cik Zai takder pun speaking ^_^

June Lee said...

Cik zai yg baik ATI saya pun nk minta tolong email resume Utk sy boleh junainah@tof.com.my

June Lee said...

Cik zai sy pun nk resume tu boleh junainah@tof.com.my thankzzz

June Lee said...

Cik zai yg baik ATI saya pun nk minta tolong email resume Utk sy boleh junainah@tof.com.my

Anonymous said...

cik zai. kalau pakai bju kurung boleh kan?? kalau pkai skirt tu pkai bawah lutut atau atas lutus. :( reply please.

Anonymous said...

salam cik zai. yang etika pakaian tu boleh tak kalau pakai baju kurung ? kalau skirt kena atas lutut or bawah lutut? kalau pkai tudung pun kena pkai skirt ke ? reply ASAP cik Zai :(

Cik Zai said...

Adehhh.bolehlah..baju kurung tu kan memang berskirt ^_^. Cuba fikir logik, skirt atas lutut tu seksi ke tak? So, boleh ker tak boleh...k

ibu naylee said...

Saya tgh mengandung 7 bln..kena pkai skirt dgn blouse mengandung la ye paling ok. Bju kurung xde yg muat dah

Cik Zai said...

Klu x muat pakai jerla mana yang boleh...yang penting sopan ^_^

siti aisah said...

Salam cik zai..bleh x email kan sy resume? Nk download x dpt plak..bellaisyah91@yahoo.com. TQ..:)

siti aisah said...

Salam..bleh x emailkn sy resume.nk dwnload x dpt..bellaisyah91@yahoo.com....tQ.:)

Anonymous said...

Assalam cik zai leh tak nak email gak :)

Anonymous said...

warisclay@gmail.com

Nur shafiqa Simat said...

alhamdulillah, thanks for the advices cik zai.. syukr alhamdulillah, i ordy got the job... hehe! ^_^

Cik Zai said...

Alhamdulillah...tahniah Nur Shafiqa Simat. Semoga menjadi pekerja yang bermanfaat dunia dan akhirat... ^_^