PENEMPATAN @ POSTING


Assalamualaikum



Ada someone datang ke ofis. Dia tanya berkenaan penempatan. So, cek punya cek dia dapat kat Sabah. Terus muka dia berubah. Hahahahah…alaa kesian dia kena posting jauh. Cik Zai bukan nak gelak tapi Cik Zai hairan apa yang ramai sangat orang takut kena penempatan jauh-jauh ni.

Lagi-lagi kalau kena kat Sabah dan Sarawak mesti ramai yang naik risau. Kalau Cik Zai dapat jauh-jauh rasa syok sebab boleh merantau. Sabah dan Sarawakkan still dalam Malaysia lagi. So, korang jangan risau sangatlah korang bukannya dihantar ke luar negara.

Cik Zai faham... mungkin korang tak biasa tinggal jauh daripada keluarga tapi mungkin ni masanya korang kena berdikari. At least korang pergi lapor diri kat sana dulu dan kalau rasa tak boleh baru korang minta tukar. Kalau ada rezeki dapatlah korang bertukar tempat yang korang nak.  Sebab nak buat pertukaran ni ambil masa. Selalunya kena bawa masuk meeting dan kena ada persetujuan dari pihak atasan. Kita tak bolehlah hari ni buat permohonan rayuan dan hari ni dapat jawapan. Ia tak semudah yang disangka. 

Korang jangan kata Cik Zai tak berada dalam situasi korang. Sebab Cik Zai pun salah seorang yang kena campak jauhhhh macam korang. Malah Cik Zai dah redah semua Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza dan Cik Zai pun ada pendapat sendiri. Apa-apa pun selamat berjaya korang.

5 comments:

miszLeena said...

sy pon posting dkt srwak. It's not that easy. Bg yg melalui nya je taw. Jauh or tak tu doesn't matter. Tp bjauh dgn family plus costing plak dgn flight ticket everytime nk blk..++sume pon jaoh n dlm2. Dpt sbh srwk bsedia la utk remabt 1kete lps 1st gaji klo x mmg tperuk je la dlm ni..no public transport here dear, unless dpt kuching. Gov mmg bg extra elaun tok difficulty and EPW tp tmbh tolak tu sume mmg xde yg lbih...sorry, not complaining, i really do adapting. Seriously, it's not that easy..

Kancil 8349 said...

sokong dengan entri kamu tu...kancil dulu belajar di Shah Alam dan Batu Pahat...jauh dengan anak dan isteri...alhamdulillah...merindu tempat itu

Zack Kool said...

SABO2.. HE4

Pamela Gan said...

Cik Zai, cerita pasal penempatan ni, kita nak minta tolong check kan di mana penempatan saya..boleh ka? Baru2 lulus temuduga penolong pegawai penyediaan makanan c27 dibawah KKM. nama saya Detelley Daraim. Please Ms.Zai..supaya saya boleh prepare kalau dapat penempatan jauh2. Thanks in advance.

Cik Zai said...

Pamela Gan...kalau nak tahu kena call KKM sendiri.