TRIP TO LABUAN : HARI 1

Assalamualaikum...

Hi everyone!...

Apa-apa pun ni kali pertama CZ sampai kat labuan itupun atas alasan bertugas luar. Kalau bukan sebab kerja kirim salam jerlah.

CZ cari apa benda yang kat Labuan takder....jalan
punya jalan... ni kot takder....hahaa
Muzium Labuan
Ni tempat jual coklat, korang boleh borong coklat banyak-banyak untuk kawan-kawan...duty free ....cantik....

BUAH ASAM JAWA!

Assalamualaikum.....




Ni kawan Unit Paramedik bagi. Baik sangat diorang ni. Cik Zai pun tak pasti pernah makan benda ni ker tak pernah.

Warna coklat panjang tu buah asam dan yang lain tu entah apa nama entah. CZ tanya kawan hmmmm dia pun tak tahu....

Takperlah....terima kasih Unit Paramedik yang sangat baik dengan CZ walaupun hakikatnya CZ bukan seunit dengan diorang pun....

Aku harap satu hari nanti bila aku dah transfer balik ke negeri di Bawah Bayu aku boleh ingat balik memori yang berlaku dekat sini. Sebab itulah motif coretan ini. Walaupun korang kata entah apa2 entah tapi aku sangat hargai coretan kat blog usang ni. Hihihihihih....

Sekian, sambung lagi cerita lain esok. PEACE!


DAPAT TUKAR! ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum…



Hari ni unit kitorang buat majlis makan-makan sebab bos kitorang akan bertukar tak lama lagi.

Rasa maca baru semalam CZ masuk ke unit ni tup tap tup tap da setahun berlalu. Dulu CZ rasa bos garang sangat-sangat sampaikan bos lalu jer CZ terus tunduk kepala sembunyi. Bila dah lama-lama baru CZ rasa bos baik sebenarnya. Selama ni dia bersuara besar bukan dia marah tapi bergurau. Huhh, syle dia bergurau pelik sikit. Kalau dia marah pun hujung-hujung tu mesti ada gurauan yang buat CZ lupa yang CZ baru lepas kena marah.

Betullah orang kata ‘bila orang tu takda baru kita menghargai’. Masa orang tu ada bukan main ada jer tak puas hati.

Lepas ni bos baru akan masuk unit kitorang. Entah apa pula style bos baru ni. Harap-harap bos baru ok sangat-sangat.

Amin…

Tahniah buat bos yang dapat tukar. Semoga success di tempat baru. All the best boss. You are the world’s best boss!

Tapi boss….

Saya pun nak tukar macam boss…huwaaaaa......

DAH HABIS RAYA BARU BALIK KAMPUNG!

Assalamualaikum......



Cik Zai tak sabar nak jumpa budak kecik ni...

Flight CZ esok pagi pukul 7.00 am tapi sekarang ni tepat pukul 9.00 malam CZ da terpacak kat LCCT. 

CZ kena tunggu 10 jam lagi. Well itu perkara biasa kena bermalam kat LCCT...hihihih sebab kalau CZ gerak pagi confirm2la CZ akan ketinggalan flight.. 

CZ rela weiii......



TIADA KENAIKAN GAJI

Assalamualaikum...


Korang marah tak kalau korang tak naik gaji? Yelah, makin hari taraf hidup semakin tinggi tapi gaji kekal sama.

Kalau yang kerja swasta tu ada bos yang tak bagi naik gaji. Kesian sangat-sangat. Dahla bagi gaji ciput pastu suka hati dia nak bagi naik atau tidak.

Itu bukan isunya…

Sepatutnya bulan ni CZ dah dapat kenaikan gaji. Malangnya, cek penyata gaji tup tup memang sah aku tak dapat pergerakan gaji. CZ dah keja setahun kat sini. Tarikh pergerakan gaji pun CZ tahu. Fikir punya fikir mesti ada something wrong. Perubahan penyata gaji pun tak dapat lagi macam mana nak naik gaji.

Mula-mula ingatkan diorang lambat proses pergerakan gaji CZ dan CZ rasa mungkin ambil masa juga kot untuk urusan kenaikan gaji ni.

Fikir punya fikir hmmm betullah apa yang CZ jangka. Ada masalah pada LNPT 2012 Cik Zai. Bila cek HRMIS status masih “Deraf” lagi. Patutlah. Bermaksud CZ tak hantar lagi LNPT 2012. Adehhhh Cik Zai Cik Zai…Apasallah careless sangat-sangat..

Hmmm, Cik Zai dah setlekan LNPT tu hari ni. Tinggal tunggu officer sahkan. Walau rasa cuai tapi tetap ada pengajaran juga kat sini. Next time rajin-rajinlah semak status LNPT dan ambil tindakan awal. Sebab LNPT ni melibatkan gaji. Takder buat maka tak naiklah gaji.

So, korang semua pun jangan jadi careless macam Cik Zai.

Sekian, terima kasih.


KITA SUDAH BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH TETAPI KENAPA MASIH BELUM KAYA?

Assalamualaikum...


Rezeki Tersumbat
Penyumbat rezeki bukan angkara manusia tetapi kerana kita lupa kepada pemberi rezeki. ...
Berikut adalah beberapa penyumbat rezeki
Melakukan maksiat semasa bekerja ataupun semasa berniaga.
Aktiviti bekerja ataupun berniaga melalaikan kita daripada mengingati tuhan.
Hutang kita kepada arwah kenalan, tetapi belum sempat dibayar sepenuhnya.
Benci bersedekah, tetapi sanggup belanja rakan bisnes habis-habisan.

Semoga menjadi iktibar untuk kita semua


Dipetik dari Buku Urus Wang Semasa Gawat/ Terbitan PTS Professional Sdn. Bhd.

SEKARANG SAYA SENIOR

Assalamualaikum…

Rindu dengan kakak-kakak semua...lepas ni xda dah macam ni...

Hari berganti hari…
Bulan berganti bulan…
Pekerja lama keluar dan pekerja baru pula otw…
Siapalah pekerja bertuah yang dapat satu unit dengan aku tu…
Harap korang banyak-banyakkan bersabar bila kat sini…
Tak sabar nak lihat gelagat pekerja baru… hehehehe
Jangan sesekali fikir nak tukar sebelum Cik Zai yang lagi senior ni dapat tukar…
Kepada senior-senior saya selamat dah korang…
Tahniah…


BUBUR LAMBOK PAK HASSAN KG BARU BEST!!

Assalamualaikum…


Nak cerita sikit...korang aku gerenti sejak kecil lagi dah makan bubur lambuk Pak Hassan Kg Baru KL. Bubur lambok dia memang bestla. Satu bekas tu aku boleh habiskan sorang-sorang. Sebelum ni aku pernah rasa bubur lambok tapi disebabkan yang aku rasa tu tak sedap so aku pun dengar jer bubur lambuk dah rasa loya. Bila kawan tanya nak bubur lambok tak? Dengan takde perasaan aku kata hmmm taknak.

So, satu hari tu di bulan Ramadhan kawan Cik Zai bagilah Cik Zai Bubur Lambok Pak Hassan, Kg Baru free of charge. Dia belanja hihihihi. Bila time buka posa rasalah bubur lambok tu.

Fuhhhhh! Sedap weiii…. Aku habiskan sampai licin…


Mungkin korang ada yang nak kata, biasa jer bubur tu…. Well, itulah nikmat orang yang baru jer makan…tihiiiiii…

Hari ni BSM pula yang belanja Bubur Lambok Pak Hassan…Terima kasih Kelab BSM….

SOALAN INTERVIEW POPULAR!

Assalamualaikum…




Terima kasih kepada semua yang menghantar emel kepada Cik Zai dan mohon maaf juga ada emel-emel yang lambat Cik Zai balas. Bukan apa, Cik Zai masa kerja kena kerja.

No facebook!
No blog!
No SMS (kecuali memang emergency)?
No emel (kecuali emel berkaitan kerja)!
Lepas waktu kerja haa… baru Cik Zai layan semua-semua di atas.  

Ok, berbalik kepada cerita tadi berkaitan emel. Ada yang tanya. Soalan PRU13 panel penemuduga soal ker tak?

Korang rasa macam mana?

Bagi Cik Zai kalau dia soal pun, panel akan tanya soalan berbentuk pendapat. Mungkin dalam 1-2 soalan jer. Kalau korang rasa soalan tu keluar baik baca sikit-sikit. Biasanya instinct kita ni ada betulnya juga. Nak sedapkan hati kita sebenarnya. So, kot-kot diorang tanyakan taklah terhegeh-hegeh nak jawab. Bagi Cik Zai lagi baik korang fokuskan kepada soalan yang biasa panel penemuduga tanya contohnya:

Kenapa berminat nak jadi PTPO/Jawatan lain? 

Haa, soalan ni ada teknik nak jawab. Ramai calon tersilap jawab dan lantas mengundang kegagalan. Macam mana cara nak jawab? Korang jangan sesekali bagi alasan seperti:

Kerja kerajaan senang….
Banyak benefits bagai…
Gaji tinggi…
Jawapan-jawapan di atas adalah jawapan orang yang mengundang kegagalan. Panel akan menganggap korang nak kerja goyang kaki jer dan tak bersungguh-sungguh nakkan kerja tu.


So, korang fikirkanlah jawapan yang sesuai. Kalau anda ingin tahu apa jawapan gempak Cik Zai bila ditanya “kenapa berminat nak kerja ni?" Sila tunggu entry berikutnya…

Sekian, selamat berjaya, dan Assalamualaikum semua ^_^


13 HARI LAGI...HARI HARI KIRA HARI....

Assalamualaikum…

Hye guys….

13 hari lagi Cik Zai cuti raya, ini bermaksud tak sampai 2 minggu lagi nak balik Sabah. Eeee, rasa kehangatan hari raya tu dah makin dekat dah.

Rasa dah boleh kemas baju dah ni. Akak Cik Zai kata nak buat Majlis Aqiqah raya nanti. Adalah beberapa barang dia pesan kat CZ. Plan minggu ni nak beli. Huwa, memang berangkutlah CZ balik Sabah nanti.

Bila dah lama tak balik kampung macam ni kan, rasa sangat kenikmatan nak balik kampung tu. Macam tak sabar-sabar nak balik. Ni belum sampai lagi. Bila dah sampai tu lagilah excited, jumpa sanak-saudara, sepupu-sepapat, kawan-kawan dan tidak dilupa anak buah CZ yang dah besar sikit. Rasa umur dia dah mengjangkau 6 bulan dah.

Semoga perjalanan balik kampung nanti dipermudahkan. Kepada kawan-kawan dekat sini yang nak bertunang, yang nak kahwin pada hari raya nanti sorry tak dapat attend sebab korang punya event kat sini dan Cik Zai pula dah di negeri Di Bawah Bayu. Apa-apa pun tahniah korang dan korang dan korang. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan aku doakan korang dapat pasangan yang terbaik dunia akhirat dah berbahagia meniti hidup ini bersama pasangan masing-masing. Opsss, ayat CZ bunyi macam tak nak balik Putrajaya dah. Hahahaha ^_^…





PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum…


Masa keja kat tempat lama memang langsung takder program macam ni. Al-maklumla dulu Cik Zai keja kat private. Alhamdulillah, dapat keja kat sini macam-macam program diorang buat contohnya sesi Program Bicara Rohani, Majlis Halaqah Ilmu, juga termasuk Tadarus Al-Quran dan sebagainya. Rasa kerja bukan sekadar kerja tapi kerohanian juga dititiberatkan.Alhamdulillah...

Tadarus ni dibuat sepanjang bulan Ramadhan sehingga “Khatam”. So, masa rehat tu takderla kita habiskan masa tido ker dan lakukan benda tak berfaedahkan. Haa nak contoh lagi? Contoh yang paling ketara berfacebookla. Cuba kita fikir sejenak dalam tempoh sejam masa kita rehat tu kita dapat kumpul pahala banyak banding kita berfacebook kita tak dapat apa pun.

So, kepada kawan-kawan Cik Zai yang belum join tadarus jomla kita ramai-ramai pergi tadarus. Masa tadarus tu nanti ramai kawan-kawan yang dapat membantu memperbetulkan tajwid kita, bacaan kita di samping kita dapat berkongsi ilmu yang kita ada. Korang nak dapat banyak pahala ker tak? Kalau nak jom kita pergi dewan aras 8 sama-sama pada tiap-tiap waktu rehat ^_^.

Sekian...

NAK BALIK KAMPUNG SEKARANG JUGA!

Assalamualaikum…

Susu jer keja dia....

Baby lain suka hisap ibu jari dia suka jari telunjuk....
Adik aku upload gambar baru anak buah kitorang lagi. Hmmm…macam nilah… Tak dapat jumpa, dapat tengok gambar pun jadilah.

Tunggu aunty Zai balik bulan depan errrrr…..


KERJA!

Assalamualaikum…

Sejak pagi sampai ke malam aku buat kerja tapi tak siap sepenuhnya juga. Kadang-kadang aku rasa aku OT hari-hari termasuk hari Sabtu dan Ahad pun takde guna juga. Aku cuma dapat siapkan separuh je. Kalau aku tak buat macam ni kerja aku lagi bertimbun.

Aku hairan juga bila tengok staff lain elok jer boleh buka internet, boleh bercakap di telefon lama-lama, boleh mesej-mesej, boleh makan-makan masa kerja, sempat borak-borak dengan kawan sebelah-sebelah. Amboiii, banyak sangat masa korang…

Aku harap satu hari nanti aku dapat tukar ke bahagian lain. Lagi baik kalau dapat tukar ke Sabah terus. Dah hampir setahun aku buat kerja ni. Apa yang aku boleh katakan, kerja ni volume dia banyak sangat. Bukan tak menghargai kerja sekarang. Rasa seronok juga kerja macam ni tapi kadang-kadang rasa tak terdaya. Bilalah aku dapat sambung study kalau masa aku hari-hari dari pukul 7 pagi sampai pukul 8 malam kat ofis je.

Orang selalu kata… “ko ni asyik kerja-kerja, ofis-ofis”… Aku kalau boleh pun tak nak macam tu, tapi aku je yang faham kerja aku bagaimana.

Dulu penceramah ada cakap “Bila mula kerja nanti ada orang yang akan dapat kerja banyak, ada orang yang dapat kerja relax”… Betullah cakap penceramah tu. Aku diantara orang yang terpilih dapat kerja banyak. CC aku aku selalu kata “Takper Zai dapat kerja banyak dan susah sekarang, nanti pergi mana-mana semua boleh”…. Insyaallah..

 Sekian.

Nasib baik ada gambar anak buah Cik Zai. Hilang juga tension kerja bila lihat gambar ni....

MASALAH LAPOR DIRI

Assalamualaikum...


Cik Zai dah gi induksi. Korang nanti pun akan gi induksi juga.

Tahniah kepada yang dah dapat penempatan. Bila dah dapat penempatan tu janganlah nak sedih-sedih dapat jauhlah, dapat tempat tak bestlah, jauh dari familylah dan sebagainya. Ingat tak bila korang pergi interview dulu? Panel penemuduga pasti ada tanya soalan seperti di bawah ini…

Kalau ditempatkan di tempat yang jauh adakah anda sanggup?

Dengan gaya yang sangat menyakinkan korang kata "sanggup". Bukan korang jer, Cik Zai pun kata macam tu juga masa interview dulu. Bukan sekali ayat tu Cik Zai sebut. Berkali-kali pula tu. Hahahahahah..

Pergi jerla dulu lapor diri. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Ramai lagi orang kat luar sana yang tak bertuah. Dah bertahun-tahun mohon SPA tapi tak pernah pun kena panggil interview. Ada pula yang kena panggil interview tapi tak berjaya. Kita yang dah berjaya ni kenalah bersyukur. Walau ditempatkan di tempat yang jauh pun kita tak rugi juga sebab dapat gaji banyak sikit dari orang lain. Yes2!

Bagi yang baru nak lapor diri tu, masalah yang biasa korang akan hadapi adalah “takder rumah”. Itu biasa. Cik Zai pun pernah rasa perasaan risau giler tapi korang percaya cakap Cik Zai, masalah korang tu akan selesai juga nanti.

Ada yang tertanya-tanya “ Cik Zai betulker 3 bulan baru dapat gaji”?

Itu bergantung kepada staff yang buat gaji korang, kalau dia buat cepat maka cepatlah korang dapat gaji. Kalau lambat dia buat maka lambatlah korang akan dapat gaji. Cik Zai dulu kejap jer. Keja sebulan terus dapat gaji. Hihihihhi..TQ so much staff yang buat gaji Cik Zai.

So, kepada yang baru nak lapor diri. Gud luck korang. Jadilah pekerja yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Jangan kata kerja gov ni senang, goyang kaki, relakss. Tunggu bila korang dah kerja nanti persepsi korang bakal berubah.

Peace….

Kitorang pun tinggal jauh dari family. 



FUTSAL IPKKM

Assalamualaikum…

Dua team BSM yang x balik dengan tangan kosong. Syabas guys....
Seriously….....

Sebelum ni aku memang tak pernah main futsal. Bila kawan-kawan ajak CZ OK jer sebab bab-bab bersukan ni CZ memang suka, nak release tension katakan. Dah kerja banyak dekat ofis tak pandai habis-habis kenalah release tension dengan benda yang berfaedah, yer tidak???

So, Cik Zai pun turunlah latihan futsal walau sekali jer. Dua hari lepas tu kitorang dah kena lawan futsal dah. Rasa eee bolehker main futsal baru sehari latihan ni? Tupun tak sampai sejam kot.

Bila perlawanan, ketua arah masuk gelanggang, Cik Zai masuk jer. Masa dalam gelanggang memang CZ blur jugala sampai ketua pun macam nak marah jer. Cik Zai pun main jerlah. Satu masa tu entah macam mana bola depan mata CZ. Cik Zai tendang…GOLLL!!!!!

Ohohohoho….macam tak percaya…

Bukan sekali dua kitorang lawan, sebab banyak team yang join so kena lawan banyak team. Lawan punya lawan akhirnya kitorang menang. Alhamdulillah... Macam tak percaya beb sebab baru jer join futsal. Sehari suntuk perlawanan berlangsung tiba-tiba kemenangan tu memihak kepada team kitorang. Gembira sangat-sangat. 

Satu yang CZ suka join benda macam ni sebab CZ dapat kenal ramai orang dari unit-unit dan bahagian-bahagian lain.  So, selain dapat main, menang...kita dapat bina network juga. 

Tahun depan nak join lagi. ^_^. Sekian…..


TERLEBIH GAJI!

Assalamualaikum…



Patutlah aku rasa gaji aku banyak semacam jer sejak masuk kerja ni. Disebabkan kebanyakan member Cik Zai asal Peninsular Malaysia so Cik Zai jarang nak bincang pasal gaji atau nak banding-bandingkan gaji dengan member yang lain.

Cik Zai perasan gaji terlebih semalam. Masa tu Cik Zai nak update HRMIS. So, CZ dan member ofis pergilah unit gaji untuk jumpa staf yang buat gaji Cik Zai tuk confirmkan kesilapan tu. SAH!! MEMANG TERLEBIH GAJI!!! Sila teliti butiran gaji Cik Zai dapat di bawah ini.
Gaji Pokok
Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Khid Awam
Elaun/ B.I Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah
Korang nampak tak yang Cik Zai highlight tu. Ada dua untuk perumahan tu. Haa... yang tula terlebih. Sepatutnya kalau dah dapat Elaun Perumahan Wilayah, Imbuhan Tetap Perumahan tak sepatutnya dapat.

So, diorang dah bagi 6 bulan ITP. Untung tak Cik Zai ^_^??? Untunglah sangattt! Cik Zai kena bayar balik semua tu. Rasa nak marah jer dengan orang yang buat gaji atau orang yang buat kew.8. Apasallah diorang tak stopkan ITP Cik Zai.

Cik Zai kena akui jugala diri ini silap sebab ni gaji Cik Zai. Cik Zailah kena tahu berkenaan gaji Cik Zai. So, korang semua baik cek gaji korang betul-betul. Kot-kot ada diantara korang yang terlebih gaji juga macam CZ. Kalau beberapa bulan terlebih tu takper lagi. Kalau dah bertahun-tahun cuba korang bayangkan berapa banyak korang kena bayar balik. Mungkin masa ni diorang tak detect lagi tapi effect masa pencen nanti. Lebih seringgit pun diorang akan kutip balik. Jangan kita menangis masa pencen nanti sudah.

Alhamdulillahlah Cik Zai dapat tahu awal sikit walaupun hakikatnya taklah awal sangat hahahaha…Sekarang tengah fikir nak bayar sikit-sikit ker nak bayar lump sum????

Otak-otak & Satar!

Assalamualaikum...


Aku tak pernah makan benda ni dekat Sabah. Aku tak tahulah ada jual dekat sana ker memang tak ada. First CZ makan masa pergi  Melaka dulu. Masa tula kenal dengan makanan ni. First makan dah rasa suka dah.

Rupa-rupanya kat Putrajaya ni pun ada jual. Dekat Food Court Presint 9. Senangla lepasni, kalau rasa nak makan pergi sana jer.

Kalau ikut Wikepidia…
Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang,  Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.
Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.’
Masa pergi Terengganu dulu, ada satu lagi makanan yang CZ baru Jumpa. Ia adik-beradik dengan otak-otak juga. Nama makanan tu ‘SATAR’. Tapi Satar ni CZ belum pernah jumpa kat Putrajaya kecuali masa ada event yang besar-besar seperti JOM HEBOH. Haaa, CZ ada tengok semalam . Sebut pasal Satar ni teringat pula dengan Aziz Satar. Kot-kot Aziz Satar pun suka makan ni kot.

Google pic
Otak-otak dan Satar dua-dua ni Cik Zai makan. Sedap bila dimakan panas-panas.

Duduk di perantauan ni kita tak perlulah nak memilih sangat terutama sekali dari segi makanan. Ada orang suka mengeluh macam ni …“Eee…aku tak bolehlah nak makan makanan kat sini, makanan kat sini pelik n bla bla”… As long as makanan tu HALAL  syukur sangat-sangatlah. Cuba bayangkan kalau duk Korea or China? Haa.. ambek engkau nak cari tempat makan halal pun satu hal.  Kalau kita cuba sesuaikan diri insyaallah dimana-mana pun kita boleh hidup.  Sedangkan ulat dalam tanah pun boleh hidup, kan?

PARODI


Assalamualaikum…

Disebabkan unit tempat aku bekerja adalah unit yang sangat kecik so kitorang jarang buat aktiviti luar seperti family day dan sebagainya, bukan lagi jarang tapi aku boleh katakan tak pernah kot. Memang ada plan tapi tak menjadi-jadi lagi.

Tapi... itu bukan menjadi masalah untuk aku yang tak boleh duduk diam ni join aktiviti sebab unit lain kan banyak contohnya Unit Paramedik & Auksiliari. Ni unit kawan aku tapi aku suka join sebab diorang plan aktiviti selalunya menjadi.


Hari Ahad lepas kitorang pergi lawan bowling kat The Mines. So, kitorang memang siap-siap buat satu team yang dianggotai oleh 4 perempuan yang sangat lemah-lembut. Nama kumpulan kitorang ‘parodi’. Mungkin sebab ramai sangat orang suka buat parodi sekarang ni tu yang ketua kitorang bagi nama parodi. Alaa…nama power sangat pun kalau kalah tak guna juga. Realitinya kitorang memang kalah, bukan kalah sikit tapi kalah teruk hahahhaha. Sorang peserta kumpulan kitorang dapat anugerah ‘Juara Longkang’  tapi seriously bukan aku walau hakikatnya bola yang aku baling banyak masuk longkang juga hihihihi.


Kitorang sempat ronda-ronda The Mines. Cantikkan suasana kat sini. Bila tengok bot-bot  (aku pun tak pasti apa nak panggil kenderaan air ni) yang dihias cantik macam ni kawan aku anis da plan nak dinner dalam boat tu. Aku kata kat anis "kalau hang dinner dengan bf kat boat tu aku simbah korang dua sampai basah!"

Kitorang sempat makan kat restoran ‘Serai’. Sejujurnya, korang takyah pergi situ. Makanan tak sedap. Kalau aku jadi juri masak yang jahat  aku akan kata macam ni ‘korang takyah jual, korang bagi free pun orang tak nak’ tapi kalau jurimasak yang baik aku akan kata macam ni 'kena pergi kursus masak lagi'…Patutlah macam tak ada pelanggan masa kitorang makan kat situ. Kitorang tertipuu..huwaaaa..


Sebelum balik kitorang sempat ambil gambar beramai-ramai. Ni laaa di antara peserta-peserta bowling dan juga urusetia-urusetia. Separuh dah balik dah. 

Walau kalah tapi kitorang enjoy...ayat skema.....

Boss saya taknak buat kerja ni!


Assalamualaikum…



Aku ingat lagi masa mula-mula aku lapor diri dekat ibu pejabat aku dapat unit yang memang dari awal aku tak nak dan hari-hari CZ doa agar ditempatkan ditempat lain selain dari unit tu. Namun siapalah diri  ini, CZ hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Aku ditempatkan unit yang memang aku  tak nak! Seriously!

Pertama- Aku memang tak nak unit tu dari awal!
Kedua- Bila aku masuk unit tu wow kerja bukan main banyak, sampai tray masuk aku dah macam gunung. Dokumen-dokumen banyak sangat tak filing. Nasib baik staff sebelum aku tu pregnant so aku faham.
Ketiga- Aku takut nak jawab soalan-saolan foreigner yang banyak sangat dan BI diorang expert sangat sampai kadang kala aku tak dapat nak beza dorang cakap orang putih ker cakap arab ni?!!&^% Toing!
Cik Zai jumpa bos….

Boss saya taknak buat kerja ni. Susah boss, saya dah try buat tapi tak dapat…
Boss: Alaaa, mula-mula memang macam tu. Tak faham tu biasa bagi orang baru. Awak try buat dulu n bla bla bla….
So, Cik Zai pun try la buat walaupun CZ mula dari zero. Memang Cik Zai bingung. Ada satu masa tu Cik Zai nangis sembunyi-sembunyi bawah meja kerana tension sangat dengan kerja yang banyak.

Selepas 7 bulan…

Cik Zai dah terror sikit…..

Cik Zai rasa macam dah jatuh hati dekat unit ni. Tray masuk CZ pun tak jadi gunung dah. Cik Zai dah tak takut dah nak bercakap orang putih dengan foreigner yang datang. Telefon pun CZ dah tak engagekan seperti mula-mula CZ kerja dulu hahahah.

Semua staf dekat unit ni baik sangat-sangat termasuk pegawai aku. Thanks a lot semua kerana banyak membantu di saat CZ tak tahu apa-apa pun.

Betullah, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik buat hamba-hambaNya. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan kerja yang cukup unik buatku.

SUKA DUKA BUJANG


Assalamualaikum...


Minggu lepas Cik Zai beli writing table kat Carefour. So, hari Sabtu lepas datanglah seorang uncle hantar meja yang aku beli tu kat rumah.

‘Hantar percuma tapi pemasangan kena bayar’..itu aku tahu…

Cik Zai: Uncle kalau pasang terus bolehkah?
Uncle: Pasang kena cas cik.
Cik Zai: Berapa uncle?
Uncle: Hmmm....Kalau meja hmmmm RM40.
Cik Zai: Tapi staff kat Carefour kata RM30….
Uncle: Kalau RM30 suruh itu orang datang sendiri pasang. Meja memang RM40.
Cik Zai: Takperla uncle, takyahla pasang. (Uncle ni tipu, dia saja upkan harga. Adaka patut pasang meja dia cas RM40, dulu almari RM50 jer. Almari dengan meja jauh beza kerumitannya. Patut RM20 jer)…

So, aku pun tryla pasang sendiri walaupun aku tak pasti aku boleh pasang ker tak ni. Macam nila hidup jauh dari family. Kalau tinggal dengan family senang jer. Boleh suruh bapa atau abang atau adik. Free of charge lagi.

Hanya perlu skru driver jer.....macam kacang...
Mula-mula bingung juga tapi try buat step by step lama-lama terpasang juga dan akhirnya siap.

Laaa senang jer nak pasang meja ni. Nasib baik tadi aku tak upah uncle tu tolong pasangkan meja aku. Kalau tak rugi RM40 aku hihihihih.. Walaupun RM40 tu tak banyak tapi yang aku tak puas hati uncle tu cuba nak tipu orang yang lurus bendul dan naif sangat macam aku ni….hihihihi

Taraaa...meja dah ada so senang nak study dah sambil-sambil online....

KURSUS! TAKLIMAT! ORENTASI!


Assalamulaikum...



Cik Zai kena ikut kursus lagi. Kali ni di Shah’s Beach Resort, Melaka. 28 Mei – 1 Jun. Mak aiii!! 5 hari engkau!! Bos aku mesti naik pening masa aku tak ada nanti. Ikutkan hati aku pun malas nak pergi tapi ini soal masa depan. Kalau aku tak pergi dengan jayanya aku takkan sah jawatan.

Aku try cari maklumat mengenai Shah’s Beach Resort ni, huwaaa lepas tengok gambar aku tukar ayat aku tadi ‘aku rajin sangat-sangat nak pergi kursus’… Subhanallah cantik sesangat. Tapi moga-moga indah khabar dari rupa la erk bila sampai sana nanti.

Cik Zai dah aim kolam tu..

Kitorang akan tinggal kat sini ker nanti? Kalau dekat sini wowww! 

Cik Zai nak ambil gambar kat sini nanti....

Cantik...
Kepada kawan-kawan yang tak tercalon kitorang pergi dulu k hehe. Turn korang next series pula.

Pada bulan Jun pula Cik Zai akan ke Pahang@Terengganu untuk jadi urusetia taklimat bla bla. Sekarang ni dah start buat persiapan dah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Masa nila Cik Zai ada peluang nak belajar dan memahirkan diri menguruskan sesuatu program. Beruntung sangat-sangat kerja kat Ibu Pejabat. Walaupun kerja banyak tapi kadang-kadang kena outstation pergi pelbagai negeri. (Bukan pergi berseronok-seronok tapi pergi kerja).

Bulan Julai pula Insyaallah Cik Zai akan join ‘Orientasi untuk Pengawai Sabah, Sarawak & Labuan Yang Berkhidmat di Semenanjung Malaysia’ yang diadakan di Hotel Kuala Lumpur. Program tu akan berlangsung selama seminggu. Dengar-dengar banyak aktiviti yang menarik. Confirm Cik Zai tak akan lepaskan peluang ni.

Hopefully semuanya dipermudahkan. Siapa kata kerja tu membosankan? Cik Zai rasa seronok sangat-sangat...

Sekian....