BACKUP!


Assalamualaikum…



Tujuan aku satu jer, aku nak COPY & PASTE data ke desktop agar aku mudah nak cek. So, aku takyahla nak tekan banyak-banyakkan bila someone call tanya status diorang.

Tup tup bila aku copy dan paste data aku hilang. Kalau hilang setahun takper tapi ni semua data sejak tahun 2009 hingga 2012 hilang. Aku tak tahu kenapa komputer aku ni gila-gila sikit. Dapat copy tapi folder tu kosong dan access denied. Dekat unit aku ni bekas student IT ramai tapi diorang pun tak dapat nak selamatkan data yang telah hilang tu. Dah cuba cari, dan cuba restore pun tak dapat juga. Pelbagai cara dah kita try tapi tak dapat juga.

Apa aku rasa?

Huwaaa... aku rasa tak nak datang kerja dah. Aku dah mula menggeletar bagai orang yang telah melakukan jenayah.

Apa aku nak jawab bila pegawai tanya?!
Apa aku nak jawab kalau boss aku tanya?!
Apa aku nak jawab kalau orang luar tanya?!

Memang masa tu Allah SWT sahaja dapat tolong. Staf satu unit aku pun dah surrender awal-awal. Diorang tak dapat nak selamatkan. Bila diorang tak dapat tolong aku duduk dan doa banyak-banyak dan fikir manatahu aku ada simpan data tu kat mana-mana. Cek pendrive memang tak ada (SILAP AKU).

Fikir lagi….

Akhirnya, aku teringat sesuatu, aku pernah email data dental dekat kawan seunit. Cek email dan Alhamdulillah ada data tersebut untuk tahun 2011 dan 2012. Aku bersyukur sangat-sangat walaupun data tu tak update sangat tapi sekurang-kurangnya tak semua yang hilang.

Pengajaran untuk aku, sila backup data lepas ni.....Sekian...

Live your life...


Assalamualaikum



Hampir 4 bulan aku kerja kat sini. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Banyak sangat kenangan yang terlakar indah bak lukisan yang aku lukis masa sekolah rendah dulu yang aku sendiri jer kata cantik tapi kawan aku kata cantik sebab terpaksa hahaha.

Bos aku selalu kata, hang tak nangis ker tak balik kampung? Hihihihi, aku nak jawab macam ni ‘Tak remajalah bos kalau nangis-nangis ni’ tapi aku pendamkan saja jawapan macam tu sebab tu memang cari naas kalau aku jawab macam tu hihihi.

Sedikit demi sedikit aku cuba menyesuaikan diri hidup kat sini. Biasalah manusia ni sebenarnya senang jer nak sesuaikan diri, cuma perasaan emosi  kita jer selalu menafikan. Sedangkan cacing, ulat dalam tanah pun boleh hidupkan, inikan pula kita manusia yang sangat sempurna lengkap dengan akal fikiran takkan tak boleh kot.

Hidup jauh ni korang sure akan alami masalah dengan kerja, dengan kawan, dengan bos, dengan sesiapa jua. Seperti yang aku selalu kata 'hidup kita, kita yang tentukan, kita tak boleh salahkan orang lain, kita tak boleh salahkan mak bapa kita sebab hidup kita, kita yang pilih nak jadi macam tu'. So, jangan jadikan masalah remeh menguasai diri dan live your life.

So, hargai hidup anda. Jangan rasa terbuli dan dibuli. PEACE

Aku bukan blogger sepenuh masa...


Assalamualaikum


Hye guys. To all my readers thank you so much guys for visiting myshorthand.blogspot.com. You’re AWSOME! Cik Zai tak sangka tiap-tiap hari pengunjung@pembaca blog myshorthand.blogspot.com sejak dua menjak ni mencecah beribu-ribu orang dan tiap-tiap hari Cik Zai menerima banyak e-mel daripada pembaca blog myshorthand.blogspot.com. 

Apa korang kata? Sikit!! ..... Memanglaa, Cik Zai bukan RETIS...! Hihih..

CZ minta maaf sekiranya CZ tak terbalas e-mel atau komen-komen korang disebabkan masa sangat terhad. CZ sebenarnya bukanlah blogger sepenuh masa di mana di samping menjadi seorang blogger Cik Zai juga ada kerjaya sendiri. Apasal tak jadi full time blogger? Yelah, kang jadi blogger sepenuh masa Cik Zai tak dapatlah ilmu nak kongsi dengan korang. Lagi satu kalau CZ tak kerja sapola nak bantu family den kat kampung, yer dok?


Untuk pengetahuan korang segala tips yang CZ kongsikan bersandarkan kepada pengalaman serta ilmu yang Cik Zai perolehi semasa bekerja. Ia tak merujuk kepada mana-mana pekeliling jadi kalau pendapat CZ tak 100% betul korang jangan nak pandai-pandai marah CZ erk (Hihihhi).

Motif Cik Zai menjadi seorang blogger sekadar ingin berkongsi pengetahuan, pengalaman dan nak bantu korang. Cik Zai harap blog myshorthand.blogspot.com dapat menjadi rujukan korang walau tak banyak sikit pun jadila kan2...hihih

Akhir sekali, thank you so much guys for your support. Appreciate it so much. Kepada yang masih menganggur korang kena baca blog myshorthand.blogspot.com.

 Sekian.

KATA HIKMAH CARI KERJA


Assalamualaikum




"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


BILA NAK HANTAR SURAT RESIGN @ NOTIS BERHENTI KERJA?


Assalamualaikum



Sekarang pukul 5.15 p.m. Patut aku dah balik kerja dari pukul 4.30 p.m tadi tapi aku malas nak balik. Dari aku takda benda nak buat baik aku selesaikan kerja-kerja aku yang belambak kat ofis ni. Almaklumlah pekerja baru banyak tak faham.

Sementara berehat sebentar ni Cik Zai nak cerita sikit pasal notis letak jawatan. Persoalannya bila nak hantar surat resign ke tempat kerja lama bila dapat surat tawaran kerja?

Kebiasaanya, tempoh surat lapor diri keluar mengambil masa 3 bulan dari tarikh kita dapat keputusan temuduga. So, that means korang kena planlah bila nak hantar surat resign. Jangan korang tunggu surat lapor diri baru resign. Sebab surat lapor diri sampai lewat@last minute.

Nak cerita, dulu surat lapor diri Cik Zai terima 4 hari sebelum tarikh lapor diri. Cuba bayangkan Cik Zai orang Sabah kena lapor diri kat Putrajaya 4 hari lagi. Takker naya kalau resign last-last minit.

Korang kena ingat, bila korang hantar notis sebulan, korang kena kerja sebulan lagi kat tempat kerja lama. Bukan hantar notis hari ni, hari ni last kerja. Lainlah kalau kerja korang special case boleh resign hari ni hari ni last kerja. Atau kalau korang mampu sangat bolehlah korang resign 24 jam dan bayar ganti rugi kerja sebulan kepada majikan lama korang.

So, kesimpulannya korang kena pandai-pandai plan. Dulu Cik Zai hari ni last kerja esok dah flight ke KUL. Nasib badan.

Sekian.

Korang nak contoh notis berhenti kerja di sini dan di sini.

Penulis myshorthand.blogspot.com minta maaf!


Assalamualaikum


0 - 0

Pada  hari pertama tahun baru 2013 Cik Zai nak ….

Minta maaf banyak-banyak kepada pembaca blog
Sekiranya sepanjang Cik Zai berbloging Cik Zai ada mengguris hati korang melalui penulisan, komen-komen  secara sengaja ataupun tidak sengaja serta permintaan anda yang Cik Zai tak dapat tunaikan.  Cik Zai minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kaki.

Minta maaf banyak-banyak kepada blogger @ facebooker
Sekirannya sepanjang berkawan di alam maya Cik Zai ada mengguris hati korang melalui komen-komen dan post yang buat anda terasa sekali lagi Cik Zai minta maaf banyak-banyak.

Minta maaf kepada kawan-kawan Cik Zai
Tahun 2012 telah melakarkan 1001 kenangan. Sekiranya Cik Zai mengguris perasaan korang Cik Zai minta maaf.  Cik Zai manusia biasa yang tak perfect. Cik Zai bukanlah seorang pendemdam atau suka benci membenci sesama manusia. Mungkin sedikit salah faham buat kita makin jauh. Itu tidak bermakna persahabatan kita terputus.

Semua  orang…
Cik Zai minta maaf. Kalau korang ada silap dengan Cik Zai don’t woryy Cik Zai dah lama maafkan korang. 


Workholic!


Assalamualaikum..



"Kerja banyak tapi gaji sama jer dengan orang lain"

Sejak bekerja di organisasi yang besar ni aku selalu dengar orang dok mengeluh seperti ayat di atas. Bagiku kerja ni satu amanah, satu tanggungjawab yang kita perlu kita laksanakan dengan telus dan ikhlas.

Orang selalu kata kat aku…

‘Hang jangan nak paksa diri sangat buat kerja tu, jangan nak kejar dunia sangat’  

Aku tak pernah memaksa diri untuk buat kerja walaupun kadang-kadang masa kerja ku mencecah sehingga 14 jam sehari dan masa cuti ku peruntukkan jua untuk kerja. Malah Cik Zai tak pernah sekalipun claim OT walau kerja sampai lewat malam.

CZ tak kisah apa orang nak kata sebab mungkin diorang tak faham kerja Cik Zai dan Cik Zai pun tak faham kerja korang.

Cuma satu jer kata-kata yang Cik Zai pegang 

Sekiranya kita mempermudah urusan orang lain, maka Allah SWT akan mempermudah urusan kita dunia dan akhirat”....

 Insyaallah….

Sekian....