Live your life...


Assalamualaikum



Hampir 4 bulan aku kerja kat sini. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Banyak sangat kenangan yang terlakar indah bak lukisan yang aku lukis masa sekolah rendah dulu yang aku sendiri jer kata cantik tapi kawan aku kata cantik sebab terpaksa hahaha.

Bos aku selalu kata, hang tak nangis ker tak balik kampung? Hihihihi, aku nak jawab macam ni ‘Tak remajalah bos kalau nangis-nangis ni’ tapi aku pendamkan saja jawapan macam tu sebab tu memang cari naas kalau aku jawab macam tu hihihi.

Sedikit demi sedikit aku cuba menyesuaikan diri hidup kat sini. Biasalah manusia ni sebenarnya senang jer nak sesuaikan diri, cuma perasaan emosi  kita jer selalu menafikan. Sedangkan cacing, ulat dalam tanah pun boleh hidupkan, inikan pula kita manusia yang sangat sempurna lengkap dengan akal fikiran takkan tak boleh kot.

Hidup jauh ni korang sure akan alami masalah dengan kerja, dengan kawan, dengan bos, dengan sesiapa jua. Seperti yang aku selalu kata 'hidup kita, kita yang tentukan, kita tak boleh salahkan orang lain, kita tak boleh salahkan mak bapa kita sebab hidup kita, kita yang pilih nak jadi macam tu'. So, jangan jadikan masalah remeh menguasai diri dan live your life.

So, hargai hidup anda. Jangan rasa terbuli dan dibuli. PEACE

1 comment:

Kancil 8349 said...

good luck...semoga menjadi pekerja terbaik