Workholic!


Assalamualaikum..



"Kerja banyak tapi gaji sama jer dengan orang lain"

Sejak bekerja di organisasi yang besar ni aku selalu dengar orang dok mengeluh seperti ayat di atas. Bagiku kerja ni satu amanah, satu tanggungjawab yang kita perlu kita laksanakan dengan telus dan ikhlas.

Orang selalu kata kat aku…

‘Hang jangan nak paksa diri sangat buat kerja tu, jangan nak kejar dunia sangat’  

Aku tak pernah memaksa diri untuk buat kerja walaupun kadang-kadang masa kerja ku mencecah sehingga 14 jam sehari dan masa cuti ku peruntukkan jua untuk kerja. Malah Cik Zai tak pernah sekalipun claim OT walau kerja sampai lewat malam.

CZ tak kisah apa orang nak kata sebab mungkin diorang tak faham kerja Cik Zai dan Cik Zai pun tak faham kerja korang.

Cuma satu jer kata-kata yang Cik Zai pegang 

Sekiranya kita mempermudah urusan orang lain, maka Allah SWT akan mempermudah urusan kita dunia dan akhirat”....

 Insyaallah….

Sekian....

1 comment:

Zack Kool said...

DIORANG TUE DOK RETI SYUKUR.. HE4