KURA-KURA X CEREWET...


Assalamualaikum..




Hari Jumaat lepas Hari Wilayah, Cik Zai dan kawan-kawan pun spent time sama-sama sebab dah lama tak keluar disebabkan masing-masing sibuk dengna komitmen kerja. Memang seronok sangat-sangat kita pergi makan-makan, main bowling, window shopping, kitorang pergi pasar malam dan sebagainya. 

Masa kat Pasar Malam. Cik Zai ada beli 2 ekor kura-kura. Saiz dia kecil sahaja lebih kurang diameter duit 50 sen tu. Comel giler….

Cik Zai tak tahulah nak bezakan mana jantan mana betina. Penjual tu kata memang sepasang Cik Zai main beli jer. Murah jer  sekali dengan akuarium, batu-batu warna dan makanan RM28. Mesti korang kata mahalkan? Takperlah yang penting Cik Zai dah ada kura-kura.

Penjual tu kata bagi makan Sanyu Turtle Stick (nama makanan kura-kura) 4 biji setiap hari untuk seekor kura-kura. Huh, aku tengok kura-kura aku ni malas jer makan. Masa nak pergi kerja aku bagi sekali 3 biji setiap seekor tapi macam tak makan sangat pun. Pelikkk! Penjual tu silap kot. Tapi bila aku baca cari maklumat mengenai kura-kura diorang sebenarnya boleh bertahan lama tanpa makan. Fullamak, kalau Cik Zai terlupa bagi korang (kura-kura) makan korang jangan marah erk.

Cik Zai dah bagi nama untuk kura-kura Cik Zai. Mula-mula nak bagi nama yang seekor Anis dan yang seekor lagi Sue sempena nama kawan Cik Zai yang bagi cadangan suruh beli kura-kura tu tapi diorang taknak terpaksala bagi nama IRISH & ARISH….Huwahahahah.


Kalau ikutkan dah 4 hari dah kura-kura ni tinggal dengan Cik Zai. Sekarang dah tak sunyi dah. Rasa macam best sangat-sangat jaga kura-kura. Korang pun kalau rasa nak ada haiwan peliharaan baik bela kura-kura sebab kura-kura tak cerewet sangat. Senang nak jaga dan ia tak berbulu bagi yang sensitive dengan haiwan berbulu. Hihihihh.

Jeng jeng....! Ini dia Kura-kura Cik Zai...


3 comments:

mieza said...

comel name kura2 dy..
mcm kembar plak. hehe

Cik Zai said...

heheheheh....kura2 mmg smua nampak kembar...^_^

~Si Pemetik Buah Manis~ said...

waalaikumsalam, salam ziarah =)