TAK BOLEH DUDUK DIAM...


Assalamualaikum…


Urban Excersice dekat Dataran Putrajaya buat aku rasa ohohohoho AWESOME! Biasa event bila beramai-ramai berkumpul just aerobic jer ni main skipping.  Sekali adik-adik berumur 3 tahun hingga kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik –pakcik, makcik-makcik, dan warga emas enjoy main skipping. 


Tali skipping FOC jer. Heheheheh..Terima kasih penganjur, lepas ni  aku boleh main skipping hari-hari sebab tali skipping tu cantik.

Di masa yang sama juga berlangsung Expo Buku Islam6 Putrajaya. Niat nak cari buku Perintah Perintah Am dan Arahan Pentadbiran dan juga buku Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam sebab aku ada exam bulan depan tapi pusing dan pusing buku tu tak ada jual kat situ…hampeh..

Tapi…

Aku nasihatkan korang baik pergi expo tu, kepada peminat-peminat novel itulah tempatnya. Diskaun baik punyer. Sebelum balik aku sempat rembat buku resipi 1 Malaysia…


Aku dengan member gerak ke Precint 8 nak cari buku untuk exam. Sampai dekat sana Alhamdulillah buku tu ada jual dekat sana. Woooo harganya pun cantik sangat-sangat but nevermind beli sekali jer boleh pakai sampai pencen.

Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 2008 pun aku tak khatam lagi ni nak baca buku  yang gila-gila tebal...huaaa
Alang-alang dah sampai ke Presint 8 kitorang pun singgahlah ke Dewan Serbaguna Presint 8 dengan hajat nak ambil borang Bengkel Suri Putrajaya 2013 sebab Cik Zai dengan member nak join Kelas Jahitan Pakaian Wanita. Masa bujang nila kena buat something yang kita nak buat sebab bila dah kawin nanti aku tak gerenti aku banyak masa lagi ke tidak. 

Kalau pendapat aku silap well tiap-tiap orang ada pendapat yang berbeza dan pendapatku tak semestinya kekal huhayyy....Sekian...

2 comments:

Siong said...

anda sdh bersedia duduk peperiksaan?? haha..

Cik Zai said...

Siong ...tengah nak bersedialah ni ^_^..hihihh