CARA NAK CARI KERJA PART TIME


Assalamualaikum...


Idea ni timbul masa kawan CZ dia kata nak kerja part time. So, Cik Zai pun temanlah dia pergi cari kerja. Bila cari punya cari tu Cik Zai fikir-fikir alaa join jerla kawan kerja sekali. Bukan apa daripada balik kerja takder nak buat apa baik isi masa lapang dengan tambah kerja lagi. Masa bujang nila ada masa nak buat apa kita suka. Bila dah kahwin nanti tak ada masa dah.

Cik Zai tak pernah lagi kerja part time ni. Ni first time Cik Zai cari kerja sambilan. Untuk pengetahuan korang senang jer nak cari kerja part time ni. Kalau nak gaji ok sikit pergi kat area bandar ramai yang nak terima perkerja sambilan. Korang yang masih study pun boleh cuba.

Semalam Cik Zai dengan kawan cari di beberapa buah tempat. Diorang dengan senang hati nak terima kitorang bekerja. Tak ada langsung yang tolak kecuali diorang memang nak ambil yang full time jer.

Salah satu tempat yang banyak menawarkan peluang kerja part time kat Alamanda Putrajaya. Korang yang nak cari kerja sambilan boleh cuba K. 

Cara nak cari kerja part time senang jer. Pergi kat kedai-kedai atau pasar raya dan cuba lihat iklan-iklan jawatan kosong yang ada. Kebiasaannya diorang akan papar kat depan kedai dan sebagainya. Kalau tak ada iklan korang boleh tanya mana-mana staf kat situ. Senang jer kan. Siapa kata zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Bangla-bangla sanggup datang dari jauh semata-mata nak cari kerja kat sini, kita yang hidup kat Malaysia ni taklah sesusah diorangkan. Cuma kita jangan pilih kerja sangat. Grab jer peluang yang ada. 

Sekian.

MEDELA


Assalamualaikum..


Wanita zaman sekarang ramai yang bekerja. Bila dah kahwin pun still bekerja juga. Bila dikurniakan cahaya mata Alhamdulillah satu lagi amanah dari Allah.

Para ibu dan bapa serta yang bakal menjadi ibu dan bapa bila isteri disahkan mengandung sibuk beli kelengkapan bayi seperti baju, tilam,katil, bantal, botol susu, dan sebagainya. Kalau dapat bayi perempuan semua kena warna pink tapi kalau lelaki semua kena warna biru. Almaklumlah excited sangat.  Selain itu, satu yang tak boleh lupa iaitu “set berpantang”. Huhhhh…memang perfect la sangat persediaan.

Namun, ada satu yang para ibu dan bapa sering lupa. Bila anak lahir baru ingat nak beli. Lagi-lagi kalau anak pertama.  Apa benda tu?

BREASTPUMP

Zaman sekarang ibu-ibu kebanyakannya bekerja. Masa cuti bersalin kira ok sebab ibu-ibu ada masa nak menyusukan bayi tapi bila dah bekerja bagaimana kita nak berikan susu ibu terus kepada si anak dengan masa kita yang sangat terhad??!! Ada yang mengambil inisiatif memberikan susu formula kepada si anak. Kalaulah anda tahu betapa hebat dan betapa bagusnya susu ibu untuk anak anda dan isteri anda tentu anda akan merasa rugi memberikan susu formula kepada anak anda.

Kelebihan susu ibu korang boleh baca kat WINZPINK.

Semalam Cik Zai ronda-ronda dekat Alamanda just nak cari Breastpump untuk kakak CZ. Sebab dia memang tak tahu pasal benda ni. Mungkin dekat Tawau masih kurang pemahaman mengenai kebaikan susu ibu dan juga cara memberikan susu ibu yang betul oleh wanita-wanita bekerjaya. Hopefully, breastpump ni bermanfaat untuk anak buah CZ yang pertama. Amin.

Ni breastpump manual yang Cik Zai beli harga RM269

Yang ni pula Breastmilk bottles. Bila dah pam boleh simpan stok susu dalam botol ni.

Apa kegunaan BREASTPUMP?
Dengan adanya breastpump so korang (isteri) bolehla pam susu. Korang boleh simpan stok susu ibu banyak mana yang korang boleh untuk bekalan baby korang.  Kalau nak beri susu ibu kepada anak tak semestinya bagi direct. Apa yang penting ia adalah susu ibu bukan susu formula.

Cik Zai sarankan korang guna breastpump jenama MEDELA. Korang jangan beli jenama cap ayam sebab ia akan menyukarkan korang nak pam susu. Jenama ni memang terbaik, cepat dan pantas. Jenama ni ada jenis manual dan ada juga jenis yang automatik. Cuma yang manual murah berbanding yang automatik.  Lagi satu yang automatik boleh pam sendiri so sambil-sambil pam korang boleh buat kerja korang.

Korang tak kesianker baby korang minum susu formula? Takut bila besar nanti perangai baby jadi macam haiwan. Sebab apa? Entah-entah sebab bagi susu formula kot masa kecik dulu. Haaa kalau tak nak jadi macam tu bagilah susu ibu kepada anak anda sehingga lengkap penyusuan hingga umur 2 tahun anak anda.

Sekian, terima kasih.

Pstttt.... 

Walaupun Cik Zai masih belum berkahwin tetapi satu hari nanti bila Cik Zai dah ada anak CZ akan pastikan susu ibu diberikan sepenuhnya kepada anak CZ walaupun sibuk bekerja. Insyaallah. Bekerja bukan alasan untuk kita tidak memberikan susu ibu kepada bayi kerana ia adalah satu tanggungjawab sebagai seorang ibu.

CONTOH RESUME BM


Assalamualaikum…



Hari ni Cik Zai nak kongsikan RESUME dalam BM pula.  Korang asyik minta contoh jer kan. Baik korang download dari link yang Cik Zai bagi ni.

http://www.4shared.com/office/FkdxTGSx/Contoh_resume__1_.html

Senang jer nak download. Klik pada link yang Cik Zai berikan dan korang jangan lupa daftar 4shared sebelum nak download. Kang tak boleh download jadinya.

Cik Zai ucapkan semoga korang cepat dapat kerja, dapat kerja tetap, dapat kerja yang korang impikan, dan sebagainya. Amin. 

P.S.

Untuk pengetahuan korang, permohonan contoh email secara percuma sudah ditutup pada 28.03.2013 tepat pukul 7.30pm. Bagi yang rasa nak juga Cik Zai emailkan contoh resume ke emel korang sila baca link dibawah.


 http://myshorthand.blogspot.com/2013/03/contoh-resume.html

CONTOH RESUME


Assalamualaikum…


Sejak dua menjak ni Cik Zai terima banyak sangat permohonan minta emelkan contoh resume dan tips-tips interview. Inbox Cik Zai mencecah beratus-ratus orang. Sampai tak menang tangan.

So, disebabkan ramai sangat permintaan mohon contoh resume Cik Zai nak announce dekat sini bahawa permohonan contoh resume ditutup sekarang berkuatkuasa pada pukul 28 Mac 2013 pada pukul 7.30 malam. Sebarang permohonan meminta contoh resume menerusi emel secara percuma selepas pukul 7.30 malam ini tidak akan dilayan.

Sekiranya korang nak juga contoh resume korang kena download sendiri di blog Cik Zai atau kalau korang perlu sangat-sangat contoh resume Cik Zai akan kenakan caj tambahan. Terma dan syarat adalah seperti di bawah:

Korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 untuk 1 contoh resume. Sila bank in terus ke akaun Maybank Cik Zai.

No akaun : 166010258080 (Maybank) 
Nama: ZAINAB BINTI ABDUL SALAM

Setelah bank in sila maklum melalui emel butir-butir anda ke raudhah.zainab@gmail.com seperti di bawah ini:

Nama: 
Alamat e-mel: 
Tarikh/Masa bank in: 
Tujuan:

Setelah Cik Zai terima bayaran RM3.00 korang Cik Zai akan emelkan contoh resume yang korang minta. 

Kepada yang membuat permohonan sebelum 7.30 malam pada 28.03.2013 sila bersabar kerana permohonan anda sedang dalam proses. 

Harap maklum dan sekian, terima kasih.

Peace!

Bukit Gambang Water Park

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W17


Assalamualaikum...


Ramai tanya apa tugas-tugas jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17? Inbox Cik Zai tiap-tiap hari penuh tanya soalan yang sama. Hari ni Cik Zai nak buat entry tuk korang. So, untuk menyenangkan  korang dok tunggu-tunggu Cik Zai balas emel korang baik korang baca entry ni. Hihihihih…

Deskripsi tugas Pembantu Tadbir (Kewangan ) Gred W17

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
Mengurus dan mengawal peruntukan.
Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Harap ia dapat memudahkan korang. Good luck semua dan buat sebaik mungkin masa interview nanti. 

Sekian.

Rujukan: Portal SPA

CEK DARI NUFFNANG LAGI


Assalamualaikum...


Terima kasih Nuffnang kerana beri cek lagi. Walaupun CZ jarang update blog, kadang-kadang dalam sebulan 2 entry jer tapi income masuk dan masuk.

Korang pun boleh dapat macam Cik Zai. Daripada kita duduk gosip sana gosip sini, gaduh sana gaduh sini dekat facebook baik main blog. Boleh dapat pendapatan sampingan.

Mungkin korang akan rasa mustahillah dapat duit macam ni tapi ramai dah orang dapat dan CZ adalah salah seorang diantaranya walau seciput.

Apa nak buat dengan duit ni. CZ tengah fikir nak beli apa dengan cek ni. Kalau boleh tak nak sia-siakan hasil titik peluh blog ni. So, sementara nak fikir nak beli apa baik CZ simpan jerlah duit ni dulu dalam bank.



UJIAN MENAIP & PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN


Assalamualaikum...



25.03.2013!...........
Aku ada ujian menaip. CC kata salah eja  4 perkataan failed terus!

Walaupun aku dah ada basic menaip tapi aku nervous juga. Dah namanya ujian. Kali ni 18 psm  jer. Harap-harap segalanya dipermudahkan.

Aku harap semua kawan-kawan aku yang ambil ujian sama dengan aku esok LULUS. So, no repeat yer. Kalau repeat tak dapat den nak nolong.

26.03.2013!...........
Aku ada exam Perkhidmatan pula. Yang ni aku tak pasti boleh lulus ker tidak. Sebab buku yang aku kena baca tebal-tebal. Banyak sangat nak kena baca. Aku harap dapat lulus juga. Moga-moga aku dapat sah jawatan cepat. Amin.Korang pun tolong doakan Cik Zai lulus k. ^_^



TIPS INTERVIEW JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17


Assalamualaikum…



Cik Zai dengar ramai yang dapat interview untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17.  Tahniah korang, bukan senang nak dapat panggilan interview. Kalau dah dapat tu memang rezeki koranglah. Oleh itu, do the best masa interview nanti.

Cik Zai dapat banyak emel nak minta tips. Ok, untuk entry kali ni CZ bagi tips berguna untuk korang. Korang boleh baca yang ni.

Bila dah dapat interview first sekali korang jangan gabra, be calm dan ucap Alhamdulillah dan bagi tahu mak ayah dulu.
Lepas tu baca surat tu habis-habis dan sediakan semua apa yang dia nak.

RESUME/SIJIL-SIJIL
Kena siap awal-awal yang ni. Masa interview kena bawa. Pastikan jangan ada kesilapan ejaan. Kalau tak ada contoh resume boleh klik DI SINI..

Sijil-sijil jangan lupa prepare dan susun mengikut urutan dalam surat. Salinan-salinan pastikan korang dah sahkan.

ILMU
Korang kena prepare ilmu di dada tentang jawatan yang korang nak interview tu. Kalau korang interview jawatan pembantu tadbir kewangan haaa cari skop tugas, ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pt kewangan, kemahiran yang perlu ada dan sebagainya. 
Cari juga contoh-contoh soalan yang popular masa interview dan cari jawapan siap-siap. HAFAL! 
Sekiranya jawatan korang tu under mana-mana kementerian (contoh Kementerian Kesihatan) haaa hafal siap-siap visi, misi, motto, Ketua-ketua dalam kementerian tersebut dan sebagainya.

KOMUNIKASI
Haa bab ni yang banyak orang failed. Ilmu dah mantap tapi masa interview menjawab tak lancar, gagap, menggeletar, tak yakin dan sebagainya. Cara nak atasi senang jer. Berlatih menjawab soalan-soalan interview depan cermin tanpa melihat sebarang kertas. Kalau korang jawab tak lancar, gagap dan lupa-lupa tu maksudnya korang failed dan tak sedia lagi. So, berlatih sampai betul-betul lancar.

PAKAIAN
Kalau interview jawatan kerajaan yang perempuan kena pakai skirt. Korang pakai seluar korang tak akan diinterview.

So, sedikit tips interview dari Cik Zai. Kalau korang berusaha Insyaallah berjaya. 'Biar kita gagal lepas usaha, jangan gagal sebab tak usaha'. Rezeki Allah itu amat luas untuk hamba-hambanya. Insyaallah ada masa Cik Zai sambung tips lain pula.

Sekian.