CARA NAK CARI KERJA PART TIME


Assalamualaikum...


Idea ni timbul masa kawan CZ dia kata nak kerja part time. So, Cik Zai pun temanlah dia pergi cari kerja. Bila cari punya cari tu Cik Zai fikir-fikir alaa join jerla kawan kerja sekali. Bukan apa daripada balik kerja takder nak buat apa baik isi masa lapang dengan tambah kerja lagi. Masa bujang nila ada masa nak buat apa kita suka. Bila dah kahwin nanti tak ada masa dah.

Cik Zai tak pernah lagi kerja part time ni. Ni first time Cik Zai cari kerja sambilan. Untuk pengetahuan korang senang jer nak cari kerja part time ni. Kalau nak gaji ok sikit pergi kat area bandar ramai yang nak terima perkerja sambilan. Korang yang masih study pun boleh cuba.

Semalam Cik Zai dengan kawan cari di beberapa buah tempat. Diorang dengan senang hati nak terima kitorang bekerja. Tak ada langsung yang tolak kecuali diorang memang nak ambil yang full time jer.

Salah satu tempat yang banyak menawarkan peluang kerja part time kat Alamanda Putrajaya. Korang yang nak cari kerja sambilan boleh cuba K. 

Cara nak cari kerja part time senang jer. Pergi kat kedai-kedai atau pasar raya dan cuba lihat iklan-iklan jawatan kosong yang ada. Kebiasaannya diorang akan papar kat depan kedai dan sebagainya. Kalau tak ada iklan korang boleh tanya mana-mana staf kat situ. Senang jer kan. Siapa kata zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Bangla-bangla sanggup datang dari jauh semata-mata nak cari kerja kat sini, kita yang hidup kat Malaysia ni taklah sesusah diorangkan. Cuma kita jangan pilih kerja sangat. Grab jer peluang yang ada. 

Sekian.

6 comments:

-effa ayub- said...

hihi..betul2..skarang ni part time lagi senang la nak dapat keja..g mana2 pasaraya mesti jumpak..setuju sangat ngan cik zai :D

Cik Zai said...

Hehehehehe ^_^

Rogayah Ramzan said...

cik zai dpt kje part-time kat mane?? kalo kat carrefour/ aeon big jdk cashier 1 jam rm5 tu xcampo cashier allowance, attendance n transport allowance..kalo kje betul2 dlm sbln ley dlm RM700++ tp kalo kje kat situ penat sikit la n kalo de shot, kne baya pkai dwet sndiri ..tp kalo nk kje rilek mx la kje promoter parkson, msok kol 6 blek dlm kol 10 mlm..

Rogayah Ramzan said...
This comment has been removed by the author.
Cik Zai said...

Ada minta dekat parkson, dapat tapi CZ dan kawan CZ tak nak kat situ...hihihh

Princess Riya said...

TQ FOR THE INFO..:)