MEDELA


Assalamualaikum..


Wanita zaman sekarang ramai yang bekerja. Bila dah kahwin pun still bekerja juga. Bila dikurniakan cahaya mata Alhamdulillah satu lagi amanah dari Allah.

Para ibu dan bapa serta yang bakal menjadi ibu dan bapa bila isteri disahkan mengandung sibuk beli kelengkapan bayi seperti baju, tilam,katil, bantal, botol susu, dan sebagainya. Kalau dapat bayi perempuan semua kena warna pink tapi kalau lelaki semua kena warna biru. Almaklumlah excited sangat.  Selain itu, satu yang tak boleh lupa iaitu “set berpantang”. Huhhhh…memang perfect la sangat persediaan.

Namun, ada satu yang para ibu dan bapa sering lupa. Bila anak lahir baru ingat nak beli. Lagi-lagi kalau anak pertama.  Apa benda tu?

BREASTPUMP

Zaman sekarang ibu-ibu kebanyakannya bekerja. Masa cuti bersalin kira ok sebab ibu-ibu ada masa nak menyusukan bayi tapi bila dah bekerja bagaimana kita nak berikan susu ibu terus kepada si anak dengan masa kita yang sangat terhad??!! Ada yang mengambil inisiatif memberikan susu formula kepada si anak. Kalaulah anda tahu betapa hebat dan betapa bagusnya susu ibu untuk anak anda dan isteri anda tentu anda akan merasa rugi memberikan susu formula kepada anak anda.

Kelebihan susu ibu korang boleh baca kat WINZPINK.

Semalam Cik Zai ronda-ronda dekat Alamanda just nak cari Breastpump untuk kakak CZ. Sebab dia memang tak tahu pasal benda ni. Mungkin dekat Tawau masih kurang pemahaman mengenai kebaikan susu ibu dan juga cara memberikan susu ibu yang betul oleh wanita-wanita bekerjaya. Hopefully, breastpump ni bermanfaat untuk anak buah CZ yang pertama. Amin.

Ni breastpump manual yang Cik Zai beli harga RM269

Yang ni pula Breastmilk bottles. Bila dah pam boleh simpan stok susu dalam botol ni.

Apa kegunaan BREASTPUMP?
Dengan adanya breastpump so korang (isteri) bolehla pam susu. Korang boleh simpan stok susu ibu banyak mana yang korang boleh untuk bekalan baby korang.  Kalau nak beri susu ibu kepada anak tak semestinya bagi direct. Apa yang penting ia adalah susu ibu bukan susu formula.

Cik Zai sarankan korang guna breastpump jenama MEDELA. Korang jangan beli jenama cap ayam sebab ia akan menyukarkan korang nak pam susu. Jenama ni memang terbaik, cepat dan pantas. Jenama ni ada jenis manual dan ada juga jenis yang automatik. Cuma yang manual murah berbanding yang automatik.  Lagi satu yang automatik boleh pam sendiri so sambil-sambil pam korang boleh buat kerja korang.

Korang tak kesianker baby korang minum susu formula? Takut bila besar nanti perangai baby jadi macam haiwan. Sebab apa? Entah-entah sebab bagi susu formula kot masa kecik dulu. Haaa kalau tak nak jadi macam tu bagilah susu ibu kepada anak anda sehingga lengkap penyusuan hingga umur 2 tahun anak anda.

Sekian, terima kasih.

Pstttt.... 

Walaupun Cik Zai masih belum berkahwin tetapi satu hari nanti bila Cik Zai dah ada anak CZ akan pastikan susu ibu diberikan sepenuhnya kepada anak CZ walaupun sibuk bekerja. Insyaallah. Bekerja bukan alasan untuk kita tidak memberikan susu ibu kepada bayi kerana ia adalah satu tanggungjawab sebagai seorang ibu.

No comments: