TIPS INTERVIEW JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17


Assalamualaikum…



Cik Zai dengar ramai yang dapat interview untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17.  Tahniah korang, bukan senang nak dapat panggilan interview. Kalau dah dapat tu memang rezeki koranglah. Oleh itu, do the best masa interview nanti.

Cik Zai dapat banyak emel nak minta tips. Ok, untuk entry kali ni CZ bagi tips berguna untuk korang. Korang boleh baca yang ni.

Bila dah dapat interview first sekali korang jangan gabra, be calm dan ucap Alhamdulillah dan bagi tahu mak ayah dulu.
Lepas tu baca surat tu habis-habis dan sediakan semua apa yang dia nak.

RESUME/SIJIL-SIJIL
Kena siap awal-awal yang ni. Masa interview kena bawa. Pastikan jangan ada kesilapan ejaan. Kalau tak ada contoh resume boleh klik DI SINI..

Sijil-sijil jangan lupa prepare dan susun mengikut urutan dalam surat. Salinan-salinan pastikan korang dah sahkan.

ILMU
Korang kena prepare ilmu di dada tentang jawatan yang korang nak interview tu. Kalau korang interview jawatan pembantu tadbir kewangan haaa cari skop tugas, ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pt kewangan, kemahiran yang perlu ada dan sebagainya. 
Cari juga contoh-contoh soalan yang popular masa interview dan cari jawapan siap-siap. HAFAL! 
Sekiranya jawatan korang tu under mana-mana kementerian (contoh Kementerian Kesihatan) haaa hafal siap-siap visi, misi, motto, Ketua-ketua dalam kementerian tersebut dan sebagainya.

KOMUNIKASI
Haa bab ni yang banyak orang failed. Ilmu dah mantap tapi masa interview menjawab tak lancar, gagap, menggeletar, tak yakin dan sebagainya. Cara nak atasi senang jer. Berlatih menjawab soalan-soalan interview depan cermin tanpa melihat sebarang kertas. Kalau korang jawab tak lancar, gagap dan lupa-lupa tu maksudnya korang failed dan tak sedia lagi. So, berlatih sampai betul-betul lancar.

PAKAIAN
Kalau interview jawatan kerajaan yang perempuan kena pakai skirt. Korang pakai seluar korang tak akan diinterview.

So, sedikit tips interview dari Cik Zai. Kalau korang berusaha Insyaallah berjaya. 'Biar kita gagal lepas usaha, jangan gagal sebab tak usaha'. Rezeki Allah itu amat luas untuk hamba-hambanya. Insyaallah ada masa Cik Zai sambung tips lain pula.

Sekian.

12 comments:

Anonymous said...

Hi Cik Zai, bolehkah saya tahu apa bahasa yg biasa penemuduga guna? BM atau BI? Jika pakai BI dapat kah?

-crystal

Cik Zai said...

Hi Crystal, sekiranya penemuduga bercakap BM kena guna BM dan kalau dia bercakap BI kena jawab dalam BI..

Asmah Andy said...

salam..zai, semmat gambar ats 2..hehe..:D

Cik Zai said...

Asmah Andy....hehehehehe ^_^

Ieyza Afieyna said...

skirt ?? mean baju kurung la kan ?

Amy Amirah said...

mmg kne pakai skirt ke? baju kurung?

Amy Amirah said...

cik zai, mmg kne pkai skirt ke?? how about bju kurung?

Cik Zai said...

Amy...kalau pakai baju kurung lagi baik.. CZ maksudkan kat atas tu tak boleh pakai sluar slack bagi perempuan..

Anonymous said...

cik zai..ade ujian bertulis x utk pt kewangan ni?sy memg xtau la psl intervw keje kerajaan ni...ni la first time

Cik Zai said...

Untuk interview jawatan pembantu tadbir kewangan tak ada menaip. Diorang just soal2 jer masa interview nanti.


^_^

Syah Jehan said...

salinan sijil mesti bagi yg dah disahkan ke??

Cik Zai said...

Yer Shah Jehan...kalau interview gov kena bawa salinan sijil yang disahkan dan juga yang ori