KEMUDAHAN TAMBANG PERCUMA


Assalamualaikum


Bagi yang dapat posting jauh macam CZ korang jangan sedih-sedih sampai banjir dan keluar air mata darah. Sebab walaupun korang rasa korang kurang bernasib baik sebab dapat jauh tapi kita pun ada kelebihan. Kelebihan apa? CZ dah jawab dah terang-terang kat title entry ni.

KEMUDAHAN TAMBANG PERCUMA SETAHUN SEKALI..

Mungkin korang akan kata, "alaaaa setakat tiket penerbangan sekali setahun AIR ASIA selalu buat promotion RM1.00 untuk tiket kapal terbang". Itu tempah tahun ni tahun depan baru terbang. Cuba korang survey harga tiket pada musim perayaan terutama hari raya haaa ambek engkau punya mahal giler-giler.

So, sebagai seorang yang cerdik korang gunakanlah kelebihan tu pada masa-masa perayaan. Untung sangat-sangat. Kira balik percuma jer. Orang lain masa raya pokai beli tiket flight mahal-mahal, kita lenggang-lenggok jer tarik luggage kat airport terbang percuma. Hihihih..

CZ dah layak nak mohon kemudahan tambang percuma. Kalau boleh CZ nak apply awal so CZ boleh balik Sabah raya nanti. Takyah risau pasal raya. Insyaallah dapat balik kampung.

So, korang kalau ditempatkan jauh jangan sedih-sedih sebab kita ada kelebihan sebenarnya di samping dapat merasai tempat baru, suasana baru, kawan baru, semua barulah katakan. 

BEST TAK???

Sekian..

No comments: