SEMINAR, BENGKEL, KURSUS


Assalamualaikum...


Bila korang jadi penjawat awam seminar, bengkel dan kursus tu perkara biasa. Kadang-kadang korang akan rasa sampai nak termuntah asyik-asyik seminar, bengkel dan kursus ayik-asyik bla bla bla. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita akan rasa seronok juga sebab banyak ilmu yang kita dapat, ramai kawan baru yang kita dapat, banyak tempat yang kita pergi dan sebagainya.

Hari isnin dan selasa ni Cik Zai ada kursus kat Intan Bukit Kiara. Kursus PC Essential 1. Hari tu Cik Zai dapat kursus bahasa Arab tapi yang tu Cik Zai tak dapat pergi sebab tak dapat kelulusan  atas alasan lama sangat (12 hari) hihihihi.  Hari tu dah semangat dah nak belajar bahasa Arab. Kot-kot boleh berbahasa arab dengan doktor dari Saudi Arabia atau Mesir ker. Hmmm takperlah bukan rezeki.

Semalam (Jumaat) Cik Zai ikut Sessi Pembelajaran Bahagian Sumber Manusia. Sessi pembelajaran ni tiap-tiap minggu dan pada setiap hari jumaat Cik Zai kena join sebab nama dah naik. Yang ni kira macam bengkel pengisian ilmu jugalah. Semalam diorang ajar mengenai cuti tanpa gaji dan cuti separuh gaji. Haaa... memang bestlah bengkel ni sebab selama ni Cik Zai buat service kontrak jadi takdernya cuti separuh gaji ni. Cuti tanpa gaji pun kalau jawatan kontrak untuk cuti pergi haji jer.

So, bagi korang yang nak cuti separuh gaji tak boleh main mohon-mohon jer taw. Ada kelayakan-kelayakan dia. Yang tu nanti Cik Zai cerita kemudian Insyaallah.

See, banyak sangatkan kursus, bengkel dan seminar.  Baru  awal bulan 4, Cik Zai dah cukupkan kursus untuk setahun bagi penjawat awam. So, bagi yang nak pergi interview jawatan kerajaan buat yang terbaik sebab seronok jadi penjawat awam ni.


Sekian, terima kasih.

1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/