OT!


Assalamualaikum...


Muka-muka suka OT dan suka jalan-jalan...

Tepat pukul 8.45pm aku sampai rumah. Hari ni Cik Zai OT sorang-sorang kat Unit. Cik Zai dah anggap ofis sebagai rumah kedua kat Putrajaya ni sebab tulaa Cik Zai suka lepak-lepak kat ofis.  Kadang-kadang tu Cik Zai rasa macam tak nak balik, nak stay jer dekat ofis sampai esok pagi. Staff yang lain balik awal. 

Selalu kat TV ada cerita yang menyeramkan bila keja sampai malam ni tapi alaaa buat tak tahu jer kalau dengar bunyi yang pelik-pelik tu, asal jangan kita kacau dia sudah. Cik Zai bukannya berani sangat tapi disebabkan kerja yang berlambak CZ fikir macam ni “mana hang takut, kena marah bos sebab keja tak siap atau takut dengan bunyi-bunyi pelik tu?" Haa confirmlah CZ takut kena marah bos. Kalau keja tak siap bukan bos jer marah tapi siap dengan doktor-doktor sekali marah. Bila diorang marah bukan main siap lapor dengan pihak atasan lagi almaklumlah generasi Y kalau boleh semua benda dipersoalkan. Takper-takper bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Manatahu satu hari nanti rezeki aku dapat transfer balik Tawau. Amin...

Alhamdulillah tempat CZ kerja menyediakan driver bagi yang balik keja malam. So, transport balik rumah CZ tak fikir sangat. Just tempah kereta jer kalau nak OT. Kira kemudahan jugala bagi pekerja. Mudahkan. That’s why la aku suka sangat-sangat kerja kat tempat baru ni. Kebajikan pekerja sangat terjaga. Tu baru sikit aku cerita. Lain-lain tu lain kali aku cerita sebab CZ nak tengok Masterchef kat Astro Ria..hihih..bye guys..

2 comments:

Asmah Andy said...

rajinnya ko zai..rindu plak aku tinggal d putrajaya..klu jem pun, xjgk seteruk d kl ni..huhu..suasananya cantik lg sana..kakakku xda sdh yg tinggal sna, smua dh pindah rmh sndiri..dulu rajin jgk p ptrjya klu cuti hujung mggu..

Cik Zai said...

Pttla ko jarang d sini sudah ^_^...iya bestkan di ptrajaya cantik tapi klu mo beli belah sini mahal2..