MASALAH LAPOR DIRI

Assalamualaikum...


Cik Zai dah gi induksi. Korang nanti pun akan gi induksi juga.

Tahniah kepada yang dah dapat penempatan. Bila dah dapat penempatan tu janganlah nak sedih-sedih dapat jauhlah, dapat tempat tak bestlah, jauh dari familylah dan sebagainya. Ingat tak bila korang pergi interview dulu? Panel penemuduga pasti ada tanya soalan seperti di bawah ini…

Kalau ditempatkan di tempat yang jauh adakah anda sanggup?

Dengan gaya yang sangat menyakinkan korang kata "sanggup". Bukan korang jer, Cik Zai pun kata macam tu juga masa interview dulu. Bukan sekali ayat tu Cik Zai sebut. Berkali-kali pula tu. Hahahahahah..

Pergi jerla dulu lapor diri. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Ramai lagi orang kat luar sana yang tak bertuah. Dah bertahun-tahun mohon SPA tapi tak pernah pun kena panggil interview. Ada pula yang kena panggil interview tapi tak berjaya. Kita yang dah berjaya ni kenalah bersyukur. Walau ditempatkan di tempat yang jauh pun kita tak rugi juga sebab dapat gaji banyak sikit dari orang lain. Yes2!

Bagi yang baru nak lapor diri tu, masalah yang biasa korang akan hadapi adalah “takder rumah”. Itu biasa. Cik Zai pun pernah rasa perasaan risau giler tapi korang percaya cakap Cik Zai, masalah korang tu akan selesai juga nanti.

Ada yang tertanya-tanya “ Cik Zai betulker 3 bulan baru dapat gaji”?

Itu bergantung kepada staff yang buat gaji korang, kalau dia buat cepat maka cepatlah korang dapat gaji. Kalau lambat dia buat maka lambatlah korang akan dapat gaji. Cik Zai dulu kejap jer. Keja sebulan terus dapat gaji. Hihihihhi..TQ so much staff yang buat gaji Cik Zai.

So, kepada yang baru nak lapor diri. Gud luck korang. Jadilah pekerja yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Jangan kata kerja gov ni senang, goyang kaki, relakss. Tunggu bila korang dah kerja nanti persepsi korang bakal berubah.

Peace….

Kitorang pun tinggal jauh dari family. 



6 comments:

hayati abdullah said...

apa yang cik zai itu betul he..he... saya dapat jauh dengan rumah. terpaksa pjj dengan suami..hu2x... tapi boleh lagi balik selang 2 hari... kira dah brsyukur sbb masih dkat la tu. Gaji saya pun dapat slpas sbulan setengah kerja.... Alhamdulillah..... Tak sabar nak lalui induksi transformasi ni..best tak?

Cik Zai said...

Hayati...Alhamdulillah awk dapat pun balik selang dua hari...Cik Zai 9 bulan baru dapat balik...ar2 keja jer dulu...kalau ada rezeki nanti ble la mohon tukar...induksi seronok sangat...kita dapat jumpa ramai orang ^_^...

Anonymous said...

cik zai, dulu mcm mana cik cari bilik kat putrajaya? Mmg ada transport provide kah? - Mi

Cik Zai said...

Tanya2 kawan or sedara mara yang duk sini atau cari kat mudah.com atau baca kat iklan2... manada drg sdiakan transport...nek bas jer..kat putrajaya banyak bas..nt ekonomi stabil beli keta k...

Anonymous said...

Mmg lapor diri trus start kerja besok pg ke? Ada x peluang cari bilik kat situ?

Ada tak peluang minta tranfer balik ke ngri kita ke?

-Mi

Siong said...

hihii lama dh xtengok blog cik... saya baru habis kursus budaya kerja cemerlang pdrm di pulapol... hehe ok laa dpt semua ni tggu confirm jer la..