SOALAN INTERVIEW POPULAR!

Assalamualaikum…




Terima kasih kepada semua yang menghantar emel kepada Cik Zai dan mohon maaf juga ada emel-emel yang lambat Cik Zai balas. Bukan apa, Cik Zai masa kerja kena kerja.

No facebook!
No blog!
No SMS (kecuali memang emergency)?
No emel (kecuali emel berkaitan kerja)!
Lepas waktu kerja haa… baru Cik Zai layan semua-semua di atas.  

Ok, berbalik kepada cerita tadi berkaitan emel. Ada yang tanya. Soalan PRU13 panel penemuduga soal ker tak?

Korang rasa macam mana?

Bagi Cik Zai kalau dia soal pun, panel akan tanya soalan berbentuk pendapat. Mungkin dalam 1-2 soalan jer. Kalau korang rasa soalan tu keluar baik baca sikit-sikit. Biasanya instinct kita ni ada betulnya juga. Nak sedapkan hati kita sebenarnya. So, kot-kot diorang tanyakan taklah terhegeh-hegeh nak jawab. Bagi Cik Zai lagi baik korang fokuskan kepada soalan yang biasa panel penemuduga tanya contohnya:

Kenapa berminat nak jadi PTPO/Jawatan lain? 

Haa, soalan ni ada teknik nak jawab. Ramai calon tersilap jawab dan lantas mengundang kegagalan. Macam mana cara nak jawab? Korang jangan sesekali bagi alasan seperti:

Kerja kerajaan senang….
Banyak benefits bagai…
Gaji tinggi…
Jawapan-jawapan di atas adalah jawapan orang yang mengundang kegagalan. Panel akan menganggap korang nak kerja goyang kaki jer dan tak bersungguh-sungguh nakkan kerja tu.


So, korang fikirkanlah jawapan yang sesuai. Kalau anda ingin tahu apa jawapan gempak Cik Zai bila ditanya “kenapa berminat nak kerja ni?" Sila tunggu entry berikutnya…

Sekian, selamat berjaya, dan Assalamualaikum semua ^_^


3 comments:

Cik Ekin said...

salam sis. Thank u. akhirnya saya dapat gak kerja. hehe. tq sbb bg info yg bguna ! :)

Kalau tak keberatan lawatlah blog saya: http://www.fabulouspinkyekin.blogspot.com

Cik Zai said...

Tahniah Cik Ekin. Kalau sudah rezeki takkan kemana ^_^ Suka sangat bila dengar korang berjaya interview ....

Anonymous said...

cik zai...
saya nak tahu apakah jawapan cik zai bagi soalan diatas?
' kenapa anda berminat dengan jawatan ini '??
terima kasih...