TIADA KENAIKAN GAJI

Assalamualaikum...


Korang marah tak kalau korang tak naik gaji? Yelah, makin hari taraf hidup semakin tinggi tapi gaji kekal sama.

Kalau yang kerja swasta tu ada bos yang tak bagi naik gaji. Kesian sangat-sangat. Dahla bagi gaji ciput pastu suka hati dia nak bagi naik atau tidak.

Itu bukan isunya…

Sepatutnya bulan ni CZ dah dapat kenaikan gaji. Malangnya, cek penyata gaji tup tup memang sah aku tak dapat pergerakan gaji. CZ dah keja setahun kat sini. Tarikh pergerakan gaji pun CZ tahu. Fikir punya fikir mesti ada something wrong. Perubahan penyata gaji pun tak dapat lagi macam mana nak naik gaji.

Mula-mula ingatkan diorang lambat proses pergerakan gaji CZ dan CZ rasa mungkin ambil masa juga kot untuk urusan kenaikan gaji ni.

Fikir punya fikir hmmm betullah apa yang CZ jangka. Ada masalah pada LNPT 2012 Cik Zai. Bila cek HRMIS status masih “Deraf” lagi. Patutlah. Bermaksud CZ tak hantar lagi LNPT 2012. Adehhhh Cik Zai Cik Zai…Apasallah careless sangat-sangat..

Hmmm, Cik Zai dah setlekan LNPT tu hari ni. Tinggal tunggu officer sahkan. Walau rasa cuai tapi tetap ada pengajaran juga kat sini. Next time rajin-rajinlah semak status LNPT dan ambil tindakan awal. Sebab LNPT ni melibatkan gaji. Takder buat maka tak naiklah gaji.

So, korang semua pun jangan jadi careless macam Cik Zai.

Sekian, terima kasih.


1 comment:

Asmah Andy said...

zai, aku pn hmpir jd mcm gtu..sbb lnpt 2012 xsetel, msh dlm draf..tp nasib kerani yg jaga kmi pny rekod tu dia alert, dia kol awal bgtau psl lnpt ku yg xsetel tu..alhamdulillah dpt la pgerakan gaji bulan ni..hehe..:D